Followers

Thursday, July 15, 2010

Mengimbau Kenangan Bersama Sarah

Salam semua... Salam pagi Khamis yang hening dan ceria. Cerita ni terjadi masa hujung minggu yang lepas pada hari Ahad. Hari Sabtunya aku bekerja, kemudian marathon menonton wayang. Ahad pagi aku keluar berjalan-jalan dengan Sarah. Sarah ni kawan masa aku buat Diploma dulu kat UiTM Shah Alam. Satu kelas tapi lain batch. Aku join kelas dia atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Berjanji dengan Sarah pukul 11.00am. Tapi aku sampai Shah Alam dalam pukul 12.15pm, lebih kurang macam tu. Terlewat lebih satu jam. he he he. Nasib Sarah sporting...

Mula-mula kami ke Kenny Rogers. Aku lapar dan dia pun lapar. Aku memang teringin nak makan ayam kat Kenny Rogers tu selepas aku dengan adik aku banned Kenny Rogers kerana servicesnya yang kurang memuaskan hati kami. Tapi sekarang ni services dia dah tip top balik. Mungkin dibawah pengurusan yang baru.

menu pilihan kami.

Selepas makan, kami menyusuri bangunan Plaza Alam Sentral sebelum menuju ke Shah Alam City Centre (SACC Mall) dengan matlamat mencari beberapa buah buku. Di SACC Mall, MPH dan Ezy Video menjadi tempat persinggahan kami. Lama juga kat situ. Aku membeli beberapa buah novel nukilan Kak Norhayati Berahim. Ada beberapa buah yang aku tak jumpa, ada terjual di MPH SACC Mall. Di Ezy Video pula aku terjumpa Koleksi Album Kitaro The Deluxe Audio and Visual Collection. Rembat gak. Aku ni jenis yang kalau dah terjumpa sesuatu benda tu dan aku berkenan atau memang aku tengah mencari, wajib membelinya... Sebab kebiasaannya, aku takkan jumpa lagi benda tu untuk kedua kalinya.

Tanpa sedar, masa pantas berlalu... Tau-tau jer, hujan dah lebat kat luar. Kami pun singgah lepak kat sebuah kedai donut yang dulunya francais Starbucks (aku lupa nama kedai donut tu...) Sebelum tu haruslah singgah ke kedai-kedai perfumes dulu.

Dari SACC Mall kami masuk balik ke Kompleks PKNS. Marwillis Publisher menjadi pilihan. Disitu aku membeli sebuah lagi novel berunsurkan keislaman. Aku rasa cukuplah untuk 2, 3 bulan akan datang. Di Kompleks, kami merayau-rayau ke kedai buku yang lain pula. Kedai-kedai lain pun wajib masuk. Aku membeli beberapa barang perhiasan rumah. Selepas tu kami melepaskan lelah di McDonalds. Makan Mc Flurry jer. Sambil bercerita dan mengimbau balik kenangan masa zaman-zaman belajar dulu. Sedar tak sedar, 10 tahun dah berlalu. Terasa macam baru semalam aku berkenalan dengan Sarah. Dan terasa baru semalam aku berkenalan dengan yang lain-lain juga; Kak Zana, Loyd, Sharizal, Diana, Moon, Muza, Farasela, Laila, Shal. Mereka ini masih berhubung lagi dengan aku. Sama ada melalui Facebook atau telefon. Zaid, Amir, Safa... Mereka tak dapat dikesan... (sekadar menyebut beberapa nama... yang tak tersebut, jangan berkecil hati, kalian tetap ku ingati...)

Akhirnya, atas persetujuan Sarah, kami buat sedikit perkara yang agak giler. Masa tu jam sudah melewati pukul 6.30pm. Kami menyusuri Tasik Shah Alam menuju ke Seksyen 2; mengimbau balik kenangan masa-masa dulu. Banyak yang dah berubah. Terlihat oleh kami muka-muka baru budak-budak UiTM... Dulu Tasik, Kompleks dan Seksyen 2 menjadi lokasi lepak king kami. Kini anda pula.

Taman Tasik Shah Alam


Tasik Shah Alam


7E yang tak berubah rupa


Ada KFC dah


gerai Seksyen 2 yang dah berubah rupa

Tasik pun dah banyak berubah rupa. Begitu juga dengan gerai-gerai di Seksyen 2. Dah ada KFC. Seven Eleven masih kekal berdiri seperti dulu. Gerai Sabariah Tom Yam, tempat selalu aku melepak dengan Sarah, Safa, Moon, Loyd, Kak Zana sambil menikmati Nasi Goreng Cendawan dah tak der. Abang waiter yang selalu mengambil order kami ketika itu sudah pun bekerja di kedai yang menjual barangan cenderahati (kalau tak silap aku...)

Di Menara Sultan ni la Fakulti aku sebelum berpindah ke bangunan baru yang sekarang menjadi Fakulti Sains Sukan

Hajat dihati nak pekena ABC. Tapi memandangkan aku berjalan dengan anak dara, maka batalkan hasrat untuk melepak lagi hingga kemalam. Selepas menghantar Sarah menaiki teksi pulang kerumah dia, aku pun bergerak balik ke Vista dengan seribu satu kenangan menyesak dada...

11 comments:

Lya Colours said...

eeuuwww kenny lama x makan

Softtouch [Hanim] said...

rindunya...sedih bc n3 syuq nie...bnyk kenangan betul masa kita blaja dulu kan syuq nak2 masa dip....budak2 itm skrg bertuah byk dah tempat lepak kan..dulu kita pkns, pas n plaza masalam jer...rindu ngan syuq n sarah...

dianahaznida said...

wahhhh..syuq, bestnya ko kuar ngan sarah..lama giler x jumpa sarah.makasih, sbb tag aku kat fb.bila lah kita semua ni boleh jumpa ek..apa kita buat pot luck nak tak?buat kat tempat yang senang, pastu ada playgorund for the kids..

dianahaznida said...

wahhhh..syuq, bestnya ko kuar ngan sarah..lama giler x jumpa sarah.makasih, sbb tag aku kat fb.bila lah kita semua ni boleh jumpa ek..apa kita buat pot luck nak tak?buat kat tempat yang senang, pastu ada playgorund for the kids..

FareedSairi said...

sdh tol...semalam sesat kat shah alam.janji kul 4.30, kluar bangi kul 2.sesat kat mana ntah.seb bek tejumpa signboard n sampai ngam2 4.30...selamat cek aku...hahaha

sarah said...

kedai donut big apple, syukri... taktau nak comment apa... :)

atty's said...

terliur ngk kenny rogers

hana said...

ehem ehemmmm... siapakah si sarah itew yer? pueh nih duk membelek setiap gamba yg tertera jika ader sekilas ikan di air! hahahahaa...

Cik Wanie said...

dah lama x mkn kenny rogers,
terasa nak mkn lah plak,
adoilah...

best tau,
kalau teringatkan kenangan2 lalu,
hurm...
~~~~

Rani Rashid said...

aku x sedih sebb masa ko kwn dgn dia orang..aku x wujud pun lagi..kah kah kah :)

SyuQ said...

lya colors:
sama gak. kerana lama x mkn tu la sy p mkn


hanim aka muza:
memang banyak kenangan kita. masa g langkawi, last gathering kat pd ngn en.azli... bila la nak kumpul2 lg kan muza...


fareedsairi:
shah alam ok lagi klu sesat. he he he. jangan sessat kat Kl udah


sarah:
tu la psl. aku lupa nama kedai tu


attys:
kak tty, jgn lupa g jenguk kenny rogers. ayam dia sedap compare ngn kfc...


hana:
kak, sarah malu2 gambarnya nak diambil. awl2 dia da pesan, jgn letak dlm blog. lg pun sy ngn sarah kwn jer. lain2 tu, biarlah Allah aturkan


cik wanie:
silakan menjamu kenny rogers. he he he


dianahaznida:
tu la psl diana. aku ok jer. tp saper nak arrange?


rani:
memanglah. tp kita pun ada kenangan lain gak. aku teringat kat ko klu aku jenjalan jat bukit bintang...