Followers

Wednesday, March 17, 2010

Proses Memasukan Maklumat Buku Ke Dalam Sistem


panjang tajuk aku... tapi dalam istilah librarianship proses diatas dinamakan cataloguing. dalam proses cataloguing ni beberapa maklumat didalam buku tu dimasukkan ke dalam sistem. seperti penulis, tajuk buku, edisi, volume, size, berdasarkan rules yang tertentu yang termaktub didalam Anglo American Cataloguing Rule (AACR). setiap rule hanya untuk satu maklumat sahaja. sebagai contoh rule number 100 hanya dikhaskan untuk penulis atau author dan rule number 245 untuk title and statement responsibilty dan begitulah seterusnya.

dimalaysia ada pelbagai jenis sistem library. salah satunya sistem ILMU yang diintegrated oleh anak tempatan kita berdasarkan kesesuaian di Malaysia. selain ILMU, virtua dan Horizon juga diguna pakai. jenis open source pon ada seperti yang digunakan oleh library aku iaitu sistem Koha.

selain AACR. proses cataloguing juga menggunakan Library of Congress Subject Heading (LCSH) untuk mengenal pasti subject yang specific untuk sesuatu buku bagi memudahkan pengguna mencari buku tersebut. nombor yang korang nampak kat tulang buku tu dipanggil Call Number. call number ni dibuat berdasarkan Dewey Decimal Classifications. bukan main taram jer bubuh nombor. sebagai contoh 658 adalah class number untuk management. dan 690 adalah untuk architecture. dalam call number ni pon ada gak pecahannya. sebagai contoh 658 tuk management dan kemungkinan dia boleh menjadi 658.4038 berdasarkan subject yang terkandung dalam buku tersebut. kalau buku medical, lain plak caranya. yang tu aku x berapa pasti

so, jangan ingat orang keje library chop buku n jaga kaunter. tu baru prosess cataloguing. ada banyak lagi beb. ada acquisition, circulation. tu belum lagi tambah online journal n so on. nampak senangkan keje library...? tp, hazab

Kerja Memperkemaskan Rumah


tepat jam 3.20am, akhirnya usai sudah kerja aku mengemaskini dan mencantik dan menambah baikkan blog aku selaras dengan kematangan usia aku dan usia blog aku ni. inspirasi ni aku peroleh dari blog bro eQ n bro ben. wallah... simple but nice. n hopefully semua followers aku menyukainya.

banyak lagi yang perlu diperbaiki. tu pon suma dalam proses. macam header. of course aku nak header yang cantik. tp aku x reti sangat dalam graphic mengraphic ni. x per nnt aku mintak tlg ngn budak2 architecture.

lepas ni tiada lagi link-link blog di side bar aku. bukan aku buang korang. tp aku follow korang ngn jadi followers. so aku x perlu lagi nak menjengah blog aku tuk tau perkembangan korang. hopefully cara ni lebih berkesan. just thru dashboard aku da bley masuk blog korang.

walaupun masa dah berganjak subuh tapi mata aku still segar. nasib baik sok aku masuk petang... TQ sabun Aqura. sabun tahan mengantuk yang pertama di Malaysia. berminat? hubungi la aku :-)

Tuesday, March 16, 2010

... Dan Sesudah Kisah Itu

seminggu sebelum raya haji dan tanggal hari aku melaporkan diri didaerah ini, aku menerima berita yang mengejutkan. ayah aku jatuh sakit. tp masih lagi stabil. terkejut... kelu... semuanya bercampur.

aku tak puas hati, aku ugut adik aku; " if anything happens kat ayah, n kamu x laporkan kat abang, abang x maafkan kamu dan mak dari dunia smpi akhirat" aku tau niat mak aku baik. dia x nak merisaukan aku. tp sebagai seorang anak aku berhak untuk tau dan aku takder cara lain. dan kami terpisah hampir berpuluh kilometer.

sms yang aku terima dari adik aku hampir wat aku tumbang. "salam abang. ayah tenat. banyak2 doa n jangan tanya mak" jawapan yang berlawanan ngn mak aku. aku tak pasti dimana mak aku mendapat kekuatan mengkhabarkan berita yang sebaliknya pada aku. pada hal ketika itu jiwanya tengah berperang dengan kerisauan. intonasi suaranya cukup meyakinkan bahawa ayah dalam keadaan stabil.

