Followers

Friday, December 4, 2009

Saje Try

Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi.

Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.

Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau.

Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti

2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update



aku sajer je try contest kat atas tu. contest Raja Kamil. x susah mana. copy paste jer. first time try benda mcm ni. ha ha ha. cam jakun plak...

Wednesday, December 2, 2009

sehari without 'whitey'

semalam. ntah macam mana, aku boleh tertinggal 'whitey' kat dalam laci opis. da turun kat bawah baru aku teringat. alahai...

mcm spiderman aku naik. tp...

sedeynya pintu da berkunci. yang menguncinya? aku sendiri. he he he. dan kuncinya? pada fizah. rakan sekerja aku. adoiya...

aku teringat, fizah ada citer. dia pernah tertinggal kunci library kat dalam. dia goyang2kan pintu tu, then pintu tu terbuka sendiri. magic kan? aku pon try la. punyala goncang bagai nak giler, tp pintu tu tak terbukak-bukak plak. lepas tu datang plak brader ni... tya aku:

"apa hal bang"
"owhh... x der apa, nak tutup library. kena tolak pintu tu sket baru bley katup" cover line aku menjawab. giler apa kalu dia tau aku nak buka pintu library without kunci. silap ari bulan, aku di kategori mencerobohi

hu hu hu. sedey aku. semalaman aku x dapat melayari internet. rasa cam gelisah. FB x ley, tagged x ley, blog x ley.... adooooiiiiii! buhsan

bentang toto, tarik selimut. tido

terbelit

klaka pon ada bila aku sendiri dengor aku speaking omputih. ha ha ha. kalau aku sendiri tak paham, agak2 students ni dorang paham tak? taram jer dowh janji dorang paham walaupun aku sendiri tak paham. wa ka ka

actually aku bukannya x reti langsung speaking english. cuma lama x di praktiskan jer. tu pasal lidah keras jer bila speaking. btw, aku tengok suma student n lecturer bila bercakap ngn aku, mereka mengangguk n mendengar ngn kusyuk that means dorang paham la kot. takat ni x der plak yang pendang muka aku ngn muka blur

x per... lepas ni aku akan improve akunya skill speaking in english. kalau dorang mendengar dari faham, langsung trus tak paham. ha ha ha

Tuesday, December 1, 2009

Hanjeng

nak tanya, korang suma pernah x kena kacau ngn anjing? kena salak x bersebab padahal korang lalu jer bknnya nak merompak tuan anjing tu? kena kejar anjing? n anjing pandang slack jer cam nak terkam korang?

benda-benda kat atas tu semua, aku rasai n tempuhi hari-hari bila nak kuar rumah. x kira nak pergi kerja ke, balik kerja ke, pegi merayap ke. kalau korang alami sendiri, apa tindakan korang?

pernah x korang alami... tengah syok berjalan kaki duk berangan, tetiba ada anjing kejar berhenti betul2 kat sebelah korang n salak kuat-kuat sambil jelirkan lidah bodoh dia tu. lepas tu blah gitu jer n datang lagi... apa korang nak wat?

secara jujur, aku memang hangin giler ngn situasi ni. hari-hari aku kena salak. sometimes kena kejar pada hal aku lalu jer. tapi aku pelik betul. dah setahun aku duduk kat taman perumahan tu, tapi anjing sial ni masih x dapat cam bau aku yang langsung x der keinginan tuk merompak tuan dier. bertambah pelik lagi bila anjing jiran sebelah menyebelah rumah aku, dapat mengenali aku... if aku lalu jer n dia ternampak aku, sure mesti dia diam jer. anjing yang sekor ni memang betul-betul mendatangkan cuak kat aku. bkn yang ni jer. ada lagi...

