Followers

Sunday, April 18, 2010

How To Train Your Dragon at Shutter Island Without Clash of The Titans


cam best jer title entry aku... tiga movies dalam masa tak sampai 24jam aku layan! amacam, ada terer ka? :-)

sebenarnya aku tak plan pon nak wat camni. tapi sekali dapat lepas kandang, memang aku tak bagi can. malam sabtu semalam around 8.00pm lepas balik keje aku terus cabut g midvalley. pelan asal nak tengok clash of the titans. tapi semua full. hampa. alang2 da sampai, aku layan shutter island dan beli tiket tuk clash of the titans. dan alang kepalang, aku tibai gak how to train you dragon.

antara ketiga-tiga ni aku pilih how to train your dragon. x rugi aku amik 3D. jalan citer dia sempoi, catchy and cam ada sket2 tiru pokemon ngn digimon. jalan citer die simple n mudah nak faham. citer ni bukan hanya sesuai untuk budak2, tapi mak ngn bapak budak pon sesuai. banyak morality ngn pengajaran korang boley cedok dari citer ni.

lepas tu shutter island. seriesly, citer ni memang best giler. tapi disebabkan aku dapat selesaikan 'case' tu dulu sebelum citer tu abih, maka aku letakkannya di no 2. citer ni wat otak aku berputar dan x de can nak berenti berfikir untuk mencari penyelesaian. bagaimana seorang pompuan boleh hilang dari sel kurungan tanpa meninggalkan jejak. siapa sebenarnya andrew dan apa kaitannya ngan marshal teddy, saper budak pompuan yang selalu muncul dalam mimpi dia? korang g la tengok sendiri. kalau aku tak tau citer ni adaptasi dari novel, memang aku puji abih orang hollywood ni buat filem. tapi rupanya filem ni adaptasi dari novel. so, bukan la idea mutlak penerbitnya. sedikit mengecewakan

then, clash of the titans, hurmm... ok la citer ni. dari segi kesan graphic n imej pengkomputeran nampak real walaupun ada sedikit cacat. sebagai contoh, kota agros tu nampak cam lukisan jer. dan watak IO, walaupun da jatuh guling2 kena sepak ngn kala jengking gergasi, pon boleh maintain chantek.... x der luka n x der comot. maybe guna kuasa sihir kot :-)

kepada mereka yang belum menonton; pergila ke panggung yang terdekat dan selamat menonton...

Thursday, April 15, 2010

Search Engine Yang Memberi Duit

sila klik

kebenarannya tidak dipastikan. tapi ramai gak kawan blogger aku yang lain mencuba. aku pon try la.

memang betul nampak duit tu bergerak. tapi dari segi camner nak claim duit tu, tak dapat dipastikan dan diterangkan secara terperinci. butir-butir peribadi kita pon tidak diminta untuk diisi macam nufnang, adverlets ngan neubox.

tapi benda ni percuma ajer. tak salah mencuba. so try la. mana tau rezeki anda...

Monday, April 12, 2010

Apa Kurangnya Lelaki Melayu??? Dan Perempuan Pulak...

klik sini

apa yang diperkatakan pada pic diatas. semuanya memang betul. semua tu memang ciri-ciri lelaki. tapi tak semua lelaki sebegitu. dan aku menulis ni bukanlah nak mencari salah orang. apatah lagi nak mencari sensasi. tapi sekadar apa yang terlahir dari pemerhatian dan pemikiran aku.

apabila kita bercakap mahupun menulis jangan terlalu ikut perasaan. seolah diri kita ni betul dan sempurna. memang kita terasa diri kita betul, tapi sempurnakah diri kita ni hingga nak mencari kesilapan orang lain dan mengatakan orang lain tak betul?

tak semua lelaki sama. memang lelaki ego. aku tak nafikan. dan lelaki juga sukar untuk meminta maaf. tu memang betul. sebab tu dinamakan lelaki. paras keegoaan lelaki depend pada lelaki itu sendiri. tipu kalau aku cakap aku tak ego. of course aku ada ego aku sendiri. tapi ego aku ada batasannya. dan ada time2nya. bukan ego yang tak bertempat. dan kalau aku berbuat salah, tidak ada kesusahan untuk aku meminta maaf.

hipokrit dan berlagak? aku perbetulkan disini. bukan lelaki hipokrit dan belagak. tapi manusia. selagi kita digelar manusia, kita tak terlepas dari sifat-sifat mazmumah. termasuklah hipkorit dan berlagak.

