Followers

Tuesday, December 23, 2014

Hari Kedua - Jeju

Sebelum tu aku mohon ampun kalau cerita pasal korea ni asyik terpending. Mana taknya. Kepenatan berjalan. Tambah sakit kaki. Tambah salji. Semuanya jadi tak larat dan caca marba. Segala info pon berterabur.

Tapi aku post dulu aktiviti. Berkenaan bajet dan nombor bas aku akan edit lagi sikit-sikit kalau dapat info dari kak kat dan pz ataupun memori aku dah recovery balik sikit-sikit. Hehehe.

Hallasan Mountain
Hari kedua di jeju, kami bertambah excited. Sebab destinasi kami hari ni ialah Hallasan Mountain atau Gunung Halla. Lepas sarapan, kami terus gerak dari Yeha Guest House ke Jeju Intercity Bus Terminal. Di sinilah pusat segala bas di pulau jeju ni beroperasi. Tak jauh, lebih kurang 100-300 meter je aku rasa dari Yeha Guest House. Tempatnya senang nak cari. Bersebelahan jalan besar dan disebarang jalan ada bank dan disebelahannya ada balai polis.

Dari Jeju Intercity Bus Terminal kami naik bas nombor 740 lebih kurang jam 9.00 pagi waktu korea. Inilah bas pertama menuju ke kawasan pergunungan halla. Sayugia di ingatkan pada mereka yang merancang bercuti ke korea dan menggunakan pengangkutan awam disana sila tepati masa yang telah ditetapkan. Sebab mereka tersangatlah punctual. Kalau bas tu bergerak jam 9.00 pagi bukan bermakna jam 9.00 pagi baru nak jalan ye. 9.00 pagi tu bas dah keluar dari stesen ye. Jadi 10 minit lebih awal digalakkan dah berada di hadapan bas.

Dengan tambang lebih kurang 1300KRW kami menuju pergunungan halla dengan semangat berkobar-kobar. Separuh perjalanan hujan mulai bertukar salji. Seriously kami bertambah excited. Kami yang terpaksa berdiri didalam bas sebab bas dah kepenuhan, terus hilang segala lenguh dan penat. Di pertengahan jalan bas pula tersangkut. Jalan licin. Bas tak boleh bergerak mendaki keatas. Jadi kami semua terpaksa turun dari bas bagi mengurangkan beban supaya memudahkan pemandu bas memasang rantai kat tayar bas bagi mengurangkan risiko penggelinciran sewaktu bas mendaki.

Sewaktu diluar bas, salji tengah turun selebat-lebatnya. Punyalah excitednya kami bertiga seumpama mendapat harta karun. Hahaha. Lebih kurang dalam 5 minit macam tu, tayar bas siap di pasang rantai. Kami naik bas semula dan perjalan diteruskan. Kami berhenti di stesen Eurimok Trail. Disitulah trek paling mudah untuk mendaki. Waktu sampai tu kami mula mempersiapkan diri. Kasut kami pasangkan dengan spike (wajib bagi mereka yang nak mendaki gunung berais) warmer pad selitkan dalam jaket. Maka bermulalah perjalanan kami meneroka pergunungan halla...











Semasa perjalanan pulang, bas yang sepatutnya membawa kami balik ke Jeju Intercity Bas Terminal yang sepatutnya tiba jam 1.15 petang tak dapat sampai ke stesen eorimok disebabkan salji tebal. Jadi kami terpaksa menunggu 1 jam lebih lagi untuk bas yang seterusnya. Masa tu kami dah kehabisan tenaga. Tenaga yang ada pon tak mampu menahan rasa sejuk.

Tapi berkat kerajinan dan keramahan kami berbual walau umpama itik dan angsa adalah seorang makcik k pop yang sudi menumpangkan teksi yang dipanggil beliau untuk mengambil beliau di eurimok trail station. Kalau tak kami mungkin dah sejuk membeku. Dengan tambang 10,000KRW bertiga kami selamat tiba di Jeju Intercity Bas Terminal.

Loveland/Mysterious Road
Seusai solat zohor, kami menggigihkan meneruskan destinasi seterusnya; Loveland dan Mysterious Road. Dua-dua tempat ni bersebalahan. Disebabkan daya tahan badan kami dah berkurangan, kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke destinasi seterusnya. Tambangnya lebih kurang 8000KRW bertiga. Sebenarnya tambang teksi lagi murah berbanding tambang subway bila dikongsi-kongsi.

Destinasi kami yang pertama; Mysterious Road. Mysterious Road ni jalan bermisteri dimana walau enjin kenderaan dimatikan, kenderaan tu akan dapat berjalan dengan sendirinya. Misteri tak? Hehehe. Kami singgah makan pizza korea di kawasan yang berdekatan. Jangan bimbang. Asalkan dorang tak jual daging atau daging babi maka halal untuk di makan.

Ketibaan kami disambut dengan deraian hujan salji. Alhamdulillah. Seusai di Mysterious Road kami ke Loveland. Bersebelahan je. Entrance fees untuk Loveland sebanyak 9000KRW.

Mysterious road

Pintu masuk loveland. Boleh agak kan loveland ni apa. Hahaha.



Cukup takat ni gambar loveland. Kang anda fengsan plak. Hehehe

Seusai eksplorasi kami di loveland, kami pon pulang ke Yeha Guest House. Menaiki teksi dengan tambang 8000KRW bertiga. Serious teksi memang tersangatlah murahnya kalau sama-sama dikautim membayarnya. Kebetulan pula teksi yang kami  gunakan untuk pulang itulah juga teksi yang kami tumpang di pergunungan halla. Adakah kebetulan atau sesuatu yang ditakdirkan? Sesungguhnya pertolongan Allah sentiasa ada...

2 comments:

Azghen said...

Bestnya main salji. Cantik pokok2 yang tinggal ranting tu. Hehehe:)

SyuQ said...

alhamdulillah, memang best. hehehe

viewnya pon memang cantik