Followers

Friday, March 5, 2010

Tips Ketika Bekerja


Tips-tips untuk menjadikan anda kelihatan begitu sibuk di pejabat:

1. buat timbunan buku-buku di atas meja. Lagi tebal buku itu, lagi bagus.

2. Jangan kemaskan meja. Buatkannya seselerak yang mungkin. Kalau boleh, sepahkan lagi dengan kertas-kertas projek, surat-surat rasmi yang sebenarnya tiada kaitan langsung dengan anda.

3. Jika ditangkap sedang browse ke laman web yang tidak berkenaan dengan kerja, sila beritahu yang anda sebenarnya sedang belajar software baru.

4. Bawa 2 sweater/kot yang serupa ke pejabat. 1 tinggalkan di kerusi, dan 1 lagi untuk anda ketika pulang. Ini untuk memperlihatkan yang anda seolah-olah masih ada di pejabat ketika lewat petang, walhal pada masa itu anda sudah tiba di perkarangan rumah.

5. Sentiasa kerutkan muka dan buat catitan di kertas jika menerima panggilan henpon, meskipun panggilan itu dari bini anda atau mertua yang menanyakan perkara yang tiada kaitan langsung dengan kerja.

6. Sentiasa mengeluh dan memicitkan dahi ketika waktu pejabat untuk meyakinkan bos yang anda sebenarnya sedang memikirkan penyelesaian kepada masalah pejabat, sedangkan sebenarnya anda tengah berfikir nak makan apa malam nanti.

7. Buat muka garang dan serius ketika menulis artikel TKO atau email yang tidak berkaitan dengan kerja, supaya rakan sekerja di depan anda menyangkakan yang anda sedang sibuk gila dengan tugas.

8. Sentiasa off henpon ketika waktu pejabat (seboleh mungkin) supaya semua semua call masuk ke voicemail dan jangan lupa meletakkan voicemail yang berbunyi "Sila tinggalkan pesanan anda dan saya akan membalasnya dengan seberapa segera kerana sekarang saya sedang menghadiri mesyuarat penting.."

9. Sila balas panggilan atau voicemail yang ditinggalkan di dalam henpon daripada bos anda selepas waktu pejabat atau ketika waktu cuti kerana pada masa ini biasanya bos tidak akan melayan panggilan anda sebab sibuk main golf atau makan malam dengan client. Ini adalah teknik untuk meyakinkan bos bahawa anda seorang yang rajin dan tetap bekerja sehingga lewat waktu dan pada hari cuti.

10. Sila bawa fail jika mahu pergi minum di kantin/cafe. Orang yang membawa fail kelihatan seperti mahu pergi ke mesyuarat. Tetapi, jangan pula membawa surat khabar kerana ia kelihatan seperti anda hendak ke tandas.

Selamat berjaya!

Thursday, March 4, 2010

Otak Jammed



hari ni aku terlalu penat nak berfikir.
terlalu malas nak bekerja.
malas nak menggerakkan otot.
kalau boley aku nak tido jer. tido n terus tido n terus tido


it was so damn bored melalui routine yang sama
mengedit thesis.
ada mulut2 nakal bertanya; lepas ni wat phd ke?
damn...! nak wat thesis master ni pon aku da muak
boleh jer kalau ko jd sponsor. amacam?

Wednesday, March 3, 2010

Kyle Xy


kyle xy ok... bknnya KY jelly. muah ha ha... aku follow citer ni dari first season. masuk season 2, aku da terlepas. alkisahnya, tuan umah yg dulu lokek sket. dorang layan citer feveret dorang jer. citer2 macam supernatural, ghost whisperer, oprah dorang tak layan. dorang suka tengok rancangan ala gediks2 jer...

dalam sibuk2 aku kerja n wat thesis, sempat gak aku layan dvd kyle xy season 2. dvd ni aku beli since last year. tp x pernah tengok. baru la ni berkesempatan. tu pon banyak skip.

da masuk season 2 ni, baru aku terperasaan, citer ni ada sedikit persamaan ngn citer masa aku kecik2 dulu. tp aku lupa tajuknya. jenuh gak aku nak mengingat. yg aku ingat, aku da video clip pasal citer tu. brandy n monica yang nyanyi. lelama aku refresh balik minda aku, baru aku teringat lagu yang brandy n monica tu nyanyi tajuknya the boy is mine. so, merata la aku selongkar cr video clip tu... akhirnya jumpa. dan tajuk citer tu roswell. citer pasal budak alien.

aku suka cite kyle xy ni sebab banyak menyentuh sensitiviti kekeluargaan n persahabatan. x terlalu berat. memang taste aku citer2 macam ni. banyak moral dan pengajaran dalam citer ni. secara jujur aku bg tau, aku cukup tak gemar ngn drama2 melayu. aku bukan poyo. atau merendahkan hasil kretiviti orang melayu kita. cuma kadang2 citer melayu melampaui akal pemikiran waras aku nak berfikir. sebagai contoh; nak tido pon still bibir merah menyala... lu pikirla sendiri.

Hukuman Bagi Jenayah Rogol


apa agaknya hukuman yang setimpal bagi jenayah rogol? skg ni hukuman sebat dan penjara macam da tak mempan. dan tak beri kesedaran pada orang ramai. ada yang lepas kena sebat, masuk penjara n da lepas kuar still wat gak lagi.

agaknya apa hukuman yang wajar? aku terpikir bagi mereka yang sabit kesalahan merogol dikenakan hukuman diliwat ngn batang kayu selama 15 minit. baru dorang ni rasa betapa sakitnya kena rogol. hukuman ni kena dibuat dihadapan orang ramai tanpa mendedahkan identiti pesalah.

sekurangnya hukuman sebegini mampu menakutkan mereka yang terfikir nak merogol. dan bagi penjenayah yang sabit kesalahannya, mungkin taubat nasuha terus. sebab setiap kali terfikir nak melakukan perbuatan tersebut, sudah pasti teringat betapa sakitnya kena liwat secara paksa.

itu adalah pandangan kasar aku. apa plak kata korang?

Monday, March 1, 2010

Lainla Ngko, Bapak Ngko Kaya


senangla ngko cakap, bapak ngko kaya. susah2 ngko, bapak ngko boley tolong. wahhh!!! gitukan. main bapak2 plak. yang kaya tu bapak. bukannya anak.

sedari kecik sampai kebesor, aku diajar ngn mak aku tuk menambung. sikit2 lama2 jadi bukit. sedari kecik juga aku belajar. kalau hendakkan sesuatu, kena berusaha untuk mendapatkannya... apa korang ingat segala apa yang aku ada skang ni dengan cara bermanja-manja ngn bapak aku? owhhh kalau aku nak handphone baru, just bg tau jer bapak aku. so bapak aku belikan yang baru. nonsense!!! E71 aku tu aku kumpul atas titik peluh aku bekerja. kamera casio yang kena curik tu pon atas hasil duit yang aku kumpul. belum pernah aku merengek, meminta di belikan sesuatu. merengek nak duit. apa tah lagi merengek nak memakai kereta.

dari aku berhijrah ke shah alam tuk belajar dan sampai la ni merantau ke KL tuk mencari rezeki, aku menjadi pengguna tegar pengangkutan awam. dari bas mini, intrakota sampai la ni jadi rapid KL semua aku rasa. berebut naik lrt n naik bas suma aku alami. kena hujan dan panas suma aku da tempuhi. jangan korang ingat apa yang aku ada sekarang semudah ABC tuk memilikinya.

kalau aku berjalan merata, bershoping sakan tu atas duit gaji aku. bukan atas tiket kesenangan mak bapak aku...

orang yang memandang memang terlalu mudah nak mengata...