Followers

Tuesday, December 1, 2009

Hanjeng

nak tanya, korang suma pernah x kena kacau ngn anjing? kena salak x bersebab padahal korang lalu jer bknnya nak merompak tuan anjing tu? kena kejar anjing? n anjing pandang slack jer cam nak terkam korang?

benda-benda kat atas tu semua, aku rasai n tempuhi hari-hari bila nak kuar rumah. x kira nak pergi kerja ke, balik kerja ke, pegi merayap ke. kalau korang alami sendiri, apa tindakan korang?

pernah x korang alami... tengah syok berjalan kaki duk berangan, tetiba ada anjing kejar berhenti betul2 kat sebelah korang n salak kuat-kuat sambil jelirkan lidah bodoh dia tu. lepas tu blah gitu jer n datang lagi... apa korang nak wat?

secara jujur, aku memang hangin giler ngn situasi ni. hari-hari aku kena salak. sometimes kena kejar pada hal aku lalu jer. tapi aku pelik betul. dah setahun aku duduk kat taman perumahan tu, tapi anjing sial ni masih x dapat cam bau aku yang langsung x der keinginan tuk merompak tuan dier. bertambah pelik lagi bila anjing jiran sebelah menyebelah rumah aku, dapat mengenali aku... if aku lalu jer n dia ternampak aku, sure mesti dia diam jer. anjing yang sekor ni memang betul-betul mendatangkan cuak kat aku. bkn yang ni jer. ada lagi...

so aku memang amik tindakan drastik. satu hari yang malang, (malang bg anjing tersebut) aku secara berani melastik anjing yg selalu kacau aku. dua tiga das terkena kat kepala dia yang bodoh tu. haru biru anjing tu kelam kabut melarikan diri. padan muka! dekat 2, 3 hari gak aku tak nampak kelibat anjing tu lagi. so, aku ingat da bertaubat la anjing tu... rupanya tidak

last a few days aku balik malam, aku di kejutkan ngn salakan anjing yang sama. cilakak betul! aku memang hangin giler n kebetulan aku ternampak kelibat maid or tuan anjing tu, jd aku sound kuat2
"owhhh x insap lagi ko anjing... ko nak kena tembak ngn air cili sampai buta baru kau bertaubat?" cam gitu la aku ckp...

n then a few days after, selepas aku make ready ngan pistol air yang mengandungi ramuan untuk membutakan anjing terbabit (aku blended cili burung+air+air perahan limau+air garam+air asam jawa) aku langsung x nampak kelibat anjing tu sampai la ke ari ni. pistol air ni memang aku standby everytime... awas kau anjing!

aku rasa tuan dia yang tak reti nak jaga anjing dia maybe terdengar aku wat amukan puaka hari bila tu kot. tu pasal dia sorok anjing dia kot... atau pon anjing tu da taubat... Wallahua'lam.

2 comments:

Unknown said...

wakakakaka sakit yut akk membacanye... akk penah kena masa kecik2 dulu. masa tu br balik ngaji.. ekceli anjing tu dok baring jek n jeling je kat akk, tak wat pape pun tp akk yg menjerit terlolong menangis kat c2 cuz kaki dah takle gerak dh wakakaka aduhaii....

SyuQ said...

he he he... sy kena bukan setakat jeling kak. anjing tu mmg kejar sy n berenti beberapa inci dari sy. air liur dia meleleh-leleh. saper tak cuak

dlm otak sy time tu, alang2 nak menyamak, lbh baik sy terus pegang anjing tu n hempuk dia sampai mati. nasib baik dia cabut.