ketika itu aku hanya mampu pasrah dan berdoa. pn.ayu suh aku balik. aku berperang dengan perasaan. kalau aku balik, memang aku akan kena marah dengan cukup2 ngn mak aku. sebarang alasan memang x kan diterima dan ini akan beri kesan kat ayah aku ketika itu. cukup sukar situasi aku . balik dan taknak balik. kalau balik bukanlah sambutan yang akan ku terima. kalau tak balik kerisauaan melanda jiwa.

seminggu aku berperang ngn perasaan. akhirnya satu hari sebelum hari raya haji dpt juga aku balik. terkejut... tersentak... tergamam. sebelum tu adik aku awal-awal da bagi tau, jangan terkejut tengok keadaan ayah. air mata aku hanya mengalir dijiwa.

alhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan semangat ayah aku melawan penyakitnya, ayah aku hampir pulih sepenuhnya. doktor sendiri pon tekejut dalam tempoh sebulan ayah aku da mampu memandu kereta sendiri. dan dalam tempoh hampir 4 bulan tiap-tiap minggu aku akan spend time ngan parent aku. balik kampung atau berkumpul dirumah adik aku dipuncak perdana. dan kadang-kadang aku menemani ayah aku menerima rawatan susulan.

sebab itu aku lebih banyak mendiamkan diri dari dunia luar. tiada aktiviti ujung minggu seperti kebiasaan. dan ada sesetengah ajakan kawan-kawan, aku terpaksa tolak. dan ada sesetengahnya melukakan hati mereka. yang memahami TERIMA KASIH. yang tidak bertanya apa sebabnya, tidak mengapa. bagi aku kawan boleh dicari. tapi mak ayah yang melahirkan dan membesarkan aku tidak ada galang gantinya.

Kala Kerinduan Menjengah Rasa


semekom kawan2 suma? ada baik? ada sihat?
amacam result SPM korang? gempak ke atau lite2 je?


seminggu berlalu tanpa entry atau citer baru...
bukan aku menyepi
tapi ketiadaan masa


korang rindu aku tak?
...

...

...

...

...

kuat sket lor. x dengar...


KORANG RINDU AKU TAK???
tak???
hurm... ok
babai

Monday, March 8, 2010

Haru Biru

Isnin yang sengal. tiga kali hari ni aku ulang alik g kerja naik train. aku akui, ni silap aku dalam memberi arahan. sepatutnya kunci yang dipinjam, dipulangkan semula. tetapi malang sunguh nasib aku hari ni, kunci tu dibawak balik oleh officemate aku yang bertugas di kota damansara. dia ingat kunci tu tuk dorang yg bertugas di sana. akibatnya, meroyan la aku nak membuka pintu library. nasib baik aku datang awal. pecah rekod. hari ni aku sampai opis sebelum receptionist sampai lg.

mula-mula aku g opis maintenance. dapat kunci. tapi kunci lain plak yg dibagi. kunci library tu aku da tukar awal2 ngn kunci staircase. jadinya kunci yg maintenance bagi tu tuk bukak staircase. bukan main door library. patah balik aku g opis maintenance. klu dekat x per. perghhh!

rupanya, nak dijadikan rencah, orang yg pegang kunci sebenar library tu terbawak balik dan tambah best beliau sedang bercuti. hampeh... kak amy offer suh kopak jer pintu library. mak aikss. sure minggu depan baru dapat mangga baru kan...

so, ngan gigihnya aku patah balik ker universiti. call fizah. suh turun bawah. bg kunci kat aku. nasib baik aku duk satu kawasan perumahan ngn fizah, tambah best lagi satu blok... terkulat-kulat fizah turun. sure baru bangun tidor fizahkan...? he he he. (tp rupa fizah comey sgt br bangun... I like. muah ha ha)

asal sampai opis awal, ujung2 pukul 9 gak aku punch card... hu hu hu. sedey. nasib dekat. cuma dua station jer. cuba imagine, fizah duk gombak n opis kitaorang kat kelana jaya. mau aku yg drive train lrt tu bagi lebih laju sket.