Followers

Thursday, February 3, 2011

Breaking Dawn

Ihsan Kiah google

Assalamualaikum, salam semua. Semoga dalam limpahan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Akhirnya naskah Bahasa Melayu siri Twilight Saga yang terakhir ke tanganku jua. Inilah yang aku tunggu-tunggu selama ini. Walaupun dah khatam pembacaanku dalam versi Inggeris, tapi aku masih rasa tidak berpuas hati kalau tak dapat dalam versi Bahasa Melayu. Terasa macam ada kekurangan.

Lagi satu, aku bukannya arif sangat Bahasa Inggeris ni. Terkebil-kebil juga nak faham. Apalah susah sangat dorang letak Breaking Dawn. Letak Sunset je kan senang. Huhuhu

Naskah ini bila dialih bahasa ke Bahasa Melayu menggunakan tajuk Fajar. Teruja juga aku bila mula-mula tahu naskah Bahasa Melayu ini sampai ke MPH. Dengan tak de cash money ketika itu, dengan muka tak tahu malu, hendak tak hendak aku terpaksa meminjam duit dulu daripada adik aku. Minta dia tolong bayarkan dan aku bergegas cari ATM machine nak keluar duit bayar hutang.

Aku tak tahulah aku nak kategorikan membazir ataupun tidak. Tapi dari segi logik akal, apa kejadahnya yang aku nak beli juga versi Bahasa Melayu ni. Memanglah aku kemaruk dengan cerita-cerita macam ni. Tapi bukanlah sampai ke tahap taksub. Tapi bila difikirkan balik, Apalah sangat nilainya RM46.90 untuk sebuah buku. Yang selama ni aku membazir beli perfumes sampai beratus-ratus RM dan bila tiba hujung tahun, sedekahkan kat orang... Buku boleh juga disimpan dan untuk dikenang oleh anak cucu (sebenornya, nak menyedapkan hati sendiri jer. Hahaha)

Aku cubalah google, cari manalah tahu kalau-kalau ada trailer breaking dawn. Tapi sayang, tak de dan dengat ceritanya, siri terakhir filem Twilight ni, dipecahkan kepada dua bahagian. Serupa macam filem Harry Potter and Deathly Hallows. Sama-samalah kita tunggu.

Wednesday, February 2, 2011

Aku Tamak...

Assalamualaikum semua... Semoga sihat sejahtera didalam perlindungan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Alhamdulillah... Syukur, nuffnang aku naik mencanak-canak. Sudah lumrah manusia, aku pun menjadi tamak. Hahaha. Janganlah bengang kat aku beb. Tamak tu sudah menjadi lumrah sifat mazmumah seorang manusia. Betul tak? Sebaik-baik manusia pun, mereka mesti ada perasaan mahu yang lebih lagi.

Selain nuffnang, aku juga pernah guna Youth Says. Sekarang sudah di rebranding menjadi SAYS.my. Bila aku mula menempelkan iklan-iklan dari SAYS.my, status glitterati aku pun hilang. Maka secara tidak langsung, aku kehilangan keistimewaan sebagai nuffnangers. Huhuhu. Sedih. Maka aku abaikan SAYS.my dan fokus pada Nuffnang sahaja.

Tapi bila aku selak kembali akaun SAYS.my aku terkejut bila sudah mencecah RM13. Lepas tambang untuk aku pergi kerja tu. Walaupun sedikit, tapi siapa yang nak bagi.

lihat garis berkotak merah

Aku cuba cara lain untuk naikkan amaun SAYS.my aku (tamak weeei. tamaaakkkk). Maka aku gunakan facebook dan sebagai post entry kat blog sahaja. Bukannya sebagai iklan tempelan macam nuffnang. Harap-harapnya nuffnang tidak berkecil hati dan menarik balik status glitterati aku. Kalau ditarik balik, alamatnya kena tunggu tiga hari bekerja baru dapat balik status glitterati. Tanpa status glitterati, blogger picisan macam aku tak mampu meraih earnings yang tinggi.

Jadi, aku cuba nasib melalui post ini. Jikalau korang sudi membantu, rajin-rajinlah klik gambar dibawah ini yer. Hehehe. Terima kasih.

mari-mari klik banyak-banyak

Ketika Cinta Tidak Lagi Bertasbih

Assalamualaikum... Semoga semuanya dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. Dikala negara kita dirundung malang dengan kebanjiran yang melanda selatan tanah air, kita dikejutkan dengan berita pergolakan dan rusuhan di bumi Mesir. Yang menjadi fokus adalah para pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di sana. Segala jenis bentuk perhubungan termasuk keretapi, jalan-jalan utama, internet dan telefon telah terputus. Apakah tindakan oleh kerajaan Malaysia?


Dikhabarkan, hampir 5000 banduan berjaya melarikan diri dan kadar jenayah disana meningkat melebihi 100%. Sungguh dahsyat dan tak dapat dibayangkan. Berita yang baru disiarkan menerusi Buletin Utama, para pelajar kita diminta berkumpul dan duduk beramai-ramai dan bersama-sama. Itu sahaja ke tindakan yang mampu di lakukan? sedangkan Indonesia telah menghantar pesawat ke Mesir bagi membawa keluar pelajar dan rakyat mereka dari sana.

