Followers

Friday, March 18, 2011

Baru Terasa Penatnya...


Assalamualaikum semuanya... semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T

Sejujurnya sepanjang sejarah aku bekerja, belum pernah aku rasa keletihan yang sebegini. Minda dan tenaga dikerah bersama untuk bekerja. Sekejap-sekejap menyelongkar fail. Fail dari zaman tok nenek yang aku pun masih lagi belum habis belajar. Aku ingatkan bila tak jumpa, tutup fail. Takkk... Aku kene turun ke Jabatan Imigresen pula untuk buat pengesahan. Haiyooo... Penat mak nyah!

Seawal pagi masuk kerja, non stop otak ni berfikir. Tangan sibuk menaip surat kalah pegawai bergred 41. Tak per, tuntutan kerja. Itu yang selalu Mak Ayah aku nasihatkan. Peliknya di daerah ini, Kalau tak der kerja, memang betul-betul tak der kerja. Sampai merayu-rayu minta kerja kat kawan-kawan supaya tak nampaklah macam goyang kaki bila terserempak bos. Hahaha.

Tadi sedar-sedar jer dah pukul 12.30pm. Aiyarkkk! Banyak lagi tak settle. Nak pergi Solat Jumaat pun terasa malas walaupun Solat Jumaat dibuat di bawah opis jer. Mana lebih penting tuntutan kerja atau tuntutan agama? Jawab sendiri... Cau cincau

3 comments:

attyfir said...

waalaikumsalam syuq

solat jumaat lagi penting..

esok cuti kan ..nanti rehat puas2 tau

dyea irdina said...

kerja2 jugak..tp luangkan la masa unt solat n mkn..sbb kerja buat tak abis2 tp solat n mkn kejap je kan...ini lah pesanan dr orng yg tak kerja..huhuu

Anna said...

dunia dunia jugak..akhirat jgn lupa ya Syuk....barulah balance gitew...