Followers

Wednesday, May 13, 2009

x der keje

La Usurpadora

Rosalinda

bagi penggemar-penggemar telenovela... masih ingatkah anda dengan dua intro diatas. di zaman kegemilangan telenovela, 2 telenovela ini sememangnya menjadi kegilaan ramai ketika itu. kalau x silap aku la usurpadora di tayangkan di NTV7 ketika itu pada jam 5pm. manakala rosalinda ditayangkan di TV3 pada jam 2pm. ketika zaman rosalinda, waktu tu aku di tahun akhri di UiTM. manakala la usurpadora pula ditayangkan ketika aku mahu jejak kaki ke UiTM.


betty la fea, miss 3 hermanas, juanas miracle, maria mercedez, la intrusa, secreto d amor juga antara telenovelas yang pernah menguasai kaca tv rumah kita. malahan kuasa telenovelas juga merentas dunia. percaya atau tidak. aku pernah menyaksikan sendiri rosalinda dalam versi arab di abu dhabi... itu la kuasa telenovela ketika itu.


kejatuhan era telenovela di negara ini apabila munculnya drama dari korea seperti winter sonata, autumn in my heart yang mula menjadi kegilaan ramai. tambahan pula bila munculnya 8TV yang banyak memaparkan cerita dari negara berkenaan n jepun. cerita-cerita dari korea lebih menjurus kearah kisah romantik ala fairy tale. yang sememangnya dapat menarik pengaruh remaja. manakala telenovela lebih menjurus kepada kisah romantik thriller dan menampilkan pelakon-pelakon yang boleh menghangitkan ikan dikuali makcik-makcik didapur.


era sinetron pula bermula dengan penayangan slot drama dr indonesia di tv2 (kalau tak silap aku). bagi meraka yang memiliki Astro dirumah, penguasaan sinetron telah lama bertapak. yang aku ingat ketika itu ialah sinetron ikhlas dan hikmah. malahan sinetron hikmah sahaja telah dilanjutkan menjadi hikmah 1, 2 dan 3. sinetron bawang putih bawang merah yang disiarkan TV3 menjadi fenomena untuk drama-drama dari seberang menguasi TV kita. malahan astro sendiri pon membuka saluran aruna bagi menyiarkan drama-drama dari seberang.


bagi menghadapi persaingan, banyak stesen tv yang mencari kelainan. TV2 dan TV3 misalannya mengambil langkah menyiarkan drama dari negara jiran yang lain seperti filipina dan thailand. mula sa puso, pa nga ko sayo, blood peonix n bakekang antara drama yang pernah ditayangkan. sambutannya menggalakan, akan tetapi mungkin waktu tayangan yang tidak bersesuaian menyebabkan slot drama ini terpaksa dihentikan atau pon dipinda.


sinetron ke... telenovela ke... drama korea ke... bagi peminat2 setia slot2 rancangan tv diatas, sedikit sebanyak ia pasti pernah memberikan impak dalam kehidupan seharian kita. untuk diri aku sendiri saat paling sewel aku menggilai rosalinda, apabila kami pakat ramai2 ponteng kelas economy tuk tgk episod terakhir rosalinda :-) begitulah penangannya...

Monday, May 11, 2009

.::NUR KASIH::.

Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…

Sunday, May 10, 2009

10 Alasan Menolak Cinta

hah! kerja ujung minggu mmg paling membosankan. reporter n cameraman pon tak ramai. nak keje pon malas. rasa cam duduk bilik mayat plak :-). x de keje, aku update blog le... ada satu topik yang aku terbaca dalam majalah APO. interesting plak nak share ngn korang. 10 Alasan Menolak Cinta...

dalam menolak cinta seseorang, lelaki dan perempuan mungkin menggunakan kalimah yang sama, tapi di dalam hati mereka mungkin jauh berbeza. Berikut 10 kalimah yang diucapkan LELAKI ketika menolak cinta, dan kata hatinya:

1) kamu sudah kuanggap sebagai adik.
(kamu membosankan)

2) Beza usia kita terlalu jauh.
(kamu membosankan)

3) Aku tidak tertarik padamu bukan kerana penampilanmu
(kamu membosankan)

4) Fikiranku sedang kacau sekarang
(kamu membosankan)

5) Aku sudah punya kekasih
(kamu membosankan)

6) Aku tidak suka bercinta dengan teman sepejabat
(kamu membosankan)

7) Bukan kerana kamu, tapi aku...
(kamu membosankan)

8) Aku ingin menumpukan perhatian dalam karier
(kamu membosankan)

9) Aku masih ingin sendiri
(kamu membosankan)

10) Kita berkawan saja ya
(kamu sangaaaatttt membosankan)

Wallahua'lam

p/s: sesungguhnya hati manusia itu terlalu sukar diduga, ada yang tulus menyayangi... tapi ada yang hipokrit n penipu. bersyukurla jika anda mendapat kekasih yg ikhlas dan jujur. jangan khianati kejujuran dan kasih sayangnya... berbahagiala kamu... tetapi bila kamu dikhianati. bersyukurla kerana ALLAH menyayangi kamu. DIA tak mahu kamu terus tertipu. dan redhailah setiap kejadian kerana DIA menjanjikan ganjaran kepada hamba-hamba yang redha dan tabah hadapi ujian.

cinta tak datang hanya sekali. yang patah tumbuh, yang hilang berganti...

Kerja Hujung Minggu

adusss... sejak aku bertukar kerja ni, kerja hujung minggu adalah perkara yang harus dihadapi. kerja ikut giliran n shift. aku tak blh pentingkan diri aku tuk cuti sabtu n ahad. member2 aku pon berhak jugak nak cuti diujung minggu. inilah hakikat yang harus dihadapi bila kita bekerja di syarikat TV yang beroperasi 21jam perday. ni belom lagi operasi 24jam.

aku ni dah terbiasa bila tiba hari sabtu n ahad adalah hari utk beristirehat. jadi badan ni secara automatik memang akan berasa malas untuk bekerja dihari minggu ni. nak bangun pagi bukan main susah... kerja pulak office hour 9.00-6.00. nasib baik budak2 ni konsider n memahami. dorang selalu cakap... camni la syuk kerja kat syarikat TV yang hanya tutup 3jam je sehari.

aku terpaksa korbankan masa ujung minggu aku. da x bley lepak2 cam dulu. kuar tengok wayang. hu ha hu ha kat bukit bintang. dok menonton tv n mengumpat ngan housemates aku. betul ckp exec yang aku replace tmptnya ni. mula-mula kau akan rasa seronok syuk... sbb ko cuti bila time org keje. n ko blh pilih cuti pd hari apa yang ko nak. tp lama-lama ko akan rasa bosan. sbb bila time org cuti especially ujung minggu n cuti umum, ko kena kerja.

la ni aku baru rasa apa yang dia citer. aku x menyesal pilih kerja ni ataupon x bersyukur. tapi aku belum boleh lg sesuaikan diri dgn environment baru ni. tapi aku yakin. lama-lama aku akan terbiasa gak.

p/s: alah bisa tegal biasa.

Saturday, May 9, 2009

Harapan by Lela