Followers

Wednesday, August 17, 2011

Manguji Kesabaran Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.

Pagi-pagi buta jer dah ada perkara yang membakar kesabaran aku hari ni. Dah hampir sebulan rasanya aku berulang alik dari KL ke Putrajaya. Dah dua kali juga aku updated pas bulanan aku tuk RapidKL bas dan juga train. Selama ni memang tak pernah ada masaalah. Cuma tadi tetiba driver bas tu persoalkan aku kenapa tak touch kad aku. For what aku nak touch? Sebab kat situ tak de kad reader tuk monthly pass. Lepas tu dia mintak aku punya resit. Of course lah dah tak de sebab aku dah buang. Lepas tu dia persoalkan aku kenapa aku buang resit tu. Haiyoooo! Ko nak aku simpan resit sampai tahun depan ke? Aku akan simpan resit untuk tempoh dan jangka waktu yang tertentu sahaja. Biasanya dalam tempoh seminggu macam tu. Kalau pass tu dah ok, x der apa masalah, mmg aku akan buang.

Memang aku bengkek giler. Sikit lagi memang aku nak bertumbuk kat situ. Aku cakap kat driver bas bodoh tu, sepatutnya RapidKL yang sediakan kad reader tuk monthly pass bukannya customer kena simpan resit tuk tunjuk kat driver. Bila dia tengok mostly yang naik bas tu semua tak touch kecuali si PATI2 tu, barulah dia kunci mulut. What the...!

Kalau aku dah meroyan, panas hati, bengkek jiwa memang nasib kau lah! Nasib puasa... Sesak nafas aku menahan marah. Ikut hati aku memang kena driver ni... Bukan mudah sebenarnya kalau aku dah naik darah nak melegakan rasa. Selagi orang tu tak sujud mintak maaf memang hati aku takkan lega. Selagi tu hati membengkak. Cara yang mudah aku dengar lagu2 berunsur keinsafan. Nasib ada lagu Sami Yusuf; Asma Allah. Lega sikit jiwa aku...

Ironisnya cerita aku ni, simpanlah resit selagi benda tu belum lagi tamat tempoh. Selepas ini memang aku akan kepil sekali resit topup aku tu kat kad monthly pass aku. Lepas tu gantung sekali ngn pass kerja aku. Biar nampak poyo sket.
Published with Blogger-droid v1.7.4

5 comments:

kak ina kl said...

jauh gak ek berulang alik..tentu banyak cabarannya..bersabar ajerlah.
akak skrg ni camtu..ashiklah terlupa..rasa dah tekan suis nasi rupernya belum..bila nak mkn nasi tak masak. selamat berpuasa

eqbalzack said...

Salam Suq,
Terima kasih singgah blog abg eq dan komen. Kad raya 'cyber' kat blog abg eq tu abg eq alu2kan untuk letak kat blog syuq k...ikhlas dari abg eq...
Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba...

Lee said...

Hi, you have an interesting profession....
Regret bahasa saya out of tune to comment more.
You have a nice day and keep well.
Lee.

Atiqah Wadiah said...

saba saba :)

Anonymous said...

nk tnya..sy dr cyvberjaya..tgh cari chartered bus untuk ke UTM semarak..ade suggestion x..xlarat nk bayar tol n minyak..