Followers

Wednesday, March 16, 2011

Manusia-Manusia Yang Tidak Mempunyai Kesedaran Sivik

Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. Pagi-pagi buta lagi sudah buat hati aku kepanasan. Kadang-kadang manusia disekeliling kita ini langsung tak mahu peka dengan orang yang berada disekeliling mereka. Contohnya:

1) Disusur pejalan kaki dari kawasan perumahan aku menuju ke Stesen LRT Universiti, dibanjiri para peniaga yang menjual sarapan pagi seperti nasi lemak dan kuih muih. Itu hak mereka untuk berjualan dan aku tak salahkan mereka juga. Mereka juga mencari rezeki yang halal. Tapi tahu tak mereka, mereka telah menggangu laluan tersebut yg disediakan bagi memudahkan orang ramai bergerak lebih pantas ke Stesen LRT tersebut. Seusai berniaga, tempat itu menjadi kotor dan menjijikan. Malahan isu ini pernah memasuki rancangan Aduan Rakyat tapi apa tindakan DBKL? Apa salahnya kalau dibina gerai yang sesuai berhampiran kawasan lapang disebelah stesen LRT tersebut...

2) Sikap manusia sendiri yang langsung tak der self awareness. Kadang-kadang manusia spesis ini buat bodoh sahaja berjalan. Memanglah mata mereka kat depan tapi mustahil mereka tidak perasan ada manusia lain dibelakang yang memang tengah rushing atau jenis yang laju berjalan seperti aku. Ketepi lah dan bagilah laluan. Ini tidak... Terus feeling Primadona Sarimah...

3) Jenis manusia yang tidak membuat persediaan. Ini lagi satu. Dah sampai depan gate nak swap kad pass, kad touch n go atau tiket baru terhegeh-hegeh menyelongkar handbag. Lepas tu tidak mahu ketepi memberi laluan kepada orang lain. Apa mereka ingat itu laluan red carpet khusus untuk mereka? Ketepi dan selongkarlah segala isi beg tu selagi boleh diselongkar barulah masuk barisan semula.

4) Buat-buat tak nampak dan tak faham. Bila menaiki escalator (tangga bergerak tu ler), sudah sahih ada papan tanda disuruh berdiri disebelah kiri. Dan disebelah kanan khusus untuk mereka yang menggunakan escalator seperti menaiki tangga. Ini tidak, sebelah kanan tu lah dia berdiri terconggok tak peduli orang dibelakang. Lagi terbakar jiwa bila berpegangan tangan dan siap cium-cium mulut lagi. Aku rasa macam nak tarik dia kebelakang dan biar manusia jenis ini jatuh tergolek. Tolonglah, prihatinlah sikit.

5) Tempat khas untuk orang tua, ibu mengandung, orang kurang upaya dan kanak-kanak. Minta maaflah yer kalau ada yang terasa. Aku cukup tidak berkenan kalau tempat khusus ini yang duduk adalah orang yang terlebih upaya. Cacat ke kau? Mengandung ke kau? Walaupun tiada orang sebegitu didalam train, tapi dah sahih mentioned tempat tu khusus untuk orang sebegitu. Memang tak salah nak duduk, tapi korang tak rasa bersalah dan malu ke? Korang sihat tubuh badan, tapi menggunakan perkhidmatan khas untuk orang kurang upaya... Aku minta maaf ler. Selagi boleh berdiri, aku berdiri. Setakat 10 stesen, Insyaallah, Allah membantu aku dengan memberikan tenaga dan kesihatan yang baik sepanjang perjalanan...

Ini adalah rentetan kisah aku sepanjang pergi dan balik kerja. Inilah setiap hari yang aku hadapi. Mungkin sampai aku pencen gamaknya...

3 comments:

Anna said...

Syuk,
wah, akak setuju sgt dgn fakta 3-5 tuh sbb mmg selalu jer mengalaminya..mmg menyakitkan hati tau..terheg2. Ni la set2 mangkuk yg gagal merancang lantas merancang utk gagal. Yg last tu pun sama. Ini mmg berdasarkan pengalaman masa mengandung dulu. Naek komuter dari Rawang ke KL Central, berdiri dan takde org pun nak kasi duduk ke hapa. Masing2 buat2 tido..Buat2 sengal taktau. Tu sbb mmg mlas naek kenderaan awam kecuali terpaksa..Insya Allah syuk, ada rezeki nanti tu. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian kan kan?. Bila kita dah merasa susah gitu kita akan salu muhasabah diri dan ingat bahawasanya hidup kita ni ibarat roda.

atty's said...

kty pun setuju dgn syuk.

org berniaga..kita tak salahkan diaorg nak meniaga..tp lepas tu pandai ler kemas apa yang patutkan

kalau kty lah kan ..awal2 dah pegang tiket ke t& g ke..

Qaseh dalia adelia said...

setuju gak ..kdg2 budak2 sekarang pun xde kesedaran sivik .. org tua pun same jek menciii