kelmarin aku ngan member aku cik beautifulhands terpaksa menapak dari Perpustakaan Negara ke Ampang Park. sebabnya, bas yang kami selalu naik x dapat jalan disebabkan banjir dijalan rahmat n jalan ipoh. teksi pulak sememangnya tak kan mengambil penumpang ke Ampang Park disebabkab kesesakan jalan. hendak x hendak kami berjalan kaki. mula-mula seronok sangat. tapi lama-lama terus jadi bengkek. sebab x sampai gak lagi walaupun dah jenuh berjalan kaki.
sampai di Ampang Park, kami dapat berita buruk plak. LRT stuck x boleh jalan. blackout disebabkan banjir. Subhanallah... bermacam dugaan aku tuk sampi kerumah cepat.
makanya kami duk berehat sekejap. menghilangkan penat sambil memikirkan alternatif lain tuk kami balik kerumah. aku duduk kat bangsar. cik beautifulhands di kerinchi. so kami decide naik bas dari KLCC ke mid valley n berenti kat bangsar. dari bangsar karang baru aku decide jalan kaki or amik cab. cik beautifulhands plak akan naik cab g kerinchi. makanya kami meneruskan perjalanan kaki kami ke KLCC...
Subhanallah... sesungguhnya dugaan kami begitu besar. sampi kat KLCC. seramai-ramai manusia berhimpun di perhentian bas. seolah-olah macam ada konsert plak. bas sebiji pon tarak. yang ada cuma metrobus yg pergi kepusat bandar. itu pon terlalu ramai manusia. kami ambil keputusan berehat seketika lagi (penat beb!) bagi keadaan menjadi tenang semula. lebih kurang dekat-dekat jam sembilan malam, kami keluar dari suria KLCC and try nasib kalau-kalau ada bas ataupun LRT dah beroperasi. Alhamdulillah syukur sgt2. LRT da ok. tu pon terpaksa bergerak perlahan disebabkan banjir (mak guard tu bg tau cam tu). dan lebih kurang jam sembilan lebih, n dah dekat2 pkl sepuluh baru aku sampi ke umah.
tu la pengalaman banjir aku di KL. walaupun aku tak alami keadaan banjir itu sendiri, tapi tempiasnya cukup2 memerlukan kesabaran. bagaimana pulak mereka yang mengalaminya?
semalam aku berkesempatan ke jalan rahmat n jalan ipoh. Subhanallah... Masyaallah... keadaan n suasana disana sungguh menyedihkan. lumpur merata-rata. sesetengah restoran x beroperasi disebabkan premis mereka dimasuki air. sesetengah pejabat plak tutup sementara. kerana mereka terpaksa membersihkan segala macam kotoran. banyak harta benda yang musnah. itu belum lagi kereta-kereta yg tersadai. aku sempat bersembang dengan mangsa banjir disana, (macam wartawan 360 plak). air naik sampai paras dada! boleh korang bayangkan?
4 comments:
ekceli...klu ko lalu klcc time2 hujan...mmg payah lah..sbb time hujan org nk kuar xleh..dats y..ble brenti hujan sermaai2 umat yg kuar..aku pernah kije kat klcc...aku tgk dr atas dh mcm semut...aku tgu smpi kol 8...gerak lps maghrib...KL tuh yg busannye...jom cri kije area kg..hahaha
^^LeenA^^
2 la pasal. kat kg plak nak wat pe? hmmm... tanam sawit best gak. he he he
apsl ko tk letak je nama aku rani? nak pnggil cik beuatifulhands buatpe?
^^run.rush^^
kan sedap sket bunyinya... he he he
Post a Comment