Followers

Monday, March 29, 2010

Dari Shah Alam Ke Kuala Lumpur; Kerana 'Si Pujaan Hati' Hamba Turutkan

pertama kalinya aku mohon maaf sebab entry ni tidak disertakan gambar. bila aku nak tangkap gambar guna camera whitey, tetiba jer whitey terpadam sebab kekurangan zat.

ahad yang lepas pepagi buta sebelum nyamuk bangun aku dah bergerak ke shah alam menyertai 'Konvensyen' Pustakawan-Pustakawan Malaysia yang berlangsung di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM... (konvensyen katanya... lps ni mati aar kene kutuk. ha ha ha). 'konvensyen' yang dijangka bermula jam 9.00am di tunda ke pukul 9.20am atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. dan 'konvensyen' tu dijangka berlangsung selama 2 jam 30 minit.

ketika itu aku bertemu dengan ramai senior-senior aku dan junior-junior aku. tapi sayang cuma beberapa kerat jer dari batch aku yang menyertai.

aku cuba menyiapkan kerja yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. kalau boleh lebih awal lagi bagus. dalam tempoh 2 jam 30 minit, perut aku berbunyi-bunyi kelaparan. sebab aku x sempat lagi nak menjamah sebarang makanan. adui... aku rasa, bukan aku sorang yang mendengar perut aku berbunyi minta diisi.

tepat jam 11.50am dan annoucement diberikan, aku bergegas kuar. dalam kepala, nak makan dan bergerak ke KL. niat dihati nak bertemu ngn sipujaan hati. perjalanan ke KL memakan masa. plan asal nak balik ke rumah dulu, menukar baju dan meneruskan perjalanan ke PWTC. dalam perhitungan akal waras aku, mesti aku x punyai masa yang mencukupi. jam kat tangan pon da hampi menunjukkan keangka 2.00pm, tapi aku masih belum sampai-sampai lagi ke destinasi. batalkan niat tuk pulang kerumah terus gerak ke PWTC. berjumpa dengan teman sekuliah di The Mall lantas menuju ke Dewan Tun Hussein Onn. ketika itu sedang berlangsungnya majlis pelancaran novel 9 nyawa dan cinta sufi oleh salah seorang novelis faveret aku ramlee awang murshid. orang terlalu ramai. sehingga nak bergerak pon susah. aku keluar. destinasi setusnya; dewan tun razak 2 booth; G-07, NB Kara.

sampai kat sana aku disambut ngn penulis novel blog priasetia dan jibrail. anuar kamaruddin. dan anuar masih mengenaliku... selepas berbual seketika, mata aku melilau mencari kelibat norhayati berahim. tu dia!!! sipujaan hati tengah melayan peminat beliau ketika itu. dan aku diperkenalkan ngan anuar novel terbaru nukilan kak yati; layang-layang bertali kaca. teruja lantas mengambil dan terus membayar. balutan buku dibuka agar memudahkan aku tuk mendapatkan tandangan kak yati.

berhadapan ngn sipujaan hati membuatkan aku tak tahu nak berkata apa. serupa cam 1st date dan ini adalah kali pertama aku bertemu beliau face to face. dan lebih membuat aku terharu dan terkejut, beliau mengenaliku. dan aku mungkin adalah salah seorang peminat beliau yang mencecah puluhan, munkin ratusan dan mungkin juga ribuan. series aku terkejut dan terharu.

masa yang aku ada tak banyak. dan membataskan aku tuk berada lebih lama lagi di booth NB Kara. perjalanan diteruskan. tapi aku berasa puas. walaupun tiada sebarang rakaman dari aku, tapi memori ni akan aku lipat kemas didalam hati.

aku membesar dengan hampir keseluruhan karya beliau ketika aku mula-mula melangkah kaki ke UiTM. dan novel cinta pertama, da aku khatam pembacaannya lebih tiga kali. watak carl zafran, nurul iman, dr afifah dan pak tabib sentiasa dekat ngn hatiku.

Insyaallah ada umur ada rezeki aku pasti akan bertemu lagi ngn beliau... kali ni mesti amik gambar ngn pelbagai pose n especially ngn sicomel qaisara :-). thanks kak yati sebab melayan saya n kawan saya. ada rezeki berjumpa lagi.

3 comments:

attyfir said...

bila nak dpt pujaan hati yg betui2 syuq..ekekekkee..

SyuQ said...

kak tty:
pujaan hati yg betul kak? hu hu hu. "ketika cinta bertasbih mengalun merdu ayat-ayat cinta" maka detik itulah hati saya telah termiliki.

he he he

sarah said...

konvensyen apa syukri? setau aku ada exam time tuh. hehehe