Followers

Tuesday, February 1, 2011

Nuffnang-Buffered Earnings

Salam semua. Mudah-mudahan dibawah limpahan rahmat dan nikmat daripada Allah S.W.T. Selamat Menyambut Hari Wilayah dan selamat bercuti bagi mereka yang bekerja di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan. Bagi mereka yang bekerja pada hari ini, selamat menunaikan kewajipan.

Semenjak dua menjak ni aku mula kembali aktif berbloging. Mungkin disebabkan berita perpisahan Jejai dan Fasha Sandha. Yang pastinya bukan Nora Danish yang menjadi penyebabnya. Hahaha. Apa yang aku merepekkan ni?

Mula-mula aku diperkenalkan kepada Nuffnang oleh sesorang. Masa tu aku jenuh dok pikiaq. Apa ke menatangnya nuffnang ni? Hahaha

Rupanya, nuffnang adalah satu komuniti pengiklanan blog yang menyiarkan iklan berasaskan grafik mahupun video kedalam blog kepelbagai jenis pelantar. Pelantar ni ialah blog atau web hosting seperti blogspot, wordpress, .net dan sebagainya.

Sepanjang aku bersama nuffnang, belum pernah lagi aku berjaya menunaikan penebusan pembayaran. Hebatkan? Hahahaha. Sepanjang aku berblog, belum pernah aku terfikir untuk menjana pendapatan melalui blog sepenuhnya. Apabila redmummy keluar di Berita Minggu beberapa minggu lepas dengan mengeluarkan kenyataan, beliau berupaya meraih pendapatan sekitar RM12,000 hanya melalui blog membuatkan aku terkesima seketika. Betul ke?

2 sen jer

Bila baru-baru ni aku mengakses kembali nuffnang aku, baru aku terperasan aku menerima buffered earnings yang pertama dan nilai terkumpuk aku sebanyak 2 sen jer. Hahaha. Yang menjadi kemusykilan aku, apakah sebenarnya buffered earnings ni?

5 comments:

Khai Vacharaesorn Channarong said...

Sy nak tnya . .
Klau nak letak html nuffnang dlam blog cm mna??
http://khaiqayunan.blogspot.com/

Drunbella Khoo said...

tahniah dah dapat buffered earning.
:)
dapat buffered earning kena la maintain traffic.
senang laa duit tu bertambah nanti.
hihihi.

SyuQ said...

khai
sy pun tak beberapa arif pasal nuffnang ni. sy buat rujukan menerusi blog yg ada wat pasal tutorial nuffnang.

drunbella
tq bella. 1st time dpt. hehehe

Khai Vacharaesorn Channarong said...

thxz . .Dah jadi dah nuffnag nyh .Heee . .Cumayg erning tu yg pening ckit,cmna nk g brtmbah . .Sila beri tnjuk ajar . .Sy bdak bru . . =)

SyuQ said...

Khai Vacharaesorn Channarong
nak tambah eranings, kene tingkatkan traffic. nak naikkan traffic kenelah tulis cerita yg best2 ;-)