Followers

Tuesday, March 16, 2010

... Dan Sesudah Kisah Itu

seminggu sebelum raya haji dan tanggal hari aku melaporkan diri didaerah ini, aku menerima berita yang mengejutkan. ayah aku jatuh sakit. tp masih lagi stabil. terkejut... kelu... semuanya bercampur.

aku tak puas hati, aku ugut adik aku; " if anything happens kat ayah, n kamu x laporkan kat abang, abang x maafkan kamu dan mak dari dunia smpi akhirat" aku tau niat mak aku baik. dia x nak merisaukan aku. tp sebagai seorang anak aku berhak untuk tau dan aku takder cara lain. dan kami terpisah hampir berpuluh kilometer.

sms yang aku terima dari adik aku hampir wat aku tumbang. "salam abang. ayah tenat. banyak2 doa n jangan tanya mak" jawapan yang berlawanan ngn mak aku. aku tak pasti dimana mak aku mendapat kekuatan mengkhabarkan berita yang sebaliknya pada aku. pada hal ketika itu jiwanya tengah berperang dengan kerisauan. intonasi suaranya cukup meyakinkan bahawa ayah dalam keadaan stabil.

ketika itu aku hanya mampu pasrah dan berdoa. pn.ayu suh aku balik. aku berperang dengan perasaan. kalau aku balik, memang aku akan kena marah dengan cukup2 ngn mak aku. sebarang alasan memang x kan diterima dan ini akan beri kesan kat ayah aku ketika itu. cukup sukar situasi aku . balik dan taknak balik. kalau balik bukanlah sambutan yang akan ku terima. kalau tak balik kerisauaan melanda jiwa.

seminggu aku berperang ngn perasaan. akhirnya satu hari sebelum hari raya haji dpt juga aku balik. terkejut... tersentak... tergamam. sebelum tu adik aku awal-awal da bagi tau, jangan terkejut tengok keadaan ayah. air mata aku hanya mengalir dijiwa.

alhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan semangat ayah aku melawan penyakitnya, ayah aku hampir pulih sepenuhnya. doktor sendiri pon tekejut dalam tempoh sebulan ayah aku da mampu memandu kereta sendiri. dan dalam tempoh hampir 4 bulan tiap-tiap minggu aku akan spend time ngan parent aku. balik kampung atau berkumpul dirumah adik aku dipuncak perdana. dan kadang-kadang aku menemani ayah aku menerima rawatan susulan.

sebab itu aku lebih banyak mendiamkan diri dari dunia luar. tiada aktiviti ujung minggu seperti kebiasaan. dan ada sesetengah ajakan kawan-kawan, aku terpaksa tolak. dan ada sesetengahnya melukakan hati mereka. yang memahami TERIMA KASIH. yang tidak bertanya apa sebabnya, tidak mengapa. bagi aku kawan boleh dicari. tapi mak ayah yang melahirkan dan membesarkan aku tidak ada galang gantinya.

4 comments:

Sky b4 Pinky said...

hehe..saya..saya..nak tye..

ni citer tentg empunye blog @ lain?? sedey r.. kalo bab2 family nie..ish..very2 sensitip..

SyuQ said...

kisah tuan empunya blog

Sky b4 Pinky said...

ye ker?? ehehe..ni post citer nie.. insaf sekejap..hihi

SyuQ said...

yg baik jdkan teladan, yg buruk jdkan sempadan