Followers

Tuesday, April 28, 2009

The Biggest Loser

the biggest loser merupakan sebuah rancangan relaiti tv yang mengkehendaki para pesertanya menguruskan badan dengan cara yang sihat, dan dijanjikan dengan hadiah yang lumayan jikalau mereka berjaya. tapi sejauh manakah kemampuan peserta tersebut?

aku ada berkesempatan beberapa kali menonton rancangan ini. kesungguhan para pesertanya melalui setiap senaman dan aktiviti cukup menguji kesabaran ditambah pula dengan jadual pemakanan dan diet yang wajib dipatuhi. ada sesetengah mereka yang terganggu emosi disebabkan tekanan yang terpakasa mereka lalui ini.

bukan mudah sebenarnya nak menguruskan badan kalau tidak mempunyai keazaman yang kuat. setakat usaha yang gigih seperti senaman dan exercise serta mengamalkan diet yang tertentu tidak sepenuhnya membantu.

sebab itu sewaktu salah seorang pesertanya, amy menistiskan air mata disebabkan tekanan dan rasa rindu dengan anak-anak beliau, tambahan pula bila usaha yang dia lakukan tidak setimpal dengan hasilnya, bertambah-tambahlah sedih jadinya. iyalah... macam-macam usaha yang dilakukan dalam dua minggu, cuma susut 2 paun je.

bukan mudah nak kurus. diet dan exercise saja tidak mencukupi. kekuatan mental dan fizikal juga perlu dan seimbang. keazaman yang tinggi dan motivasi yang kuat serta usaha yang gigih tanpa kenal jemu sedikit sebanyak membantu dalam proses menguruskan badan.


aku menulis berdasarkan pengalaman yang aku lalui sendiri. aku rasa, tanpa keazaman dan usaha yang gigih, aku takkan dapat berat badan seperti sekarang. dua tahun dulu, berat aku sekitar 90kg dan sekarang, alhamdulillah maintain 62kg. dengan ketinggian 167cm, aku rasa berat badan aku da ok la.
Dulu dan sekarang

aku mengambil masa setahun untuk mengurangkan berat badan. semuanya bermula bila aku nak menyambung pengajian ke peringkat sarjana. atas nasihat seorang dr. yang menjalankan proses medical checkup keatas aku, memberithu saluran darah aku tersumbat dengan kolestrol. dan berat badan aku telah melebihi tahap obesiti. bayangkan... saiz seluar jeans aku ketika itu 40"!

bermula dari hari itu, aku berazam untuk menguruskan badan. bermulala diet aku yang ntah apa ntah. avoid nasi. aku hanya makan buahan, sayuran dan roti gardenia breakthru. adalah lebih sebulan aku dapat bertahan. tapi bila aku naik mesin penimbang, sedikit hampa... cuma susut beberapa kilogram je.

sedikit terkilan tapi aku tak berputus asa. aku cuba alternatif lain. kebetulan aku da pindah duk sendiri kat puncak perdana sebab time tu aku da start wat sarjana. aku nak pegi gym, memangla x sempat. joging, jangan harap la. tapi exercise dan senaman tu perlu. makanya aku memilih tuk skipping. wat dalam umah je. mula-mula buat, rasa nak luruh jantung dan segala isi dalam badan. terseksa! sebab memang jarang bersenam. cuma dapat buat dalam kiraan 100 je. tapi setiap kiraan tu aku akan tingkatkan. hari ni 100, sok try 150. gitula yang aku buat selama 6 bulan keatas. push up n pumping pon aku wat. diet tanpa nasi, aku masih lagi amalkan. sampaikan aku sendiri dah terlupa camner rasa nasi tu. roti, yogurt, buah-buahan dan susu rendah lemak dah menjadi makanan ruji aku. kadang-kadang aku makan gak nasi dalam kuantiti yang sedikit tu pon kalau da x tertahan sangat. ataupon sup, tu pon kalau lepak ngn budak-budak kelas aku.

berapa lama aku amalkannya...? seminggu? dua minggu? sebulan? aku rasa almost 1 year, baru ternampak hasilnya. itu pon makcik-makcik aku tegur. badan aku susut sangat, macam orang tengah sakit...

alhamdulillah, dengan usaha tanpa jemu n gigih serta keazaman yang kuat aku berjaya juga. sekarang aku boleh pakai baju saiz S. seluar saiz 30" n 31" pon aku boleh pakai. tipu kalau aku x de memakai sebarang produk menguruskan badan. tapi aku x sure produk tu berkesan ke tidak. sebabnya aku x rasa produk tu membantu. mungkin ada... tapi yang aku pasti without exercise, diet yang betul dan keazaman yang tinggi, agaknya sukar tuk aku dapat berat badan camni.


p/s: sekadar berkongsi cerita

10 comments:

Farasela said...

Salam Syuq...ko mmg kurus giler...apa rahsianyer?caya la Syuq!!!!Ingat aku ye...Aku still ingat ko...aku ada 2 blog tau...promote le plak...1: farasela.blogspot.com...2:
airishaunicollection.blogspot.com...1 pasal aku le...yg lg 1 tu pasal aku wat jual2 sampingan...zaman2 gawat nie...

Softtouch [Hanim] said...

haah lah syuq..kurusnyer...jelesnya muza...tapikan lg comel syuq yg dulu tau..tp kan muza tgk dulu ko xlah bam sngat..ok jer.

Naftalena 'Nafty' said...

aku kagum dengan pencapaian kau dalam misi menguruskan badan..


semoga aku juga dikurniakan semangat sekental kau untuk meneruskan misi aku menguruskan badan ini.

hehe.


keep it up!!

- Leena - said...

bravo...sudah berjaya membawa cerita kurus di blog ko..

mmg kene kuat iman..sbb nk skip mknan ruji n sedap2 mmg pyh..nk kurus..smua popn kene kontrol..

mn2 aku pegi n tye same thing aku dpt jwpn..kurangkan nasi...avoid goreng2..kurangkan air bergas...smua 2 harus kurang..

jgn buang langsung karbohidrat sbb kte akan hilangkan tenaga..

ble xder tenaga i2 yg nmpk kte sgt lah saket...kan??

cewah ckp mcm lah aku kurus kan..

SyuQ said...

^^Farasela^^
x der rahsia apa. hendak seribu daya. x hendak seribu dalih. aku masih lg igt kat kau. da dua anak ye kau... I.Allah lain post aku promote pasal bisness kau plak erk :-)

SyuQ said...

^^Softtouch [Hanim]^^
hye. muza pon ada :-). member lama yg lama x dengo kabor. ye ke comey. muza blm tgk syuq masa 90kg tu. mcm lembu ternak jerk :-)

SyuQ said...

^^nafty^^
yeah!!! keep it up babeh. aku yakin ko blh. chai yok!

SyuQ said...

^^LeenA^^
seperti yg dijanjikan...

betul apa yg kau ckp. tp yg penting exercise. tu la punca kalori kau dibakar. klu setakat control makan jer, tu yg jadinya bln ni kurus, blan dpn da naik blk berat badan.

Aku KekasihMu said...

huhuhu.. tahniah la sbb da dpt turun ...

aku nak tau sebelum ni brat ko baper? n now?

if ko x keberatan nak bgtau la...

SyuQ said...

^^Madie_Deeha^^
dulu lbh kurang 90kg. la ni lbh kurang 62kg jer...