Followers

Sunday, February 7, 2010

Duit Umpama Tuhan


aku bukannya nak mengutuk. apatah lagi mengeji. itu hak individu. tapi aku berasa pelik dengan sikap sesetengah invididu yang join MLM yang terlalu taksub dengan duit. sehingga aku berasa gerun membaca profil dorang. ada yang part hobbies, dorang tulis "bangun pagi, kira duit, susun duit, buat duit, duit itu duit ini". seolah duit itu umpama tuhan bagi dorang. dan seolah terlalu kemaruk dengan duit. ada gak yang tulis, favorite music, "suma lagu psl duit dan ketuhanan". nampak sangat seloah mereka ini mengejar duit dan jadi hamba duit

aku ada gak sekt sebanyak berbicara dgn diorang pasal "peluang", "risiko" dan "berfikir". terpulang pada individu itu sendiri untuk menilainya...

ya! memang... peluang datang hanya sekali. tapi kita kena ingat. peluang datang mesti dengan risiko. tidak ada peluang yang tidak berisiko, kalau ada, orang itu bohong namanya... dan Allah kurniakan kita akal untuk berfikir. rebut peluang dan fikirkan cara bagaimana untuk mengatasi risiko. tapi kita juga perlu berfikir, tak semua peluang mencipta kejayaan.

ya! memang... kalau hendak berjaya kita perlu belajar dari kegagalan. kalau takut gagal, kita takkan berjaya dan takkan maju kehadapan. sebab itu kita diberikan akal. untuk berfikir, mengkaji dan menilai peluang yang datang adakah untuk kesenangan hari ini sahaja dan untuk masa depan ataupun untuk hari ini sahaja dan bakal menyusahkan kita di masa hadapan...

apa yang dihadapan mata aku yang cuba ditonjolkan, duit terlalu mudah diperolehi. itu yang aku nampak berdasarkan statement, status dan bual bicara aku ngn dorang. tapi selepas penerangan dan apa yang aku nampak cukup menggerunkan

saper yang tak nak kaya beb! lagi-lagi kaya sekelip mata... cuba tanya, manusia manakah yang tak mahu jadi kaya? semuanya mahu. lebih-lebih lagi dengan jalan yang simple dan mudah. fikir sekali memang terus join. cuba fikir dua kali, tiga kali, empat kali dan berkali-kali. fikir baik buruknya. fikir ironis dan kesannya...

berapa banyak anak muda kita yang diistiharkan bankrupt? semuanya berpunca dari pinjaman yang tidak dilangsaikan dan bebanan hutang kad kredit

aku mohon maaf kalau tulisan aku agak keterlaluan... rata-rata dari pemerhatian aku, suma jenis MLM bermula dengan pinjaman. bukan sket beb!

aku bukan anti MLM... aku pon join MLM. series aku tak tipu... syok beb! dalam masa tiga hari boleh dapat US100. saper yang tak nak! tapi aku tak berhutang. modal pon ciput. jafi untung pon ciput. tapi bila diusahakan dengan bersungguh-sungguh, yang ciput boleh jadi bagak!

kita tak perlu terus-terusan memilih yang bagak jer. bagi aku, sukat baju dibadan sendiri... kita laksanakan ikut kemampuan kita. yang penting usaha tanpa jemu, doa dan tawakal. dan lagi satu, biarlah duit jadi hamba kita, dan bukan kita yang menjadi hamba duit dan ingatlah bekerja itu adalah suatu ibadah dan bukan untuk mengejar kekayaan. semoga rezeki kita akan lebih diberkati. Insyaallah...






7 comments:

-aTie- said...

rezeki xkan dtg bergolek..mane ade duit turun dr langit cam tu.. ;)

Khaizarien @ atie Blog

SyuQ said...

duit datang dgn titik peluh dan usaha yg gigih. nak duit keneler kerja...

MLM pon satu kerja. tp mestilah kene dgn caranya... berlandaskan kemampuan diri...

Sky Before Pinky said...

semakin giat kita berusaha..semakin masyuk lah..income..nye..hehe..
betul tak ni..komen..

SyuQ said...

cik pinky
ya betul
semakin kuat beusaha, semakin byk income. tu konsep sebenar MLM

Sky Before Pinky said...

ahaha..cik pinky katanya.. nt trgkan lah eak..tntg MLM..tuh..saje nak dgr..uhm bila bab duit nie..manusia jadi gelap mata..

Ena Qalinsya said...

btol tu dik, taksub tol drang ni..akk penah kena, drang suh join Hai O n wat pinjaman 50k..bila akk kata akk nk wat pinjaman perumahan dulu, drang leh kata tu ketepikan dulu, Hai O lbh penting. dr nak join jd benci nk join sebab drang leh kuar anytime, tak pentingkan anak2 dan suami tp kita utamakan sume tu dulu.. tak kose akk nak kuar tiap2 ari dok ngadap org suh koin, maluuuu huhuhuhu

SyuQ said...

cik pinky:
nanti ada masa sy explain. comelkan nama cik pinky tu. he he he

kak ena:
betul tu kak. sy banyak kali da terkena. alpha lipid la, hai o n so on. mula2 ajak g makan2. rupanya ada udang di sebalik kuew tiow sup.