Followers

Thursday, May 21, 2009

Mereka Masih Mengenaliku...

kerja straight seminggu setengah, menyebabkan badan aku rasa letih lesu. rutin harian, 7.30am keluar rumah, 6.30pm kuar opis. begitula selama seminggu setengah ni. nak kuar melepak dan menonton wayang rasa malas. banyak movie yg aku skip. kat rumah sekadar berborak dgn abg2 housemate aku n layan dvd je. jadi kesempatan bercuti selama 4 hari, aku gunakan utk blk ke kampung halaman. rindu ngn mak aku... he he he. anak mak la katakan.

hendak dijadikan cerita, sudah terlalu lama aku tak berkunjung ke pasar basah sungai besar. berkesempatan yang ada, aku menemani mak aku membeli barangan dapur. biasanya mak aku akan masak mengikut selera aku.

seawal jam 7.00 pagi aku dan mak aku da sampai ke pasar basah sungai besar (market le...). mak aku tanya nak beli barang dulu atau nak beli sarapan. aku decide kami beli sarapan. pagi2 buta ni, teringin plak tekak aku nak makan soto. jadi aku pegi kesatu gerai yang menjual pelbagai variety makanan selain nasi lemak cam soto, pecal, mee kari. gerai ni memang menjadi pilihan.

belum sempat aku memilih juadah, akak kat gerai tu terlebih dahulu menyapa aku.
"lama tak nampak?"
"aiks... akak kenal saya lagi ker? blh cam saya?" aku bertanya balik kakak tu.
"ish... kamu ni. mesti la kenal. mesti la cam. senyuman kamu tu... akak tak kan lupa."

aku tergelak mendengar jawapan kakak tu.
"hah! cara kamu gelak tu pon akak masih ingat lagi." kakak gerai tu menyambung kata.
"lama tak nampak kamu... kamu kemana?" kakak tu bertanya lagi.
"saya tak kemana-mana kak. masih lagi ada. cuma sibuk sket." aku masih lagi berbasa-basi ngn kakak tu.
"makcik mana?" aku bertanya kakak tu. biasanya, kakak tu akan berniaga bersama mak dia sekali. mak dia memang takkan ditinggalkan.

kakak tu terdiam seketika.
"mak dah 6 bulan meninggal dik..." akak tu menjawab perlahan. aku terkejut...
"tu la kamu... lama sangat x nampak..." kakak tu menyambung kata. mungkin hendak menyembunyikan kesedihan dia...
"akak tengok kamu pon da kurus sket... makan hati ker?". aku tergelak mendengar kata kakak tu. aku tak berkata apa. setelah membayar harga soto n sedikit kuih, aku pon berlalu masuk ke market.

dalam market, aku menuju ke gerai menjual ayam. tiba-tiba aku disapa oleh abang penjual ayam. (abang penjual ayam la pulak. ha ha ha.)
"lama x nampak kamu... kamu kemana?"
"keje bang. la ni da duk KL. aiks... abg ingat sy lagi?"
"hish... mana boleh lupa. kamu senyum tu..., manis." abang tu menjawab sambil tergelak. aku pon tegelak sama. manis ke?

aku membelek ayam yang ada disitu dan selepas berpuas hati dengan pilihan aku, aku menyerahkan ayam tersebut kat wife abang tu.

"cam biasa ke?" akak tu bertanya. aku tergelak besar sambil mengangguk. masih ingat lagi dia... biasanya aku membeli ayam, aku minta dibuang kulit n lemaknya. lepas tu potong kecil2 sedikit.

lepas membayar harga ayam tersebut, aku pon menuju ke gerai menjual ikan. aku teringin makan ikan merah goreng. aku pergi ke gerai yang biasa aku pegi dulu. kat kerai tu nyonya tu da tersenyum memandang aku...
"haiya... lama talak nampak lu. selalu lu punya mak beli ikan..." nyonya tu awal2 da bertanya aku.
"sibuk la nya. saya sudah keje sekarang."
"ooo. itu mcam ka..."
"nyonya masih ingat saya lagi?"
"haiya... mana bole lupa woo. lu punya mak, lu punyak apak selalu beli ikan sini." aku tergelak mendengar jawapan nyonya tu... ye la tu.
"lu punya gelak pon saya masih ingat." nyonya tu menyambung lagi. bertambah galak la aku gelak mendengarnya.

usai membeli barang, kami pon bergerak balik kerumah... ironisnya cerita aku ni, mereka-mereka yang dalam cerita aku ni, mcm makcik jual soto, abang n kakak jual ayam, nyonya jual ikan, aku kenali mereka lebih dua tahun yang lalu sebenarnya. ketika itu aku menjadi penganggur kehormat dirumah. pagi-pagi tugas aku membeli sarapan n membeli barangan dapur. begitula rutin aku. secara tak langsung, aku mengenali mereka ni semua. dalam tempoh dua tahun setelah aku menyambung pengajian n menempuhi alam pekerjaan, aku jarang berkesempatan mengunjungi market basah sungai besar. walaupun berkesempatan, akan tetapi gerai-gerai mereka ini tidak aku kunjungi... walaupun dua tahun berlalu, tapi mereka masih mengenaliku. walaupun dari sebesar alam, aku da mengecil jadi sebesar zarah... (ceee wah), mereka masih cam aku lagi. mungkin kerana keramahan aku ataupun kerana murahnya senyuman aku ataupun kerana begitula taktik diorang menjual produk, itu aku tak pasti. yang pasti, mereka masih mengenaliku...

1 comments:

rani said...

ni citer betul ke citer olok2?
senyuman mu? manis ke?