Followers

Monday, April 12, 2010

Apa Kurangnya Lelaki Melayu??? Dan Perempuan Pulak...

klik sini

apa yang diperkatakan pada pic diatas. semuanya memang betul. semua tu memang ciri-ciri lelaki. tapi tak semua lelaki sebegitu. dan aku menulis ni bukanlah nak mencari salah orang. apatah lagi nak mencari sensasi. tapi sekadar apa yang terlahir dari pemerhatian dan pemikiran aku.

apabila kita bercakap mahupun menulis jangan terlalu ikut perasaan. seolah diri kita ni betul dan sempurna. memang kita terasa diri kita betul, tapi sempurnakah diri kita ni hingga nak mencari kesilapan orang lain dan mengatakan orang lain tak betul?

tak semua lelaki sama. memang lelaki ego. aku tak nafikan. dan lelaki juga sukar untuk meminta maaf. tu memang betul. sebab tu dinamakan lelaki. paras keegoaan lelaki depend pada lelaki itu sendiri. tipu kalau aku cakap aku tak ego. of course aku ada ego aku sendiri. tapi ego aku ada batasannya. dan ada time2nya. bukan ego yang tak bertempat. dan kalau aku berbuat salah, tidak ada kesusahan untuk aku meminta maaf.

hipokrit dan berlagak? aku perbetulkan disini. bukan lelaki hipokrit dan belagak. tapi manusia. selagi kita digelar manusia, kita tak terlepas dari sifat-sifat mazmumah. termasuklah hipkorit dan berlagak.

Tak reti menghargai dan perangai di takuk lama? tu bukan lelaki. tapi itu lumrah manusia. tak semua lelaki yang sebegitu. kalau korang masih ingat lagi, aku pernah menulis pasal lelaki-lelaki melayu malaysia yang tidak romantik. dan aku mengulas berdasarkan kehidupan dua orang lelaki dalam hidup aku. dan kalau nak tahu, klik disini.

aku bukan nak menegak benang yang basah. ataupun nak mencari kesilapan perempuan pulak. kita manusia. kita takkan lari dari berbuat kesilapan. semua makhluk yang diciptakan Allah, semuanya tak sempurna. begitu juga kita. sebagai lelaki, kita perlukan perempuan. dan perempuan juga perlukan lelaki untuk saling melengkapi. sebab itu disyariatkan perkahwinan.

lelaki juga kena ingat. kejadian keturunan perempuan terlalu unik dengan pencipataan Hawa yang diambil dari tulang rusuk adam, untuk dilindungi. dan bukan disakiti.

1 comments:

bina badan said...

dapatkan panduan bina otot badan agar anda lebih tuf, macho dan bergaya....semua lelaki layak memiliki badan impian anda sekiranya anda ada kemahuan...mulakan langkah pertama anda bermula disini...