Tak reti menghargai dan perangai di takuk lama? tu bukan lelaki. tapi itu lumrah manusia. tak semua lelaki yang sebegitu. kalau korang masih ingat lagi, aku pernah menulis pasal lelaki-lelaki melayu malaysia yang tidak romantik. dan aku mengulas berdasarkan kehidupan dua orang lelaki dalam hidup aku. dan kalau nak tahu, klik disini.

aku bukan nak menegak benang yang basah. ataupun nak mencari kesilapan perempuan pulak. kita manusia. kita takkan lari dari berbuat kesilapan. semua makhluk yang diciptakan Allah, semuanya tak sempurna. begitu juga kita. sebagai lelaki, kita perlukan perempuan. dan perempuan juga perlukan lelaki untuk saling melengkapi. sebab itu disyariatkan perkahwinan.

lelaki juga kena ingat. kejadian keturunan perempuan terlalu unik dengan pencipataan Hawa yang diambil dari tulang rusuk adam, untuk dilindungi. dan bukan disakiti.

Wednesday, April 7, 2010

What The...


tak nak komen panjang2.

korang tengok jer pic kat atas...

x nampak? klik la pic tu, bg besor







so,
sakit hati tak?

Monday, April 5, 2010

Susahnya Menjadi Baik Dan Mudahnya Menjadi Jahat


tidak sukar untuk kita menjadi jahat. dengan segala hasutan iblis dan syaitan yang sentiasa disekeliling kita dah boleh membantu kita menjadi seburuk-buruk perangai. dan bila kita ingin berubah kearah kebaikan, bukanlah semudah yang dijangka.

yup! memang mulut berkata mudah. "berubahlah... perubahan tu bermula dari dalam diri kita sendiri..." tapi faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting. seminggu dua minggu yang lepas, entah macam mana hidayah Allah menuruni hatiku. membisikan kalimah suci. sehingga...

adikku sendiri terkejut melihat perubahanku. sehingga dia cakap "I want my bro back..." apa yang terjadi? aku menjadi sesabar-sabar manusia... aku belum pernah berperangai begini dan berperasaan begini. bayangkan ada satu ketika aku wat maybank2u, whitey aku meragam. dan2 tu plak aku da transfer some amaun tapi x boleh nak view balik, x bley nak print sebab connection putus tetiba. kalau aku yang dulu, whitey tu aku da baling kedinding dan aceriena aku, da aku ketuk disertai kata-kata carutan dan cacian. tapi tindakan reflect aku ketika itu disertai ngn kalimah Istighfar... bayangkan lebih 10x aku try access maybank2u tapi x berjaya. dan aku boleh lagi bersabar dan tersenyum.

sungguh x sangka... tapi tidak bertahan lama. cam aku cakap tadi faktor persekitaran memainkan peranan penting. dan persekitaan aku ketika itu tidak memihak pada aku. sekarang baru aku faham kenapa bekas-bekas penagih, dan bekas-beka banduan terlalu sukar untuk memulakan kehidupan baru walaupun mereka ingin mengubah hidup mereka dan menjadi diri mereka yang baru. tanpa sokongan orang sekeliling dan masyarakat, memang mudah untuk mereka kembali ke jalan kebatilan...

dan akhirnya, benteng yang aku bina, terpunah jua atas faktor yang cukup kecil. segala devil, setan dan hantu raya yang da lama kuar, kembali semula... nasib ada malaikat dikiri dan dikanan aku...

walaupun aku tidak sebaik mula-mula berubah dulu tapi aku berharap yang aku x kan kembali seperti aku yang dulu.



amin...