Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.
Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin.
En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang kemari Tok...?
Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan kampung ini.
En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?
Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..
En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan?
Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf.
(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin
memotong dan menambah)
En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan?
Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).
En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.
PUKUL BERAPA BUKA?
Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya di tengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!" pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?" Sambung pustakawan itu lagi.
"Siapa kata saya mahu masuk?" kata pemuda itu kesal,
"SAYA MAU KELUAR!"
PENUMPANG DEGIL YANG BODOH
Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapalterbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorangpramugari menghampirinya, lalu menyapa,
"Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana.
"Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain," pujuk ketua pramugari.
"Awak ni lagi satu. Takkan saya nak duduk dibelakang. Tengok oranglah!!!" katanya.
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.
"Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapatdiselesaikan.
"Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat diLabuan," jawab kapten.
KENCING MASAM LEBIH TERUK
Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.Lelaki muda menyapa,
"Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda disebelahnya,
"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."
"SINI TAK BOLEH BERENANG"
Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segeramenanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun. Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya,
"Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini!"Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya.
"Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?" soal wanita tersebut.
"Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian," jawab pemilik dusun dengan selamba.
0 comments:
Post a Comment