Followers

Friday, August 20, 2010

Peristiwa Di Bazaar Ramadhan

Salam semua. Semoga sihat sentiasa. Kelmarin, pertama kalinya aku berkunjung ke Bazaar Ramadhan Kerinchi. Mencari juadah untuk berbuka puasa. Keinginan dihati ingin mencari yang berbeza serta lain dari yang lain. Tapi semuanya sama sahaja. Malahan makanannya hampir serupa seperti yang dijual di pasar malam Kerinchi.

Jadi aku tak tahu mahu makan apa. Aku rasa semuanya pernah ku cuba. Kuih akok, nasi dagang, nasi kerabu, laksam. Malahan masakan Jawa juga sudah ku rasa; ayam penyet, pecal leleh. Bakso Indonesia juga telah ku telan. Mungkin tekak aku masih mahukan durian sebagai santapan. he he he.

Makanya dari satu gerai ke satu gerai aku mencari juadah yang sesuai dengan tekak dan selera aku. Tapi semuanya tidak berkenan di hati. Akhirnya, aku memilih beberapa jenis kuih sahaja. RM2=5 ketul kuih. Huh! Mahal giler... Kat Sungai Besar RM1 boleh dapat 4 ketul kuih.

Sampai ke gerai murtabak, aku pun berhenti. Dengan niat mahu membeli murtabak ayam. Harganya... Masyallah! RM2.50. Nipis pula tu. Tergezuuttt aku dengan harganya. RM2.50 bagi aku agak mahal juga. Kalau kat Sungai Besar, baru RM2. Tu pun dah mahal gak. Tapi Tebal.

Jadi aku putuskan mahu membayar sebahagian harga murtabak tu dengan duit syiling. Aku gunakan RM1.50 dengan duit syiling dan ku tambah RM1 menggunakan duit kertas.

Aku tak perasan rupanya Abang Murtabak tu asyik memandang aku yang sibuk mengira duit syiling satu persatu. Sekejap aku seluk poket, kemudian mengira lagi... Sehinggalah Abang Murtabak tu menegur aku; "Tak apalah dik. Kalau tak cukup duit, Abang jual RM2 je. Berapa adik ada, bagilah..."

Ya Allah! Adakah aku serupa macam peminta sedekah? Hu hu hu. Antara bengang dan geli hati, aku bersuara; "Saya ada duit bang. Tapi duit syiling saya banyak sangat. Berat. Tu yang saya gunakan syiling. Abang Murtabak tu tergelak...

Usai membayar, aku terus gerak balik ke rumah. Dalam perjalanan, aku tersenyum dan tergelak sorang-sorang. Mesti orang ingat aku kurang waras. Macam mana Abang Murtabak tu boleh berfikir yang aku ni tak berduit. Hu hu hu. Kalau aku tak berduit, tak kanlah aku bercita-cita nak makan sedap-sedap. Tak semestinya orang pakai duit syiling untuk membayar tu tak kaya. Kalau aku bagi not RM100 hnya nak bayar murtabak RM2.50, logik ke? Tak pun aku beli kuih RM1 kemudian gosok pakai kad kredit. Ok tak? :-D Alahai... Macam-macam

3 comments:

Softtouch [Hanim] said...

he he he....mcm2 yer syuq..mentaliti org kot syuq..konon2 pakai duit syiling xde duit..muza pun kalu nk abiskan duit syiling tu muza bayar je pakai duit syiling..duit syiling pun duit jgk apa...

w.a.n.n.o.r.f.a.d.z.l.i.n.a said...

kelmarin saya p bazaar ramadhan bawak syiling RM8.80..slamber je bayar..nasib peniaga2 tu tak kata apa..diorang seronok kot dpt syiling.hehe

sizuka[Izzati] said...

haihlahhhh macam2 hal org skg nih.memang sgt judge the book by its cover.die tak tahu kot2 dlm poket tu ada segenggam duit syiling bernilai ratusan ringgit.siapa tahu kan?:)