Followers

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan... Marhaban

Salam Semua... Salam 1 Ramadhan 1431Hijrah bersamaan 11 Ogos 2010Masihi. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat dan sejuta keberkatan buat kita semua. Andai ini adalah Ramadhan terakhir buat kami semua, maka sempurnakanlah ibadah kami Ya Allah dan jadikanlah ia sebagai Ramadhan terakhir yang penuh pengisian rohani dan jasmani yang mendapat keberkatan dilangit mahupun dibumi... Amin.

Alhamdulillah... Aku bersyukur kerana aku masih lagi diberikan peluang untuk mengecapi keindahan dan kenikmatan bulan yang dijanjikan kemenangan kepada hamba-hambaNya yang sabar dan bertakwa...

Ramadhan kali ini berbeza sekali. Entah kenapa aku terasa sayu dan sedih. Seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir buat aku. Banyak perkara yang berlaku dan terjadi berlegar disekeliling aku. Memerlukan suatu kekuatan untuk aku sabar dan tabah menghadapinya. Buat pertama kali seusai aku menamatkan Solat Tarawikh yang pertama, air mataku tertumpah jua diatas sejadah... mengimbas kembali segala rentetan onak duri yang aku tempuhi yang akhirnya menemukan aku dengan Ramadhan kali ini.

Walaupun Ramadhan kali ini tidak sesempurna mana dari segi jasmani buat diri aku, aku berharap mudah-mudahan Rohani aku akan terisi lebih dari Ramadhan yang terdahulu. Amin

Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua... Dengan hati yang lebih bersih, suci dan tawaduk...

7 comments:

Kerull @ Kay Enn said...

Salam Syuq..salam Ramadhan ye Syuq...moga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua..

Rani Rashid said...

salam ramadhan :)

atty's said...

selamat menjalani ibadah puasa ..dan menyambut ramadan .semoga ramadan kali ini lebih memberi makna kepada kita..

Softtouch [Hanim] said...

selamat berpuasa syuq...

Hamzah Ian said...

salam ramadhan..

Afzainizam said...

selamat berpuasa ramadan almubarakkk....

hanny said...

semoga Ramadhan tahun ni lebih bermakna buat kita..masih xterlambat lagi untuk kt mengharap dan berdoa semoga ianya menjadi yang lebih baik dr Ramadhan yang lalu... amin..