Finally last weekend aku dpt gak tgk citer ni. Setelah beberapa kurun aku menunggu akhirnya dragonball kelayar perak juga. Tapi sebelum itu, aku dah wat preparation awal yg aku tak harapkan apa-apa dari filem ni. Just enjoy. itu saja. sesungguhnya aku dah banyak kali berasa kecewa bila menyaksikan filem yang diadaptasi dari komik atau novel fantasi ke filem. bukanla aku nak harapkan cerita tu mesti perfect cam dalam komik or novel. tp ciri2 penting sesebuah komik atau novel tu perlu dikekalkan sebagai identiti dalam sesebuah filem yg diadaptasi. dan jalan ceritanya jgn lah diubah sesuka hati sehingga mencacatkan filem itu. itu sahaja.
sebagai peminat filem fantasy, Dragon Ball Evolution boleh diangkat sebagai karya yang agak baik. tapi sebagai peminat "Kipas Susah Mati" Dragonball aku berasa sedikit kecewa bila sesetengah jalan cerita Dragonball diubah. Aku membesar dengan komik2 Dragonball dan siri TVnya. mungkin sebab itu aku berperasaan begitu. sestengah jalan cerita mungkin diolah mengikut kesesuaiannya. aku terkejut bila dikatakan Goku adalah jelmaan semula Ozurai, orang suruhan paling setia Picolo. bagi peminat setia komik Dragonball, mereka tahu siapa Goku sebenarnya. begitu teliti Akira Toriyama mengolah jalan cerita bermula dengan kemunculan Goku sebagai budak berekor kerana di tengah-tengah cerita komik Dragonball akan terjawab siapa Goku sebenarnya... kenapa dia berekor? Garapan filem Dragonball: Evolution main tangkap muat je aku rasa. Penerbit boleh mengolah cerita tersebut satu persatu walaupun bukan secara details. malahan boleh dibuat sebagai sebuah filem siri seperti X-Men dan Harry Potter. Aku yakin diluar sana masih ramai lagi peminat Dragonball yang seusia aku. :-). Lagi satu yang aku pelik, setahu aku Goku x pernah kesekolah...
Pemilihan pelakon pon agak kurang memuaskan. pada pendapat aku, watak Goku seharusnya diberikan kepada orang asia (pendapat aku saja). terasa janggal pulak bila meilhat Goku versi Mat Saleh. Dan lagi satu, Yamcha yang aku kenali seorang yang agak berbakat dalam kungfu. malahan boleh mengeluarkan bom souki (kalu x silap aku). tapi kat Dragonball Evolution, Yamcha macam tak reti langsung nak fight.
Satu yang aku suka pasal citer ni. firstly, akhirnya aku dapat tgk secara hidup bagaimana rupa capsule yang sering dibawa bulma. kedua cikgu muten@master roshi still gatal n miang sama macam dalam komik. ketiga, Goku practice kungfu ngn master roshi still pki pemberat dibadan sama mcm komik (walaupun bukan kulit penyu yang dipakai Goku). last but not least, kemunculan kame hame ha... part ni la yang aku tertunggu-tunggu sekali.
Anyway cam aku mentioned td. sebagi sebuah filem fantasi, Dragonball: Evolution blh dianggap memuaskan. 3 bintang aku bg.
p/s: teringin plak tgk komik Naruto diangkat kelayar perak. dan Ema Watson bawak watak Sakura....
0 comments:
Post a Comment