so aku memang amik tindakan drastik. satu hari yang malang, (malang bg anjing tersebut) aku secara berani melastik anjing yg selalu kacau aku. dua tiga das terkena kat kepala dia yang bodoh tu. haru biru anjing tu kelam kabut melarikan diri. padan muka! dekat 2, 3 hari gak aku tak nampak kelibat anjing tu lagi. so, aku ingat da bertaubat la anjing tu... rupanya tidak

last a few days aku balik malam, aku di kejutkan ngn salakan anjing yang sama. cilakak betul! aku memang hangin giler n kebetulan aku ternampak kelibat maid or tuan anjing tu, jd aku sound kuat2
"owhhh x insap lagi ko anjing... ko nak kena tembak ngn air cili sampai buta baru kau bertaubat?" cam gitu la aku ckp...

n then a few days after, selepas aku make ready ngan pistol air yang mengandungi ramuan untuk membutakan anjing terbabit (aku blended cili burung+air+air perahan limau+air garam+air asam jawa) aku langsung x nampak kelibat anjing tu sampai la ke ari ni. pistol air ni memang aku standby everytime... awas kau anjing!

aku rasa tuan dia yang tak reti nak jaga anjing dia maybe terdengar aku wat amukan puaka hari bila tu kot. tu pasal dia sorok anjing dia kot... atau pon anjing tu da taubat... Wallahua'lam.

Monday, November 30, 2009

handover

tanggal aku melaporkan diri ke Unity College International, datangla ujian menduga diri aku ini. antara tabah dan redha, dalam rela dan keterpaksaan, akhirnya aku pasrah... aku anggap ni semua ujian dari Allah. aku teringat pesan ayahku. Allah akan menguji setiap hambanya sebelum diberi sesuatu nikmat...

bukan mudah kita nak take over kerja-kerja orang lain. lebih-lebih lagi bila seseorang itu sudah semestinya powerful, talented n kredibiliti profesionalism dia diperakui. aku yang hanya insan kerdil yang bercita-cita tinggi sedikit gerun melihat environment baru sekitar aku. kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai... sekarang umah da siap, ombak harus aku tempuhi jua... Insyaallah berkat doa kedua ibubapa aku, doa dan harapan dari the former librarian yang confident ngn kemampuan aku untuk memajukan library ni n doa orang-orang yang menyayangi aku, aku akan lakukan yang terbaik. kata orang, berpantang maut sebelum ajal...

seminggu di Unity, aku da mula rasa perbezaannya di tempat kerja lama, walaupun aku selalu cakap, no different between archive n library. tapi sebenarnya cukup berbeza. wat book shelving jer da memeningkan kepala aku. sehari suntuk aku wat book shelving just for one shelf jer... kalau dulu wat archive shelving, zaaasss! sekejap da siap... mencatalogkan buku sebenarnya lebih mudah dari mengkatalogkan archive. satu tape archive biasanya melebihi 10 visual yang perlu dicatalogkan. compare to book, satu buku cuma ada satu information jer yang meliputi title, author n ISBN. kalau berinteraksi ngn student kena speaking, naik terbelit lidah aku ckp omputih. dulu kat tempat lama, aku cakap omputih bila perlu jer (tp kebiasaannya mmg x diperlukan langsung). dulu selalu aku merungut, karenah cameraman cukup merimaskan. tetapi karenah student, lagi terseksa jiwa raga dan batin aku... tapi, ini semua cabaran.

aku x tau nak described camner. tp setiap kali aku bangun pagi, aku rasa cam x sabar2 nak g kerja. sama macam kat tempat kerja lama gak. cuma tempat lama tu aku sedikit cuak n boring sebab terpaksa kejar call time yang selalu merapu n meraban. la ni x lagi. bangun 6.30am, aku g solat subuh sat. lepas tu, sambung tido blk. he he he. 7.45am baru bangun blk, mandi n bersiap. pukul 8.00am baru gerak g stesen lrt. sampai office around 8.20-8.30. ngam-ngam cantik... shift petang pon around 8.00pm jer. x der la cuak nak balik malam. so far, alhamdulillah, ada hikmahnya tukaq kerja baru ni. dan harap-harapnya, smoothla hendaknya sampai aku muak kerja kat sini. he he he