Followers

Monday, June 8, 2009

.::kadang-kadang aku fikir::.


kadang-kadang aku fikir...
tak layakkah aku mengecapi kebahagian?
apakah dosa aku sehingga aku diuji begini...?
inikah kifarah yang harus aku langsaikan atas dosa-dosa aku yang lalu...?

kadang-kadang aku fikir...
adakah kehadiran aku dalam kehidupan orang-orang yang aku sayangi
sekadar satu medium pengantaraan.
untuk mereka perbaiki diri mereka.
untuk mereka perbaiki hubungan mereka.
untuk mereka muhasabah diri mereka.
aku memasuki kehidupan mereka disaat mereka diselubungi duka...
disaat mereka memerlukan...
bila mereka sudah mengecapi kebahagiaan,
aku merasa kesunyian...

kadang-kadang aku fikir...
kemana sahaja aku pergi,
perkara sebegini senantiasa mengekori aku...
sehingga aku rasa takut.

kadang-kadang aku fikir...
hendak saja aku bawa diri.
tapi kemana?

kadang-kadang aku fikir...
inikah ujian yang harus aku tempuh?
yang aku harus lalui sebelum aku menemui kebahagian yang aku cari...

tapi sesungguhnya ya Allah...
aku terlalu penat
terlalu letih
untuk harunginya
walaupun aku yakin ada hikmah disebaliknya...

Sunday, June 7, 2009

menghitung hari

aku menghitung hari
mengira detik
untuk berpoya-poya
melupakan sibuk dikota
thesis yang asyik kena redo
kerja yang senantiasa tak pernah abis

aku menghitung hari
mengira detik
untuk berjumpa
dengan sidia
teman teristimewa
(poyola :-D)

aku menghitung hari
mengira detik
segalanya da diatur
harap segalanya lancar
tanpa halangan

Saturday, June 6, 2009

Exec ke Clerk

alahai... yeop. kadang aku rasa nak gelak jer bila certain Broadcast Journalist, Assistant Producer yang x pernah turun ke bilik arkib ni, sesekali menjengah muka. lagi2 bila staff2 aku duk mengulat. makanya tinggal la aku sengsorang kat sini. jadi secara automatik aku take over kerja dorang...

bila BJ and AP yg tak pernah nampak aku, n jarang2 turun mesti ckp "ooo... u orang baru erk. replace kak j****". aku senyum n gelak jer. ...menjadi-jadi la perangai dorang ni... igt aku ni apa...?. adus... ada yang demand n siap pelekeh aku. x per. aku rileks jer. esok aku dah kompem jawatan, korang tengok jerla keauthoritian aku yer. wat masa sekarang aku lite2 jer...

kadang-kadang aku rasa bilik arkib ni cam kaunter pertanyaan plak. pagi2 da sibuk ngn calling tanya pasal assignment. apsal dorang ni semua x nak turun tgk sendiri... malas? so, aku aku pon malas nak pick up the calling. jgn marah yer yeop. :-)

p/s: bengang tapi x kisah

Tuesday, June 2, 2009

dEmAm oh DeMaM

alahai... apa kena la ngn sistem biologi tubuh badan aku... kejap demam kejap sihat. selera makan aku susut 110 peratus. semua benda aku x larat nak telan. makan roti sekadar alas perut tuk makan ubat. (badan x kurus2 plak). bila malam terketaq-ketaq. dr. suspect denggi, tp aku rasa x. tanda-tanda denggi separuh jer yang timbul kat tubuh badan aku. mustahilla kena denggi. dr tu ckp berkemungkinan jer denggi.

p/s: demam-demam pon aku still aktif berblog. nak jadi blogger tegar ler katakan

Monday, June 1, 2009

Aduhai... gatai tangan

konon2nya nak mencantikkan blog aku. try ubah template. ini lah hasilnya cantik ke? memang la cantik... tp... huwaaaa!!!

banyak yang aku hilang. shout box aku... aku nye link ke blog member2 blogging yang aku slalu view blog dorang. adus...

so... kpd kwn2 aku yg pernah aku linkkan blog dia thru my blog, sila drop ur blog address kat comment entry ni erk. aku x igt address korang hatta member baik aku sendiri... he he he boleh tak?