Followers

Monday, March 23, 2009

Tak Mungkin Kerna Sayang


Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

p/s: best lagu ni. tapi x suka gaya alyah dalam video clip ni...

Thursday, March 19, 2009

Rileks Minda

TIDAK PERNAH BERI SUMBANGAN
Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.

Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin.

En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang kemari Tok...?

Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan kampung ini.

En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?

Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..

En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan?

Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf.
(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin
memotong dan menambah)

En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan?

Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).

En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.


PUKUL BERAPA BUKA?
Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya di tengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!" pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?" Sambung pustakawan itu lagi.
"Siapa kata saya mahu masuk?" kata pemuda itu kesal,
"SAYA MAU KELUAR!"


PENUMPANG DEGIL YANG BODOH
Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapalterbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorangpramugari menghampirinya, lalu menyapa,
"Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana.
"Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain," pujuk ketua pramugari.
"Awak ni lagi satu. Takkan saya nak duduk dibelakang. Tengok oranglah!!!" katanya.
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.
"Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapatdiselesaikan.
"Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat diLabuan," jawab kapten.


KENCING MASAM LEBIH TERUK
Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.Lelaki muda menyapa,
"Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda disebelahnya,
"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."


"SINI TAK BOLEH BERENANG"
Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segeramenanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun. Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya,
"Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini!"Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya.
"Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?" soal wanita tersebut.
"Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian," jawab pemilik dusun dengan selamba.

Demam

Finally, aku demam gak akhirnya. demam yang betul2 demam. sehingga x larat nak bangun. orang minta sihat tubuh badan, tp aku minta demam plak. Ingat demam blh la aku lepak kat umah ngn MC yang bkl aku dapat, bley la aku jaja sana sini kat bos aku. tp hampeh. ingatkan dapat berehat. tp hp aku berdering-dering. calling dr bos. aku tutup ngn bantal je. mmg aku x larat sgt time tu.

mlm tu da lega sket, bukak blog, check email: private email n email company, mak aiks byknya request tuk wat tu wat ni. aku ni kan komited ngn keje. siapkan gak mlm tu n send by email gak.

sok pg bangun nak g kerja, badan aku rasa x larat sgt. kepala pening bagai. mc satu hari je. kelmarin. call opis, request dtg lewat nak g klinik. konon nak mc lg la ni. dan2 otw nak pegi klinik, dpt calling plak minta update senarai london book fair... Adus. benda alah tu suma kat opis. n bos tu plak nak sgt2. urgent katanya (katanya je la). ndak x ndak ngn mc yg aku baru dapat, g la aku ke opis, bert-shirt ngn jean jer.

sampi opis, fullamak... berkeping-keping fax yg company terima. aku pelik tol la... bila aku duk kat opis, x plak suma ni terjadi. dan2 tu plak ada urgent fax tuk KP... camner aku nak naik g ngadap dia. aku ni bertshirt ngn jean jer. taram je la. nasib baik dia x der. mau tak mau, dlm bermc aku ari tu, kena gak berkerja... wat abis duit je aku beli mc tu. opsss.

Wednesday, March 18, 2009

Delicious Night

baru-baru ni, aku da merewang di Jusco Mid Valley. window shopping tuk cari perfume baru. kali ni aku nak cr kelainan dalam haruman yang akan aku beli. ketika aku tengah syok wat survey aku terpandang la iklan ini...


aku agak ini produk terbaru dari DKNY. berdasarkan tagline iklan tu, apa yang korang pikir?... Delicious Night. kalau diterjemahkan kedalam bahasa melayu, bunyinya lebih kurang begini agaknya... "malam kesedapan" or "malam kenikmatan" or may be boley jadi "malam kepuasan"...

mungkin fikiran aku terlalu jahil n kekuningan. tp bagi pendapat korang, apakah yg dimaksudkan dengan Delicious Night itu? Apa yang Deliciousnya itu?

p/s: aku tgk model tu posing je pon da hilang mood aku... delicious ke? :-)

Tuesday, March 17, 2009

Ulasan: Dragonball: Evolution


Finally last weekend aku dpt gak tgk citer ni. Setelah beberapa kurun aku menunggu akhirnya dragonball kelayar perak juga. Tapi sebelum itu, aku dah wat preparation awal yg aku tak harapkan apa-apa dari filem ni. Just enjoy. itu saja. sesungguhnya aku dah banyak kali berasa kecewa bila menyaksikan filem yang diadaptasi dari komik atau novel fantasi ke filem. bukanla aku nak harapkan cerita tu mesti perfect cam dalam komik or novel. tp ciri2 penting sesebuah komik atau novel tu perlu dikekalkan sebagai identiti dalam sesebuah filem yg diadaptasi. dan jalan ceritanya jgn lah diubah sesuka hati sehingga mencacatkan filem itu. itu sahaja.

sebagai peminat filem fantasy, Dragon Ball Evolution boleh diangkat sebagai karya yang agak baik. tapi sebagai peminat "Kipas Susah Mati" Dragonball aku berasa sedikit kecewa bila sesetengah jalan cerita Dragonball diubah. Aku membesar dengan komik2 Dragonball dan siri TVnya. mungkin sebab itu aku berperasaan begitu. sestengah jalan cerita mungkin diolah mengikut kesesuaiannya. aku terkejut bila dikatakan Goku adalah jelmaan semula Ozurai, orang suruhan paling setia Picolo. bagi peminat setia komik Dragonball, mereka tahu siapa Goku sebenarnya. begitu teliti Akira Toriyama mengolah jalan cerita bermula dengan kemunculan Goku sebagai budak berekor kerana di tengah-tengah cerita komik Dragonball akan terjawab siapa Goku sebenarnya... kenapa dia berekor? Garapan filem Dragonball: Evolution main tangkap muat je aku rasa. Penerbit boleh mengolah cerita tersebut satu persatu walaupun bukan secara details. malahan boleh dibuat sebagai sebuah filem siri seperti X-Men dan Harry Potter. Aku yakin diluar sana masih ramai lagi peminat Dragonball yang seusia aku. :-). Lagi satu yang aku pelik, setahu aku Goku x pernah kesekolah...

Pemilihan pelakon pon agak kurang memuaskan. pada pendapat aku, watak Goku seharusnya diberikan kepada orang asia (pendapat aku saja). terasa janggal pulak bila meilhat Goku versi Mat Saleh. Dan lagi satu, Yamcha yang aku kenali seorang yang agak berbakat dalam kungfu. malahan boleh mengeluarkan bom souki (kalu x silap aku). tapi kat Dragonball Evolution, Yamcha macam tak reti langsung nak fight.

Satu yang aku suka pasal citer ni. firstly, akhirnya aku dapat tgk secara hidup bagaimana rupa capsule yang sering dibawa bulma. kedua cikgu muten@master roshi still gatal n miang sama macam dalam komik. ketiga, Goku practice kungfu ngn master roshi still pki pemberat dibadan sama mcm komik (walaupun bukan kulit penyu yang dipakai Goku). last but not least, kemunculan kame hame ha... part ni la yang aku tertunggu-tunggu sekali.

Anyway cam aku mentioned td. sebagi sebuah filem fantasi, Dragonball: Evolution blh dianggap memuaskan. 3 bintang aku bg.


p/s: teringin plak tgk komik Naruto diangkat kelayar perak. dan Ema Watson bawak watak Sakura....

Monday, March 16, 2009

T.A.G

aku kena tag. jawab ke x nak? taramje la...

10 wishes

TAG DARIAPADA LEENA n NAFTY

The rules:
1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Give it to 10 frens of yours

1. Aku harapkan kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat.

2. Dapat kerja yang lebih elok dari sekarang.

3. Dimurahkan rezeki

4. Dikuatkan Iman.

5. Menjadi anak yang soleh.

6. Menjadi insan yang lebih tabah dari sekarang. setabah hati dan sekuat hamba-hamba Allah yang terlebih dahulu pernah menerima ujian.

7. Mendapat jodoh... (Insyaallah)

8. Mendapat keberkatan didunia dan diakhirat.

9. Mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak.

10. Menjadi hamba Allah yang kamil.

aku rasa cukupla sampi disini je tag ni

p/s: mudah2an terkabul impian aku. Amin

Tuesday, March 10, 2009

Salam Maulidur Rasul 1430H

Salawat dan Salam buat Rasul Junjungan kita. Mudah2an kita menjadi salah seorang umatnya yang terpilih. Serta mendapat Syafaat Baginda diakhirat kelak...


Monday, March 9, 2009

D'Muara n BNO Beach aka Kelong... I'm Back

tak kusangka... aku akan kembali menikmati keindahan D'Muara Marine Park. biasanya datang situ untuk makan2 jer. kali ini mengimbas kembali segala memori... bunyi deburan ombak, bot yang tersadai, jeti masih lagi seperti dahulu walaupun keadaan dan masa dah berubah... tempat ni sesuai untuk kaki pancing, utk merehatkan minda n honeymoon. nak cuba, boleh hubungi nombor ini 0332246800-dorani bayu beach resort; untuk sebarang pertanyaan. satu malam tuk floating chalet; see view hanya RM150 sahaja. makanan boleh tahan... suma dari hasil laut seperti sotong, udang, ketam, kerang n segala jenis ikan dengan harga yang berpatutan... segar2 belaka. so layan2 la pic2 di bawah...
Pintu Masuk Resort


Floating Chalet

D' Muara Jetty
D' Muara Beach

Sg. Hj. Dorani Jetty
Destinasi kami yang berikutnya pantai BNO yang menjadi jetty utk ke kelong.

Pantai BNO (Bagan Nakhoda Omar)

Pantai BNO

Pantai BNO

Aku ngn kak ana.

kak ana n my sista

hari minggu yang menghiburkan... gitula yg aku blh gambarkan. so, kak ana, lepas ni jgn segan2 klu nak berkunjung ke umah kami lg. anggapla cam umah sendiri. ada masa sy bawak tmpt lain plak. bukit malawati ke, kelip2 kg. kuantan ke, menara condong teluk intan ke ataupun ada rezeki lain kali kita ke kelong plak...

p/s: dah terbiasa jd pemandu pelancong. :-)

Friday, March 6, 2009

Ayat-Ayat Cinta

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau
melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya. amalkanlah
selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh
Allah.

Thursday, March 5, 2009

Hujan n Banjir...

hujan lagi ari ni. harap-harap tak banjir kilat macam kelmarin. aku tak dapat membayangkan kalau ari ni berlaku banjir lagi....

kelmarin aku ngan member aku cik beautifulhands terpaksa menapak dari Perpustakaan Negara ke Ampang Park. sebabnya, bas yang kami selalu naik x dapat jalan disebabkan banjir dijalan rahmat n jalan ipoh. teksi pulak sememangnya tak kan mengambil penumpang ke Ampang Park disebabkab kesesakan jalan. hendak x hendak kami berjalan kaki. mula-mula seronok sangat. tapi lama-lama terus jadi bengkek. sebab x sampai gak lagi walaupun dah jenuh berjalan kaki.

sampai di Ampang Park, kami dapat berita buruk plak. LRT stuck x boleh jalan. blackout disebabkan banjir. Subhanallah... bermacam dugaan aku tuk sampi kerumah cepat.

makanya kami duk berehat sekejap. menghilangkan penat sambil memikirkan alternatif lain tuk kami balik kerumah. aku duduk kat bangsar. cik beautifulhands di kerinchi. so kami decide naik bas dari KLCC ke mid valley n berenti kat bangsar. dari bangsar karang baru aku decide jalan kaki or amik cab. cik beautifulhands plak akan naik cab g kerinchi. makanya kami meneruskan perjalanan kaki kami ke KLCC...

Subhanallah... sesungguhnya dugaan kami begitu besar. sampi kat KLCC. seramai-ramai manusia berhimpun di perhentian bas. seolah-olah macam ada konsert plak. bas sebiji pon tarak. yang ada cuma metrobus yg pergi kepusat bandar. itu pon terlalu ramai manusia. kami ambil keputusan berehat seketika lagi (penat beb!) bagi keadaan menjadi tenang semula. lebih kurang dekat-dekat jam sembilan malam, kami keluar dari suria KLCC and try nasib kalau-kalau ada bas ataupun LRT dah beroperasi. Alhamdulillah syukur sgt2. LRT da ok. tu pon terpaksa bergerak perlahan disebabkan banjir (mak guard tu bg tau cam tu). dan lebih kurang jam sembilan lebih, n dah dekat2 pkl sepuluh baru aku sampi ke umah.

tu la pengalaman banjir aku di KL. walaupun aku tak alami keadaan banjir itu sendiri, tapi tempiasnya cukup2 memerlukan kesabaran. bagaimana pulak mereka yang mengalaminya?

semalam aku berkesempatan ke jalan rahmat n jalan ipoh. Subhanallah... Masyaallah... keadaan n suasana disana sungguh menyedihkan. lumpur merata-rata. sesetengah restoran x beroperasi disebabkan premis mereka dimasuki air. sesetengah pejabat plak tutup sementara. kerana mereka terpaksa membersihkan segala macam kotoran. banyak harta benda yang musnah. itu belum lagi kereta-kereta yg tersadai. aku sempat bersembang dengan mangsa banjir disana, (macam wartawan 360 plak). air naik sampai paras dada! boleh korang bayangkan?

Pengorbanan...


Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Wednesday, March 4, 2009

It's Hard To Say Goodbye...


There's something in your eyes that's far too revealing
Why must it be like this a love without feelin'
Something wrong with you I know
I see it in your eyes
Believe me when I say
It's gonna be okay

I told you from the start I won't be demanding
I won't be demanding
If you have a change of heart I'll be understanding
I'll be understanding
When love becomes a broken heart and dreams begin to die
Believe me when I say
We'll work it out some way

I'll never try to hold you back
I wouldn't try controlling you
If it's what you want
It's what I want
I want what's best for you
And if there's something else that you're looking for
I'll be the first to help you try
Believe me when I say
It's hard to say goodbye

We've lost that loving touch we used to feel so much
I try to hide the truth that's in my eyes
The love without feeling
But when I feel we're not in love, I know I'm losing you
Believe me when I say
We'll work it out some way

I'll never try to hold you back
I wouldn't try controlling you
If it's what you want
It's what I want
I want what's best for you
And if there's something else that you're looking for
I'll be the first to help you try
Believe me when I say
It's hard to say goodbye

Don't say goodbye

If it's what you want
It's what I want
I want what's best for you

I'll never try to hold you back
I wouldn't try controlling you
If it's what you want
It's what I want
I want what's best for you
And if there's something else that you're looking for
I'll be the first to help you try
Believe me when I say
It's hard to say goodbye

I'll never try to hold you back
I wouldn't try controlling you
If it's what you want
It's what I want
I want what's best for you
And if there's something else that you're looking for
I'll be the first to help you try

Tuesday, March 3, 2009

Tanpa... Layanzzz


Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati

Kini benar-benarku rasakan
Dalam relung hatiku tanpamu
Akuu tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

first time aku dengar lagu ni, terus terkesima seketika. lagu ni jadi sountrack tuk drama lestary; cinta untuk ain kat tv3. lagu ni diputar masa intro drama tersebut. memang sedap....

Monday, March 2, 2009

Rileks...

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis.Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidakmerasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"

UBAT SAKIT KEPALA
Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya,
"Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?"
"Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos.
"Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga," terang Semaun.
"Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteriengkau sekarang!!!"

MAKCIK DARI KAMPUNG
Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke KualaLumpur untuk kali pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in' di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah. Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.
"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil, takada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei jangan nak tipu orang la," Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut kononnya untuk menutup malu pada Bibah. Lalu pelayan itu pun menjawab,
"Sabar makcik, inibaru lif..."

MENANG LOTERI RM3 JUTA
Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah danmemanggil isterinya secara tiba-tiba.
Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak!
Isteri: Kenapa?
Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit.
Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beguntuk bercuti ke mana? Kita hendak naik
kapal mewah atau bercuti keluar negara bang?
Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awakhendak pergi. Yang penting, awak seorang yang keluardari rumah ini!

HUKUMAN MATI
Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti.
"Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semuanya terjadi dalam masa yang sangat singkat," warden berkata.Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan.
"Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat," katanya. Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan selamba dia berkata,
"Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa..."

Sunday, March 1, 2009

Kawan dan Cinta

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...

Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...

Kenapa??

Kerana...KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!

Di dalam telaga CINTA hilang...

Kenapa??

Kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...

Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..

Kenapa??

Kerana...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan??