Followers

Sunday, July 11, 2010

Marathon

Salam semua... Salam pagi Ahad yang indah dan ceria. Hari ini ada date dengan salah seorang teman sekuliah masa diploma dulu. Itu pun plan yang tidak dijangkakan. Aku dah banyak kali juga keluar ngedate dengan dia.

Kelmarin bila aku tau, aku tak berpeluang menyertai gathering gengblogger, aku merancang sesuatu untuk menghabiskan baki hari Sabtuku selepas kerja. Jadi selepas kerja petang Jumaat yang hening, aku bergegas ke Mid Valley untuk membeli tiket wayang. Dalam waktu yang sama, aku juga nak mengambil cermin mataku yang sudah siap ditempah.

Aku lebih suka pergi membeli tiket dikaunter sebab boleh memilih sendiri tempat duduk yang aku ingini berbanding membuat tempahan. Selepas kerja semalam, aku bergerak ke Mid Valley. Subhanallah... Ramainya umat manusia. Sampai jalan jammed kesesakan. Orang terlalu ramai disegenap pelusuk Mid Valley sehingga aku berasa tak selesa sangat.


Mula-mula aku tengok Eclipse. Sequel untuk filem Twilight. Seperti yang kamu semua baca entry aku sebelum ini, Twilight bukan filem pilihan aku. Secara jujurnya, aku sendiri pun tak mengerti, tak faham dan tak ambil kisah pasal cerita ni. Sehinggalah adik aku mengenalkan buku Twilight: New Moon dalam naskah Bahasa Melayu. Baru aku tahu filem ni best.

Sebelum ke panggung aku buat research dan menonton filem-filem twilight terdahulu supaya aku faham jalan ceritanya. Sebenarnya aku boleh mengetahui kisah selanjutnya melalui buku-bukunya. Sebab aku sudah memiliki hampir kesemua koleksi Twilight dalam masa tak sampai 1 minggu. Macam dah kemaruk sangat pula. Serupa macam kekemarukan aku dengan siri Harry Potter.

Eclipse masih meneruskan legasi konfrontasi antara Serigala Jadian dengan suku sakat Pontianak dalam mempertaruhkan nyawa mereka untuk melindungi Isabella Swan, gadis yang dicintai oleh Edward Cullen dari suku pontianak dan Jacob Black dari suku serigala jadian. Kali ini penonton dapat melihat sendiri gelojak asmara yang ada dalam diri Bella. Dia mencintai Edward, dan dalam waktu yang sama dia juga menyayangi Jake, yang mana kisah cinta tiga segi ini akhirnya memihak pada diri Edward.

Dalam filem ini juga penonton akan menyaksikan buat pertama kalinya suku Pontianak dan Serigala Jadian bergabung tenaga bagi melindungi Bella dan Bandar Forks dari ancaman tentera Pontianak yang dicipta oleh Victoria bagi melunaskan dendam atas kematian kekasihnya...

Bagi aku filem ini secara keseluruhannya hampir tiada cacat cela. Macam yang telah direviewed oleh Adam Arjuna, setiap watak dikembangkan secara bersepadu; dari mana asal usul mereka ni... Berbanding dengan naskah buku, jalan penceritaan di filem lebih ketat dan kemas. Dua bab dalam sebuah buku, boleh digarap menjadi satu ke dua babak tanpa tertinggal plot-plotnya yang penting. Cuma sedikit menjengkelkan bagi aku bila setiap masa Bella dan Edward sentiasa berkepit disusuli dengan ciuman-ciuman ghairah daripada mereka berdua...


Filem kedua yang aku tonton dalam masa tak sampai 30 minit selepas Eclipse ialah Predators. Apa yang aku nampak disini, Kisah predators ni masih tidak berubah format dari zaman Arnold Schwarzenegger, Danny Glover dan sekarang Adrien Brody (yang aku rasakan beliau terlalu jambu untuk membawa watak hero dalam filem ini, mungkin kerana peranan beliau sebelum ini yang lebih menjurus kearah lelaki romantik macam filem KingKong) cuma kali ini di set yang berbeza (disebuah hutan jauh dari planet bumi) dan juga corak pentempuran yang berbeza, misi yang berbeza serta latar belakang sejarah kehidupan manusia yang berbeza-beza.