Ketika letusan gunung Merapi dan gempa bumi di Padang, Indonesia kerajaan Malaysia bertindak pantas membantu pelajar dan rakyatnya yang bermaustautin disana. Apakah sebenarnya yang menjadi halangan bagi kerajaan Malaysia untuk bertindak seperti Indonesia?


Sejauh mana keadaan pergolakan di Mesir sehingga kita patut menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang wajar? Cuba bayangkan, apakah situasinya jika jet pejuang mula mengambil alih ruang udara bagi mengawal keadaan, kereta-kereta kebal bertebaran dijalan raya, orang ramai merusuh, banduan terlepas bebas berkeliaran. Kalau anda mempunyai ahli keluarga disana yang paling anda sayangi, apakah perasaan anda ketika ini?


Walaupun cinta masih lagi ada, ketika ini memang cinta tidak lagi bertasbih dibumi anbiya' sana. Cinta gugur layu. Manusia-manusia mementingkan diri kerana ketika ini keselamatan dan nyawa lebih berharga. Semoga keselamatan dan ketenteraman pelajar-pelajar dan rakyat kita disana dibawah lindungan Allah S.W.T. Mudah-mudahan akan ada khabar gembira daripada kerajaan Malaysia yang dapat menjamin nyawa dan keselamatan rakyat kita disana.

nota kaki: gambar diatas ihsan daripada pakcik google

Tuesday, February 1, 2011

Nuffnang-Buffered Earnings

Salam semua. Mudah-mudahan dibawah limpahan rahmat dan nikmat daripada Allah S.W.T. Selamat Menyambut Hari Wilayah dan selamat bercuti bagi mereka yang bekerja di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan. Bagi mereka yang bekerja pada hari ini, selamat menunaikan kewajipan.

Semenjak dua menjak ni aku mula kembali aktif berbloging. Mungkin disebabkan berita perpisahan Jejai dan Fasha Sandha. Yang pastinya bukan Nora Danish yang menjadi penyebabnya. Hahaha. Apa yang aku merepekkan ni?

Mula-mula aku diperkenalkan kepada Nuffnang oleh sesorang. Masa tu aku jenuh dok pikiaq. Apa ke menatangnya nuffnang ni? Hahaha

Rupanya, nuffnang adalah satu komuniti pengiklanan blog yang menyiarkan iklan berasaskan grafik mahupun video kedalam blog kepelbagai jenis pelantar. Pelantar ni ialah blog atau web hosting seperti blogspot, wordpress, .net dan sebagainya.

Sepanjang aku bersama nuffnang, belum pernah lagi aku berjaya menunaikan penebusan pembayaran. Hebatkan? Hahahaha. Sepanjang aku berblog, belum pernah aku terfikir untuk menjana pendapatan melalui blog sepenuhnya. Apabila redmummy keluar di Berita Minggu beberapa minggu lepas dengan mengeluarkan kenyataan, beliau berupaya meraih pendapatan sekitar RM12,000 hanya melalui blog membuatkan aku terkesima seketika. Betul ke?

2 sen jer

Bila baru-baru ni aku mengakses kembali nuffnang aku, baru aku terperasan aku menerima buffered earnings yang pertama dan nilai terkumpuk aku sebanyak 2 sen jer. Hahaha. Yang menjadi kemusykilan aku, apakah sebenarnya buffered earnings ni?

Fasha Sandha Tenang Banjir Di Mesir

Hahaha. Tajuk boleh blah. Sampai aku terlupa nak bagi salam. Salam semua. Semoga dalam limpahan rahmat daripada Allah S.W.T.

Baru-baru ni kisah keretakan hubungan Fasha Sandha dengan Jejai yang kononnya didalangi orang ketiga mengatasi berita Pilihan Raya Kecil di DUN Tenang. Malahan Berita pergolakan di Mesir pun tidak dapat liputan yang meluas seperti banjir yang baru berlaku di Australia. Malahan Johor dilanda banjir yang berkemungkinan terjadi seperti disekitar tahun 2006 kurang sambutan.


Dengan keadaan hujan yang tidak menandakan akan berhenti dalam masa yang terdekat, menguatkan lagi andaian sesuatu yang buruk bakal berlaku. Kata-kata orang tua zaman dulukala, kalau 3 hari hujan tanpa henti, berkemungkinan ada orang besar-besar yang bakal meninggal dunia. Kalau hujan melanda tanpa henti selama 7 hari, berkemungkinan musibah yang tidak baik bakal terjadi... Wallahua'lam bissawab... Hanya Allah yang Maha Mengetahui yang tersirat disebalik yang tersurat.

Mula-mula perkhabaran yang diterima dari Mesir amat menggusarkan. Line Internet, telefon dan segala jenis bekalan terputus. Sehingga seorang pelajar Malaysia disana menghubungi bilik berita TV3 bagi memohon bantuan.

Sama-samalah kita berdoa, mudah-mudahan negara kita aman dan selamat dan para pelajar kita di Mesir pun dalam keadaan yang selamat dan tenteram juga.