Followers

Saturday, July 10, 2010

Aku Keseorangan

Salam semua... Salam pagi Sabtu yang indah dan mendamaikan. Pagi Sabtu yang lain dari yang lain bila aku kena bekerja pada hari ini. Setiap hari Sabtu, warga perpustakaan di kolej ini, mempunyai rutin giliran bekerja pada hari Sabtu sekali dalam sebulan. Kali ini giliran aku pula.

Dikala sebahagian blogger-blogger lain berjimba-jimba di Putrajaya, aku duduk termangu keseorangan menanti kedatangan pelajar yang keluar masuk ke perpustakaan. Beberapa hari yang lepas aku hampir-hampir menghubungi Joegrimjow bagi menyatakan yang aku mahu mengikuti gathering gengblogger. Bila melihat tarikh yang tertera, aku mula terasa cuak. Mungkin hari Sabtu, mungkin jua hari Ahad dan aku pun tak berapa pasti. Tapi memang bukan rezeki aku, gathering jatuh hari ini bersamaan rutin kerja hari Sabtuku...

Mula-mula aku berfikir, aku boleh cuba mengatasi penindanan masa. Aku mempertimbangkan untuk meminta bantuan Kak Yana menggantikan aku. Tapi dalam masa beberapa hari yang lepas, aku melihat Kak Yana langsung tidak mengaktifkan YM dia yang menjadi nadi penghubung kami. Ini bermakna secara rasminya Kak Yana tengah bercuti sakan dengan family dia. Terfikir pula untuk meminta bantuan Umar. Teman seangkatan yang baru menjadi warga perpustakaan di kolej ini. Bila difikirkan semula, tidak wajar aku meminta bantuan dia yang masih baru lagi dan memerlukan pendedahan yang lebih dinamik.

Bila difikirkan lebih lanjut dan mendalam, rasanya tidak wajar pula kalau aku meminta bantuan orang lain menggantikan rutin Sabtuku minggu ini. Sedangkan aku pergi berseronok dan berjimba-jimba.

Mungkin ini juga bukan masa yang sesuai untuk berkumpul dan bersuai kenal dengan para bloggers yang lain. Tapi pelik rasa dihati. Setiap kali ada anjuran yang berkaitan blogger, mesti aku tak dapat turut serta disebabkan masalah-masalah seperti ini... Ataupun bukan rezeki aku lagi untuk bertemu dengan meraka. Wallahuallam...

11 comments:

Softtouch [Hanim] said...

muza pun kene keje tau..ko kira ok lagi sebulan sekali muza setiap sabtu kene keje..sedih...

Qib said...

hee.. cr la pasangann.. heheh..:)

Sekian. Eh. Ada update la. Jom singgah!

Update !

SyuQ said...

muza@hanim
ye ke. sepatutnya aku lg bersyukurkan... :-). x per lah muza. rezeki memasning. muza hari sabtu full day ke keje?


PinQib:
erkkk... cik pinqib. adakah anda membaca entry sy smpi abis? sy keseorangn di tempat kerja...

monsterz said...

bawak bersabar ok :)
senyum cket... :DD

SyuQ said...

mira:
tq. da tersenyum gumbira skg da
:-D

velasrizal said...

alahai kesian nye kesepian..
jgn sedih2..


Sukarnya Menolak Undangan Perkahwinan

Softtouch [Hanim] said...

syuq..muza sabtu half day lah..

Fatin Aliyya said...

sbr la weh, aku pun ingt nk hang out sbt2 neyh tp tuelah det nyer tader..haha.=D

Syahida said...

hehe..cian dia keje ya. semalam sya cadang nak keje hari ni, tapi bila tiba hari ni, malas pula. ada agenda lain. gathering tu for sure sya tak leh join, jauh la.

p/s: Sya ke Beijing target nak jalan-jalan je, tak shopping sakan pun. adik2 pun x dapat ole2. hehe

Khaizarien said...

ade mase pasti lh berjumpa kan... :)

Khaizarien @ atie Blog

SyuQ said...

velasrizal:
kesepian sebab dok sorg2 dlm library


muza aka hanim:
okla tu sabtu half day


fatin aliyya:
ha ha ha. sama arr


sya isya:
ish boleh plak klu malas x yah dtg keje... bestnye keje cam tu :-)


atie
Insyallah. mudah2 ada rezeki kita dpt berjmp...