Followers

Thursday, February 26, 2009

Weekend Yang Happening

JUMAAT

last friday, family aku wat reunion di "Math'am Ar-Rausyah" yang terletak berdekatan dengan Jalan Ampang. Sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai jenis masakan arab. sesungguhnya... aku memang menggemari makanan begini. rempah ratus yang digunakan menimbulkan aroma yang membuat perutku terus berasa lapar.



Pintu masuk dan papan tanda restoran tersebut


Antara menu yang menjadi pilihan

Nasi mandi berlaukan kambing. (marvellous)

Grilled Chicken





aroma turkish coffee yang meliurkan



aku makan memang tak hengat dunia. sumanya aku sembat.


SABTU

Selepas segala urusan yang memerlukan komitment aku dilaksanakan, aku mengambil keputusan merewang sakan di shah alam. perut berkeroncong minta diisi. makanya, kyros kebab menjadi destinasi aku.


Cuba korang perhati tagline dia "The Healthier Delight!"


Inila yang aku order. Spagetti Kebab with Mushrom. korang rasa healthy ke makanan sebegini?

selepas melantak aku meneruskan aktiviti merewang aku. tanpa di sangka aku terserempak dengan dua orang member aku yang sedang menghitung detik hari bahagia mereka. makanya kami pon dok lepak beborak panjang. mengimbas kenangan lalu dan kisah alam pekerjaan yang sememangnya berbeza... destinasi pilihan lepak kami, Only Mee yang terletak di SACC Mall.

menu yang ditawarkan cukup menggiurkan aku untuk mencuba. Apa lagik... rembatla!

Inilah dia gambaran bubur pulut hitam yang menggoda aku untuk menikmatinya



Inilah rupa bubur pulut hitam yang sebenar. indah khabar dari rupa


Ahad


pagi ahad kami sekeluarga dijemput oleh kenalan ayah aku. seorang lelaki dari mesir yang telah bermastautin di Malaysia hampir 15 tahun setelah berkahwin dengan rakyat tempatan untuk bersama-sama menikmati sarapan pagi ala arab. beliau mengusahakan business catering specilize in arabian cuisine. nak cuba? boleh visit laman web ini http://www.alhabibcatering.com/.

Sarapan pagi yang menyelerekan. roti lubnan dan lain-lain masakan arab

jadi last weekend aku yang happening adalah aktiviti membaham makanan.


sebenarnya aku agak kurang mengerti dengan stuktur biologi diri aku sejak akhir-akhir ini. aku bukanlah jenis yang kuat makan. akan tetapi baru-baru ni aku terlalu gemar makan. sehinggakan adik aku dan member dia menegur betapa pelahapnya aku makan. nak kata lapar sangat tak juga. malahan aku sanggup berjalan kaki dari tempat kerja untuk menikmati keenakan masakan tengah hari di istana budaya. tapi yang bestnya figure badan aku tetap maintain... mungkin anugerah Allah.

Wednesday, February 25, 2009

suka aku...

Alhamdulillah... akhirnya notebook kesayangan aku dapat diperbetulkan semula... ni semua pasal bengkel pelan strategik last month la. habis jahanam notebook aku. pelbagai jenis cacing, ulat, dan segala jenis virus menyusup masuk ke notebook aku ni tanpa izin. pada hal aku da scan berkali-kali. menyebabkan notebook aku sasau n hampir-hampir gila.

syukur gak. broadband aku dah boleh digunakan semula. setelah suma hutang piutang da aku langsaikan. makanya... dapatla aku berblogger sakan lepas ni.

Thursday, February 19, 2009

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P

Entry kali ni aku dedicated untuk insan yang aku gelar SAHABAT sempena memperingati hari lahir beliau yang bakal menjelang... Percaya atau tidak dia adalah seorang perempuan. Tapi kami mampu bersahabat sehingga kehari ini, berkongsi cerita suka dan duka, derita dan bahagia...

Sebagai seorang lelaki, tipu kalau aku tidak mengatakan bahawa aku tidak terjerumus dalam kancah cinta Melankolik; mencintai sahabat sendiri yang berlainan jantina. Tapi rupanya persahabatan itu lebih indah dari sebuah percintaan. Mungkin ketika itu aku terlalu naif untuk menilai erti sebuah persahabatan dan percintaan...

Selamat Hari Lahir yang ke 27. Semoga Panjang Umur dan dimurahkan rezeki. Aku sentiasa doakan agar kau sentiasa tabah menghadapi liku-liku kehidupan. Hidup ini tak semanis yang kita impikan. Sabar, Usaha, Doa dan Tawakal...

Puncak Perdana 2005

Wednesday, February 18, 2009

Gambar


some place kat Putrajaya. aku x tau namanya tp aku captured pki nokia N73 je.



Masjid Putra, Putrajaya



Pameran Orkid kat SACC Mall


KLCC

gambar-gambar kat atas menggambarkan betapa gilernya aku mengambil gambar (tu baru sket). pantang ada environment or benda2 yang menarik perhatian aku, aku snap either pki camera phone atau digi cam kesayangan aku. gambar-gambar yang aku captured biasanya aku takkan edit supaya nampak lebih natural.

Tuesday, February 17, 2009

Kenapa LaraHati

LaraHati ni aku gunakan waktu aku mula-mula sekali mejejak masuk kedunia blog ni. dan ketika itu hati aku agak "melara". idea LaraHati ni muncul ketika aku membaca satu entry yang kisahnya lebih kurang sama dgn kisah aku dan aku sekadar mengomen supaya blogger tu sabar n tabah kerana aku pernah rasai apa yang dia rasai. blog apa n siapa, aku pon dah tak ingat maka secara spontan nick LaraHati tu terhasil...