Followers

Friday, February 4, 2011

Kenangan Tahun Baru Cina

tinggal kenangan

Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. Selamat Tahun Baru Lunar. Tahun ini tahun arnab. Gong Xi Fa Cai bagi yang menyambutnya.

Menjelang sambutan Tahun Baru Cina, perkara lain selain filem-filem kung fu dan hantu, terselit kemas kenangan dulu. Hari pertama, aku akan menemani ayahku menziarahi kawan-kawannya yang berbangsa Tiong Hua yang merayakan Tahun Baru Cina pada hari pertama di kalendar lunar. Bangsa Cina terbahagi kepada beberapa bangsa yang. Tidak semuanya meraikan Tahun Baru pada hari pertama. Tapi kebiasaannya, sambutan Chap Goh Meh pasti disambut dengan meriah.

Kebiasaannya ayahku akan mengunjungi keluarga Uncle Ong. Sejak beliau menjadi rakan perniagaan ayahku, hubungan mereka memang akrab. Kebiasaannya Uncle Ong akan meminta pendapat ayahku tentang susur galur sesuatu perniagaan itu menerusi konsep keislaman sebelum beliau sendiri berani menerima dan melaksanakannya.

Walaupun belaiu berbangsa cina tapi bila tiba masa solat. beliau akan berhenti dan menyuruh ayahku pergi solat dahulu baru sambung berbincang. Sebagai contoh, bila ayahku dan beliau dalam saatu perjalanan dalam urusan perniagaan dan ketika itu sudah masuh waktu Zohor, beliau pasti akan berhenti dan menurunkan ayahku di masjid bagi menuanaikan kewajipan. Malahan bila azan berkumandang pun beliau akan berhenti seketika dari sebarang pekerjaan bagi menghormatinya.

Dengan pekerja-pekerja bawahan beliau pun, beliau sangat mengambil berat. Sebagai contoh bila ada kematian ahli keluarga salah seorang pekerja beliau, beliau pasti akan memberikan cuti untuk satu jangka masa yang panjang. Itu belum lagi termasuk duit ehsan. Tak termasuk lagi barang makanan seperti beras, gula dan sebagainya. Keperihatinan beliau menyebabkan ramai pekerja-pekerja beliau mampu bertahan lama.

Saban tahun sepanjang ayahku berniaga bersama beliau, memang kami sekeluarga tidak lepas mengunjungi beliau sekeluarga sempena perayaan Tahun Baru Cina. Malahan beliau sempat menjemput kumpulan tarian singa bagi memeriahkan kunjungi kami. Disebabkan kami orang Islam, kebiasaannya beliau dan keluarga akan menempah makanan (selalunya satay) dari orang-orang melayu yang berniaga disekitar.

Itu semua cerita lama dan sekitar tahun 2004, didalam bulan puasa, beliau terlibat dalam satu kecelakan jalan raya dan mati serta merta ditempat kejadian. Sungguh terkejut dan tidak disangka. Walaupun beliau bukan beragama islam dan berstatus saudara mara, tetapi kehilangan beliau memang dirasai kami sekeluarga...

0 comments: