Followers

Wednesday, May 13, 2009

x der keje

La Usurpadora

Rosalinda

bagi penggemar-penggemar telenovela... masih ingatkah anda dengan dua intro diatas. di zaman kegemilangan telenovela, 2 telenovela ini sememangnya menjadi kegilaan ramai ketika itu. kalau x silap aku la usurpadora di tayangkan di NTV7 ketika itu pada jam 5pm. manakala rosalinda ditayangkan di TV3 pada jam 2pm. ketika zaman rosalinda, waktu tu aku di tahun akhri di UiTM. manakala la usurpadora pula ditayangkan ketika aku mahu jejak kaki ke UiTM.


betty la fea, miss 3 hermanas, juanas miracle, maria mercedez, la intrusa, secreto d amor juga antara telenovelas yang pernah menguasai kaca tv rumah kita. malahan kuasa telenovelas juga merentas dunia. percaya atau tidak. aku pernah menyaksikan sendiri rosalinda dalam versi arab di abu dhabi... itu la kuasa telenovela ketika itu.


kejatuhan era telenovela di negara ini apabila munculnya drama dari korea seperti winter sonata, autumn in my heart yang mula menjadi kegilaan ramai. tambahan pula bila munculnya 8TV yang banyak memaparkan cerita dari negara berkenaan n jepun. cerita-cerita dari korea lebih menjurus kearah kisah romantik ala fairy tale. yang sememangnya dapat menarik pengaruh remaja. manakala telenovela lebih menjurus kepada kisah romantik thriller dan menampilkan pelakon-pelakon yang boleh menghangitkan ikan dikuali makcik-makcik didapur.


era sinetron pula bermula dengan penayangan slot drama dr indonesia di tv2 (kalau tak silap aku). bagi meraka yang memiliki Astro dirumah, penguasaan sinetron telah lama bertapak. yang aku ingat ketika itu ialah sinetron ikhlas dan hikmah. malahan sinetron hikmah sahaja telah dilanjutkan menjadi hikmah 1, 2 dan 3. sinetron bawang putih bawang merah yang disiarkan TV3 menjadi fenomena untuk drama-drama dari seberang menguasi TV kita. malahan astro sendiri pon membuka saluran aruna bagi menyiarkan drama-drama dari seberang.


bagi menghadapi persaingan, banyak stesen tv yang mencari kelainan. TV2 dan TV3 misalannya mengambil langkah menyiarkan drama dari negara jiran yang lain seperti filipina dan thailand. mula sa puso, pa nga ko sayo, blood peonix n bakekang antara drama yang pernah ditayangkan. sambutannya menggalakan, akan tetapi mungkin waktu tayangan yang tidak bersesuaian menyebabkan slot drama ini terpaksa dihentikan atau pon dipinda.


sinetron ke... telenovela ke... drama korea ke... bagi peminat2 setia slot2 rancangan tv diatas, sedikit sebanyak ia pasti pernah memberikan impak dalam kehidupan seharian kita. untuk diri aku sendiri saat paling sewel aku menggilai rosalinda, apabila kami pakat ramai2 ponteng kelas economy tuk tgk episod terakhir rosalinda :-) begitulah penangannya...

5 comments:

Softtouch [Hanim] said...

mestilah igt lagi syuq..masa tu kat itm lah..penuh jer bilik tv masa tu..rindunye zaman blaja..

sekarang bila dahe keje sinetron2 tu dah xlayan dah..

SyuQ said...

^^Softtouch [Hanim]^^
kan... masa tu syuq sggp berkampung kat dining perindu. time tu tv hanya da kat dining perindu je. itula penangan la usurpadora... ;-)

sggh indah time blaja

- Leena - said...

hahaha..bagus syuq...gle rindu..klu kta blik tv 2..hadoi de groupie yg rse kteorg nk sepak je..sbb xreti mulut nk duk diam2..mcm dia plak director..memekak2..

SyuQ said...

^^LeenaA^^
kan... siap ada yg berangan lagi jadi paula paulina. hua hua hua. x der plak yg nak jd nenek pedad. :-D

rani said...

ko ni columnist hiburan ke? kah2