Bezanya kali ini manusia diletakkan sebagai mangsa buruan bagi predators dalam mengenal pasti kelemahan mereka sebagai pemangsa. Kesemua manusia ini dipilih berdasarkan kemampuan, skill serta kebolehan mereka dalam mengatasi pihak lawan. Ada diantara mereka adalah pembunuh, pesakit mental yang psycho, pembunuh upahan, yakuza, mafia dan sebagainya. Mereka diletakkan disuatu kawasan hutan disebuah planet dan diburu oleh predators

pelbagai cara dan taktik digunakan bagi memerangkap manusia terutamanya sifat perikemanusian manusia yang tidak bertempat yang suatu ketika boleh membunuh diri sendiri. Manusia sendiri berusaha untuk mempertahankan dan melepaskan diri dari diburu dan dibunuh oleh predators ni

Penceritaan dan garapan filem ni agak tergantung. Tiada maklumat terperinci mengapa mereka dihantar ke planet tersebut melainkan dari andaian yang mereka sendiri buat dan siapa yang menghantar mereka masih lagi menjadi tanda tanya sehingga kepenghujung filem.

Cuma dua filem untuk marathon kali ini. Kebiasaannya aku akan mengambil 3 atau empat filem dalam masa tak sampai 24jam. Tapi disebabkan hari ini ada date, maka aku batalkan hasrat untuk bermarathon sejimba-jimbanya.

Kalau ditanya berapa bintang aku nak bagi pada kedua-dua filem ni? Eclipse aku bagi 3 bintang sahaja walaupun hampir sempurna tetapi bukanlah filem yang akan kekal dalam kepala otak aku untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Mungkin kerana filem ini lebih menjurus kearah percintaan romantik berlatar belakangkan kisah Pontianak dan Serigala Jadian jauh dari yang aku harapkan; sesuatu yang lebih thriller dan lebih mencabar.

Bagi filem Predators, tiada bintang yang mampu ku beri. Sebabnya mudah. Walaupun banyak perbezaan antara Predator 1, 2 dan Predators, tapi motif penceritaannya tetap sama. manusia sebagai mangsa buruan. Bersedialah untuk mendengar segala jenis ayat caci maki dalam filem ni...

8 comments:

suhaisweet said...

Dropping here..Very nice friend..My special for u.. Check it Out!

Sya Isya said...

hehe..x pernah tengok kesemua cerita yang dinyatakan, walaupun ada cd twilight kat rak buku ni. tapi akak Sya memang minat giler twilight ni sebab dia baca novelnya. Sya pun giler harry potter la. tapi tak suka tengok movie dia, suka lagi baca buku nya, lagi best.

AiZ said...

fuhh marathon tu.. emosi tak terganggu ke?.. gagagaga ^__^


Aiz latest entry
Bahaya di tempat yang ade WiFi
jana wang yang terbaru blogger
Kehebatan iklan pada minda kita
Facebook vs blogger



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

Dark Half said...

kalau movie yg based on novel mmg aku akan layan utk tengok part mn yg biasanya miss dlm movie
personal fav: movie based on novel stephen king

dah baca twilight...blom tgk movie

chck out grafik novel gua ~ http://sorrow-graphic-novel.blogspot.com/

hanny said...

amboiiiii... lajunya abg dah g tgk kat wayang.... hukhukhuk...nak gak g tgk my edward tuh..... :(

Lya Colours said...

dah lama x tgk wayang
ntah bila free ni
boleh ajak sy len kali x?
muehehhee

Rani Rashid said...

bila nak tengok citer dengan aku plak? aku nk tgk citer mantra leh? :)

SyuQ said...

suhaisweet:
TQ :-)


sya isya:
try la lyn twilight plak. berbaloi. he he he


dark half:
setuju. kalau x puas hati, aku baca novelnya balik...


hanny:
biasa. abgkan hantu filem. he he he


lya colors:
blohe jer... he he he


rani:
mantra cam hampeh...