Followers

Thursday, April 16, 2009

:::kawan:::

aku nak ambik satu petikan entry dari seorang blogger yg selalu aku jenguk blog dia. en.zam:

kata mak,KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......
kata abah,KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....
kata atuk,KAWAN tu seperti air, terus mengalir.....
kata nenek,KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....

tu la sebahagian dari petikan entry beliau. sebelum ni aku da terima mesej n komen-komen sebegitu dalam akaun friendster aku.

ada satu lagi entry dari blogger yg br aku kenali, cik wanie:
"apapun kini aku sudah belajar sesuatu,iaitu kegembiraan dapat berkongsi bersama sesiapa saja tetapi kesedihan hanya dpt dikongsikan bersama yg tertentu sahaja kerana tidak semua memahami situasi @ perasaan kita...."

aku teringat pesan ayah aku... "Z*** (nama timangan aku) kawan biar berpada-pada. kawan ketika senang terlalu ramai. kawan ketika susah. semuanya lari. kamu lihat diri kamu sekarang. kamu duduk berkawan-kawan. kesana-kemari dgn berkawan. pergi jumpa kawan sana. pergi jumpa kawan sini. skrg kamu sakit. dimana kawan-kawan kamu?" begitula lebih kurang statement yang dikeluarkan ayah aku. tapi aku faham. keadaan kawan2 aku pon x mengizinkan mereka menjenguk aku. tapi mereka tetap bertanya khabar aku. Alhamdulillah... aku masih ada jugak kawan yg mengambil berat. susah senang dikongsi bersama.

ada jugak kawan bila senang tak hingat dunia... dan bila susah, baru terhegeh-hegeh cari kita. ada juga kawan, berkawan sekadar mengambil kesempatan. melepaskan diri dia dr bala. bila dia rasa diri dia dah lepas, dia buat-buat lupa kita. ada pulak yang sekadar utk bergembira saje. bila susah ditinggalnya kita. ada juga yang pandai bermuka-muka. kononnya ikhlas, tetapi hanya lakonan semata... itu la sandiwara berkawan. berkawan, biarla berpada.

2 comments:

Unknown said...

alamak,
tetiba ada nama cik wanie kat situ yer,
hik hik hik..

apapun,
yg penting dalam sebuah persahabatan adalah kejujuran dan keikhlasan,
hurm

SyuQ said...

^^cik wanie^^
setuju... kejujuran dan keihlasan adalah kunci sebuah perhubungan atau persahabatan