Followers

Wednesday, March 9, 2011

Kekurangan Duit Bukan Penyebabnya Tapi Perancangan Yang Betul Dapat Menyelamatkan Keadaan

Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Tajuk paling panjang untuk entry kali ini. Aku masih teringat lagi ketika aku bercuti ke Labuan dulu, aku menerima panggilan telefon daripada seorang sahabat yang memohon bantuan kewangan daripada aku. Katanya, dia tersangatlah terdesak sehingga nak pergi kerja pun tak der duit tambang. Aku terkedu...

Kenapa cerita ini berbangkit kembali? Semalam aku bertiga bersama teman sepejabat bercerita perihal tambang pengangkutan awam, khususnya penggunaan LRT. Aku pengguna tegar pengangkutan awam. Pergi kerja dan berjalan merata pun aku pakai perkhidmatan pengangkutan awam. Aku lebih suka bersedia sebelum menghadapi pelbagai kemungkinan yang tidak diduga. Maka selepas dapat gaji aku akan peruntukan sekitar RM150 khusus untuk rapidpass sahaja. Sekiranya aku menghadapi masalah kewangan kelak, aku tiada alasan untuk tidak pergi kerja. Kerja punca rezeki kita. Kalau tidak ada kerja, macam mana nak dapat duit.

Sembang punya sembang dengan kawan aku ni, mereka kurang bersetuju dengan pendapat aku. Bagi mereka, mereka tidak memerlukan rapidpass mahupun kad Touch n Go. Sebab bagi mereka, mereka bukan pengguna pengangkutan awam tegar seperti aku. Tapi bagi aku, apa salahnya menyediakan RM50 dalam kad Touch n Go sebagai persediaan bila kesusahan.

Dengan pendapatan bulanan sebagai penjawat awam yang berpendapatan dan berpangkat rendah serta hidup ditengah-tengah kota metropolitan, agak sukar untuk kita meneruskan kehidupan tanpa perancangan yang teliti. Percayalah cakap aku ni. Pertengahan bulan depan, salah seorang daripada meraka pasti akan mengeluh kerana kekurangan wang dan tak de duit nak buat tambang pergi kerja.

Sekecil mana pun pendapatan seseorang, kalau melalui perancangan yang betul pasti tidak akan membebankan. Perkara pertama yang aku lakukan bila dapat gaji, aku akan keluarkan duit untuk bayar sewa bilik, bil api, bil air dan bayaran rapidpass. Itu adalah WAJIB dan tidak boleh dilewatkan. Selebihnya aku akan agihkan untuk simpanan tetap, ASB, insurans dan tabung kecemasan. Selebihnya itulah aku buat makan, hulur-hulur sedikit untuk mak ayah dan berjoli sakan.

Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana mereka ni sampai tiada duit nak buat pergi tambang kerja? Sampai tertunggak sewa dan bayaran bil? Bagi diri aku, kita sepatutnya utamakan apa yang lebih diutamakan. Aku juga pernah mengalami poket kering. Pagi makan biskut, tengah hari makan roti, malam makan maggi. Malahan sampai berhari-hari. Tapi Alhamdulillah, belum lagi sampai tertunggak sewa bilik dan kesempitan duit untuk tambang pergi kerja...

5 comments:

Anna said...

Very good one Syuk. Kegagalan kita merancang adalah punca perancangan kita akan menemui kegagalan..Seharusnya begitu. Mendahalukan segala mala komitmen baru le berjoli sakan. Berjimat seblum kena dan beringat sebelum abis kan. Tiap kali dapat gaji, pertama dalam kepala mesti bayar apa yg wajib. Akak pun setuju sgt Syuk berfikiran jauh gitu.Tak bole paham kalau ada org x leh dtg keje sbb alasan duit takde nak tambang bas or isi minyak..abis kalu gitu makan camne? adakah nak merempat dgn org kan?..

kak ina kl (2) said...

orang sekarang suka berhutang..suka enjoy tak ingat masa depan.
suka bergaya buang duit beli entah apa-apa.

atty's said...

waalaikumsalam syuq..kty setuju dgn cara syuq tu..

mcm kty pun ..setiap bulan lepas along kasi duit..kakty uruskan apa yg patut..bayar yg mana patut bayar dulu..

jgn dpt gaji je terus joli..
lepas kita bayar mana sepatut yg kita bayar.kalau ada saki baki baru kita leh rancang nak beli apa ke joli ke.

Cik Wanie Ghani said...

mcm saya keje sendiri,
bergantung kepada job yg saya dpt,
mmg adakalanya sekali dpt,
boleh menampung kos perbelanjaan hidup,
tapi adalah sekali dua,
tertunggak jugak bil semua bagai,
hihihihi...

tapi mmg lah,
kita nie kena ada simpanan,
kalau time2 sesak,
x derlah gelabah sgt:)

Md Zakirin Aziz said...

nasib tiap2 org lain-lain. cuba kau bayangkan isteri kau pregnant sebulan masuk hospital 2-3 kali, pastu keta hilang, moto pulak tayar pancit, tiba-tiba saja macam2 ujian tiba, nak buat macam mana? hang simpan la lagu mana pun berjimat la lagu mana pun. dah qada' dan qadar dia macam tu. patutnya hang sedekahkan saja kat org mcm tu. dan tak perlulah berkata apa-apa lagi dah. itu la maksud tgn kanan memberi sorokkan tgn kiri. tak perlu la nak hairan kenapa dan kenapa. tak semua org nasibnya sama.