Followers

Monday, February 7, 2011

Mood Blogging Yang Punah


Assalamualaikum... Semoga dalam limpahan rahmat daripada Allah S.W.T. Baru-baru ni, mood blogging aku kembali. Bersemangat untuk menulis, berkongsi cerita dan rasa. Ini pun gara-gara dapat buffered earnings.

Tapi kalau setakat mood jer baik dan line internet lembab pun tak jalan. Huhuhu. Hari pertama sehingga hari kelima aku kembali, keadaan masih berjalan lancar. Line internet masih ditahap memuaskan. Bila masuk hari keenam, line internet mula buat hal. Bukan itu sahaja, laptop aku pun meragam dan line internet kat tempat kerja pun mula buat hal.

Walaubagaimanapun, aku tetap gigih menulis. Sampai ketikanya aku terpaksa save as a draft jer sebab internet tersangat lah lambatnya. Nak terbitkan satu entry pun berjam-jam. Lebih baik aku tidur. Bangun tidur pun keadaan masih tidak berubah...

Hari Ahad semalam baru line broadband pulih seperti biasa. Aku tidaklah mengharap laju sampai 1 gigabytes persaat. Tapi sekurang-kurangnya tidaklah sampai berjanggut aku hendak menungu entry aku dipublish. Asalkan aku boleh menulis, menerbitkan dan blogwalking sudah memadai bagi aku...

Apakah yang menyebabkan masalah ini? Takkan disebabkan banjir maka pencawang dan cable optik pun tidak berfungsi...?Takkanlah disebabkan Mesir merusuh kot? Ada juga beberapa rakan aku mengalami nasib yang sama. Malahan dengar ceritanya Nuffnang pun bermasalah dihari kedua sambutan Tahun Baru Cina... Haisshhh

Sunday, February 6, 2011

Puteri Gunung Ledang

Ihsan Google

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat daripada Allah S.W.T. Macam mana cuti korang? Indah ke, biasa-biasa ke ataupun indah khabar dari rupa? hehehe

Kala ini aku sedang menonton Puteri Gunung Ledang. Entah kali ke berapa aku menontonnya, memang tiada jemu. Walaupun pelbagai spekulasi yang melanda, tapi cerita ini ada tarikannya yang sendiri.

Cerita ini jua mengingatkan aku kat seseorang. Pertama kali cerita ini released di pawagam, pertama kali jua aku keluar menonton wayang dengan dia :-) Aku masih lagi ingat tarikh tayangan perdana cerita ini; 31 Ogos 2005. Masakan aku boleh lupa. Pagi-pagi buta kami sudah keluar meronggeng ke Mid Valley takut tiket habis.


"...kaki terpasak dibumi, jasad tidak setanding mimpi"
"...adinda bersumpah, jikalau kekanda tidak kemari, adinda akan menyusul kekanda. menghirup udara yang sama. menginjak pada tanah yang sama"

"...patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda kemari..."


Itulah antara bait bual dalam cerita ini. Sungguh puitis bagi aku.

Saturday, February 5, 2011

Durian, Lazatnya Tapi...

Ihsan Untie Google

Assalamualaikum... Semoga semua pembaca Corat Coret dalam limpahan rahmat daripada Allah S.W.T.

Korang suka durian tak? Ada yang suka dan ada yang tak suka. Aku memang suka durian. Suka bukan tahap biasa-biasa. Tapi dah suka sampai tahap hantu raya. Hahaha

Baru-baru ini sebelum pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina, Sampai sahaja dirumah aku dihadang dengan 3 biji durian. Ayah aku membelinya di Kerling, Kuala Kubu Bharu ketika beliau mempunyai urusan disana. Durian di kawasan-kawasan sana merupakan durian asli bukit. Rasanya lazat dan isinya tebal. Tiga biji tu, hampir 3/4 aku yang makan seorang. Kira tahap hantu raya la kan. Hahaha.

Rupanya, ada sesuatu yang aku tak tahu. Sistem biologi tubuh badan aku sudah tidak mampu lagi menerima dos durian yang berlebihan sejajar dengan penambahan usia aku. Huhuhu. Hasil pemakanan durian yang melampau tu mengakibatkan aku mengalami kekembungan perut. Sampai aku sukar untuk membuang air besar. Bukan sembelit. Tapi disebabkan angin yang terhasil dari durian yang aku makan menyebabkan aku kehilangan deria rasa untuk membuang air besar.

Itu pun aku tak serik. Sampai ke kampung, Pak Lang aku yang mempunyai dusun sendiri memberi aku sebiji durian bila beliau mengetahui aku sudah pulang. Tak cukup lagi, aku diberi 4 biji durian lagi pada keesokan harinya. Seperti kebiasaan hampir kesemuanya aku yang habiskan. Hasilnya, perut aku mengalami kekembungan yang berterusan.

Friday, February 4, 2011

Kenangan Tahun Baru Cina

tinggal kenangan

Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. Selamat Tahun Baru Lunar. Tahun ini tahun arnab. Gong Xi Fa Cai bagi yang menyambutnya.

Menjelang sambutan Tahun Baru Cina, perkara lain selain filem-filem kung fu dan hantu, terselit kemas kenangan dulu. Hari pertama, aku akan menemani ayahku menziarahi kawan-kawannya yang berbangsa Tiong Hua yang merayakan Tahun Baru Cina pada hari pertama di kalendar lunar. Bangsa Cina terbahagi kepada beberapa bangsa yang. Tidak semuanya meraikan Tahun Baru pada hari pertama. Tapi kebiasaannya, sambutan Chap Goh Meh pasti disambut dengan meriah.

Kebiasaannya ayahku akan mengunjungi keluarga Uncle Ong. Sejak beliau menjadi rakan perniagaan ayahku, hubungan mereka memang akrab. Kebiasaannya Uncle Ong akan meminta pendapat ayahku tentang susur galur sesuatu perniagaan itu menerusi konsep keislaman sebelum beliau sendiri berani menerima dan melaksanakannya.

Walaupun belaiu berbangsa cina tapi bila tiba masa solat. beliau akan berhenti dan menyuruh ayahku pergi solat dahulu baru sambung berbincang. Sebagai contoh, bila ayahku dan beliau dalam saatu perjalanan dalam urusan perniagaan dan ketika itu sudah masuh waktu Zohor, beliau pasti akan berhenti dan menurunkan ayahku di masjid bagi menuanaikan kewajipan. Malahan bila azan berkumandang pun beliau akan berhenti seketika dari sebarang pekerjaan bagi menghormatinya.

Dengan pekerja-pekerja bawahan beliau pun, beliau sangat mengambil berat. Sebagai contoh bila ada kematian ahli keluarga salah seorang pekerja beliau, beliau pasti akan memberikan cuti untuk satu jangka masa yang panjang. Itu belum lagi termasuk duit ehsan. Tak termasuk lagi barang makanan seperti beras, gula dan sebagainya. Keperihatinan beliau menyebabkan ramai pekerja-pekerja beliau mampu bertahan lama.

Saban tahun sepanjang ayahku berniaga bersama beliau, memang kami sekeluarga tidak lepas mengunjungi beliau sekeluarga sempena perayaan Tahun Baru Cina. Malahan beliau sempat menjemput kumpulan tarian singa bagi memeriahkan kunjungi kami. Disebabkan kami orang Islam, kebiasaannya beliau dan keluarga akan menempah makanan (selalunya satay) dari orang-orang melayu yang berniaga disekitar.

Itu semua cerita lama dan sekitar tahun 2004, didalam bulan puasa, beliau terlibat dalam satu kecelakan jalan raya dan mati serta merta ditempat kejadian. Sungguh terkejut dan tidak disangka. Walaupun beliau bukan beragama islam dan berstatus saudara mara, tetapi kehilangan beliau memang dirasai kami sekeluarga...

Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fa Cai

Assalamualaikum.... Salam semua. Semoga dalam lindungan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai! bagi yang meraikannya.

Menjelang tahun baru cina, perkara utama yang sering aku tunggu-tunggu ialah tayangan filem-filem cina. Yang paling aku suka ialah filem-filem kung fu. Antara filem kung fu yang masih aku ingat ialah Flying Daggers dan Dragon Inn. Selain itu filem seram dan kisah hantu juga aku suka seperti Mr. Vampire, Mr. Vampire II dan Hocus Pocus. Filem-filem rangkaian Jackie Chan seperti Police Story 1 dan Police Story 2 pun menjadi kesukaan. Filem-filem zaman-zaman pemerintahan Dinasti China pun aku suka tengok.

Dragon Inn

Sekitar tahun 1996 (kalau tak silap aku. Kalau aku silap, sila perbetulkan), Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari yang sama. Ketika itu suasananya cukup meriah. Jualan murah, iklan dan kegembiraannya terasa luar biasa. Macam-macam filem ditayangkan dikaca televisyen. Ketika itu, mana ada lagi cakera padat dan pemain cakera padat. Yang ada video tape sahaja. Tape cetak rompak pun susah nak dapat ketika itu. Maka filem-filem dan cerita-cerita terkini hanya dinanti dan ditunggu bila tayangannya muncul dikaca televisyen sahaja.

Mr. Vampire 1

Dulu kecil-kecil, kalau aku tengok filem-filem kung fu, aku mula berangan terbang-terbang. seronoknya kalau dapat pergi sekolah berterbangan. Hahaha.

Beberapa tahun kebelakangan ini filem cina bercorak aksi sudah mula ditokok tambah dengan teknik CGI. Kesan dan rasanya pun sudah berubah. Tiada lagi terbang-terbang, pakai jarum, pakai kain dan melayang-layang ke pokok. Semua itu tinggal kenangan selaras dengan kemajuan teknologi masa kini. Tak kisahlah. Yang penting ialah kemeriahan sesuatu perayaan itu. Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai