Followers

Tuesday, July 26, 2011

Seminggu Sudah Berlalu, Akhirnya Aku Disini

Assalamualaikum semua. Semoga dalam keadaan sihat walafiat serta mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya...

Alhamdulillah, syukur... Seminggu sudah berlalu akhirnya Bahagian aku selamat berpindah kesemuanya ke bangunan baru; Menara 1, Percint 5 Putrajaya. Bermula rutin harian aku bangun seawal jam 5.30am, naik train pertama pukul 6.00am dan naik bas RapidKL yang pertama ke Putrajaya Sentral dan naik bas Nadi Putra pada pukul 7.15am menuju ke Percint 5. Sampai betul-betul depan puncher sekitar dalam pukul 7.45-7.55am. Tidak boleh awal dan tidak boleh lewat. Nak awal apanya, Kalau bas Nadi Putra terawal 7.00am. Kalau lewat, jalan jem pulak. Lagi haru...

Baru dua hari saje berulang alik, aku dah berasa letih lesu. Bangun pagi rasa tak bermaya dan bersemangat. Tengok dalam masa sebulan dua. Kalau keadaan tidak mengizinkan untuk aku, maka hendak tak hendak aku kena berpindah juga ke Putrajaya.

Kadang-kadang terkenang juga tempat lama. Terutamanya The Mall (tempat shopping tu!), roti naan cheese yang marvelous tu (akak yg amik order tu selalu sangat pelupa) dan PWTC (paling syok kalau ada event). Disini, cuma ada satu kafetaria. Nak cari kedai makan lain terpaksa pula menaiki kenderaan. Bukan macam ditempat lama. Jalan ke The Mall, banyak pilihan sudah tersedia. Tinggal keluarkan duit je.

Disini jua, kompem kawan-kawan opis aku mati kutu terutamanya yang jenis kaki shopping (muah hahaha. Tak boleh lah korang nak curi-curi masa ke Sogo, Masjid India), kaki karaoke, kaki makan (muah hahaha. aku le tu....)

Apa pun tengoklah dua tiga bulan. Insyaallah boleh sesuaikan diri di tempat baru dengan persekitaran yang baru. alah bisa tegal biasa kan...

4 comments:

Anna said...

Things happen for reason....tu hikmah dia hang dapat berjimat cermat dan berdiet Syuk...ye lah kat Mall mewah, segala2 mala mudah kan..bila kat sana ase insaf sikit, ase susah sikit...mana tau lepas ni lost berkilos pastu save manyaaak duiiit gitu..bole cepat kawin kan kan? kekekeke

FarhanaDr said...

Alah. Jauhlah dari PJ ni. Huhu. Mudah-mudahan berjaya sesuaikan diri. InsyaAllah. :)

Diana @ bilakukatacinta said...

slm kenal...erkk..tempat keje baru ke?

SyuQ said...

kak anna sadri:
tu la pasalnya. kak sana mcm2 makanan ada. huhuhu. sini makan nasi campor jer la. kat sana pantang ada sale jer, jantung dah berdegup kencang dah. mind set pun berputar; lunch nnt kene g survey. hahaha. mudah2an perpindahan ni ada hikmahnya...


farhana:
jauh ke? hehehe. x per, sy masih duk kerinchi lagi... bila mau gather2 jmp ni?


diana: salam kenal juga... berpindah ke tempat baru. tp masih keje yg lama ;-)