Followers

Thursday, February 25, 2010

Tidak Romantik ke Lelaki-Lelaki Malaysia???


isu anak dara sunti lari ikut warga asing banyak terpampang di akhbar semenjak dua menjak kebelakangan ini.

satu lagi, aku perhatikan skg ni, seolah-olah dah menjadi trend plak, artis2 kita berkahwin dengan warga asing. maya karin, sarimah, serina, anita sarawak. ada yg kekal bahagia n ada yang berantakan... kenapa lelaki-lelaki mat salleh n warga asing yang menjadi pilihan?

dulu ada isu gak bila ramai anak gadis kita kena tipu ngn warga afrika. ngn alasan lelaki2 afrika ni romantik n pandai mengambil hati. seriesly, itu aku akui. kalau diorang ni bercakap, pergh! memang pompuan boley cair. they call ladies, darling, baby, sayang. ini yang aku dengor sendiri. betul ke lelaki2 malaysia x romantik?

aku mengambil contoh kehidupan lelaki2 melayu disekeliling aku. firstly ayah aku. series ayah aku bukan lelaki romantik. sepanjang lebih 25 tahun beliau berkahwin dengan mak aku. belum pernah aku mendengar beliau memanggil mak aku darling, sayang, baby, bagi bunga hatta dalam mengingati tarikh perkahwinan mereka. TAPI... (ada tapi beb!) beliau seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. kalau mak aku nak kepasar sekalipon, beliau akan menghantar dan mengambil mak aku. kalau time bergaduh ngn mak aku, ayah aku TIDAK pernah meninggikan suara. malahan memujuk mak aku ngn baik sehingga hati mak aku cair sendiri. dan juga bertanggung jawab tehadap anak2.

contoh kedua, my little big bro. beliau juga bukan dikalangan lelaki romantik. (kadang2 romantik kot). hatta beliau sendiri pon boley terlupa tarikh perkahwinan beliau. dan belum pernah terdengor beliau memanggil kakak aku baby, honey, manja. (jangan marah ye bang. he he he). TAPI... (ada tapi lg beb). sperti ayah aku, beliau seorang yang bertanggung jawab terhadap keluarga especially anak2. setiap hari, beliau akan menghantar dan mengambil anak2 dari sekolah. menguruskan hal rumahtangga. segala bil abg aku yg uruskan hatta sampai membeli barangan dapur pon abang aku yang lakukan...

so ironisnya... memang kita tidak nampak lelaki2 kat malaysia ni romantik directly. tapi romantiknya lelaki melayu dari sisi yang lain. aku tekankan kat sini lelaki melayu pasal aku bagi contoh lelaki melayu seperti diatas. jadi mengapa hendak dikejarkan lelaki asing yang belum tentu bertanggungjawab... tepuk dada tanya nafsu. muah ha ha...

2 comments:

Atan Athen said...

bkn ap....mgkin sebab kat malaysia ni dh kepupusan laki kot...n rmi yg dh jd pondan....hahahaha

SyuQ said...

muah ha ha...
mungkin la kot