Followers

Saturday, July 3, 2010

Hujung Minggu Di KL

Diluar kebiasaan... Begitulah yang aku boleh gambarkan. Biasanya hujung minggu aku akan dihabiskan bersama keluarga; mak, ayah dan adik aku di Puncak Perdana. Tapi kali ni aku memilih untuk tinggal di KL. Berat hati juga pada mula-mulanya. Hu hu hu. Lebih-lebih lagi bila dapat panggilan dari Ayah dan Emak aku. Emak aku ok lagi.

Tak pelah. Minggu lepas aku dah habiskan hujung minggu aku dengan mereka... Kebiasaannya bila aku ke Puncak Perdana, banyak benda yang aku tak boleh fokuskan 100%. Banyak kerja aku yang tertunggak. Aku cuma perlukan masa minggu ni sahaja untuk menyelesaikan semua perkara. Harap mereka mengerti...

Kurang masa yang dihabiskan bersama mereka, bukan bermakna aku tak menyayangi dan mengingati mereka. Kadang-kadang sebagai anak, kita juga perlukan masa untuk diri kita sendiri. Alhamdulillah Emak aku jenis yang memahami... Ayah aku pula... :-(

Kebiasaan aku pula, kadang-kadang pendirian tak tetap. Kalau selalu diterjah dengan panggilan-panggilan daripada Emak dan Ayahku, aku boleh jadi cair. Kemas barang lebih kurang. Cabut ke Puncak Perdana. Kesannya, kerja aku tertangguh lagi... Kerana kelemahan itulah, Ayahku kadang-kadang pandai mengambil kesempatan. Sampai kadang-kadang aku sendiri pun tak faham...

Minggu ni banyak benda yang perlu dibuat. Thesis aku antaranya yang perlu diberi perhatian. Pakaian aku terutamanya, baju-baju kerja untuk stock 2 minggu dah abis aku gunakan dan perlu dibasuh dan diseterika. Bilik aku yang ala-ala bilik pameran ikea pun dah macam hazab... Serupa macam tongkang pecah... dan perlu dikemas semula. Dalam perancangan aku, aku juga perlu menukar cermin mata aku yang dah out to date. Sebab tu lah kepala aku sering sakit-sakit, loya, sukar tidur, nak muntah. Sebab berkemungkinan power cermin mata aku dah naik. Cermin mata yang aku pakai sekarang, usianya dah menjangkau 4 tahun... Memang perlu ditukar... Segalanya aku perlu lakukan hujung minggu ni dalam masa dua hari.

Cuma minggu ni saje; dua hari. Mudah-mudahan, Ayah dan Emakku mengerti...

2 comments:

Cik Wanie said...

Insya-ALLAH,
kalau awk terangkan pada mereka,
tentu mereka akn faham,

uish bilik dah mcm tongkang pecah,
sama jer perangai mcm saya,
hahahahaha....

kemas jgn x kemas,
nanti dah x der baju nak dipakai:P

SyuQ said...

da jenuh explain...

tetap call n bertanya benda yg sama; "x dtg puncak ke?"