Followers

Friday, June 19, 2009

Happy Father's Day

trut... trut... handphone aku berbunyi didalam kesibukan aku menjalankan tugas. disaat cameraman dan reporter baru blk dari buat assignment. situasi sebegitu sememangnya tak menang tangan dibuatnya. aku tengok skrin handphone, tertera perkataan "Ayah", gambar ayahku serta nombor telefonnya.

pelik... sememangnya ayahku jarang menghubungiku. biasanya khabar keadaanku akan diperolehi melalui emakku. ayahku akan menghubungi bila ada perkara-perkara penting. seperti berkaitan ngn bisnes beliau. janji untuk bertemu. berkaitan ngan cuti aku n timing nak balik ke kampung supaya ayahku mudah mengatur kerjanya.

aku pickup the phone... kedengaran suaranya dihujung talian dengan intonasi yg cukup berbeza. lembut, lebih lembut dari biasa dan tiada ketegasan seperti selalu... perbualan berkaitan file kerjanya yang hilang. dan ayah bertanya jika aku ada softcopynya. of course... aku ada menyimpannya. dan ayah menyuruh aku membuat semakan dan salinan. Insyaallah... aku akan buat. di hujung perbualan, ayahku bertanya khabar kesihatanku, serta keadaan kewanganku. sebagai seorang anak yang tidak mahu menyusahkan ibubapanya, aku memberitahu semunya ok. di akhir perbualan... aku terasa getaran rindu seorang ayah pada anaknya... aku tersenyum sendiri. aku dapat agak. kad yang aku hantar, ayahku da membacanya... Selamat Hari Bapa, Ayah...

Insyallah umur panjang, kita bertemu jua. sesungguhnya Z*** pon rindu...

1 comments:

Asu said...

Aku pn nyampah kt driver teksi kt alo star n JB.They never use the meter.pegi dekat pn kena 10-12 ringgit,Rasa nk geget je..eeee