Followers

Wednesday, July 7, 2010

Baju Pinjam

Salam semua... Hari yang mendung. Awan gelap pekat dilangit menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa... Minggu ni aku kerja shift petang. 12.00pm-8.00pm. Berselang seli dengan member opis aku. Kalau minggu ni dia pagi, aku petang. Kalau dia petang, makanya aku pagi. Begitulah seterusnya sehingga aku mampus... (he he he. Ayat-ayat giliran filem madu tiga). Idak le aku nak bekoje disini sampai mampos... Tak sanggup. (udahh... Slang Perak plak...)

Kerja petang biasanya membuatkan aku jadi sedikit malas. Boleh dikira kalau aku mampu bertahan tanpa tidur selepas Solat Subuh. Kalau dikira menggunakan jari, rasanya tak lebih daripada 10. Kalau lebih, memang aku boleh buat bachelor party ngn strip dance lagi... Mau? Ahaks. Agaknya mungkin sebab itu rezeki aku dah terlebih dahulu di patuk ayam...

Biasanya masa bangun tidur nak bersiap pergi kerja, aku akan menyarungkan apa saje jenis baju asalkan tak berkedut. Kalau rajin, biasanya aku akan iron baju untuk stock dua minggu. Kalau tak rajin, macam tu la jadinya. Pakai jer la yang tak berkedut. Asalkan boleh dipakai.

Lepas keluar dari BERNAMA TV, aku langsung kurang memikirkan pasal penampilan diri. Asal ok, udah ler... Hari ni macam tu la gak. Main sarung jer. Masa berjalan orang toleh, dalam LRT orang tengok, beli makanan orang pandang... Tersenyum gembira. Seksikah aku hari ini? La la la...

Usai lunch (makan jambu jer. Diet katanya. he he he) aku ke washroom. Baru aku tengok diri aku kat cermin... Terperanjat... Akukah itu...??? Aku disebalik baju yang kelihatan lebih besar dari saiz badanku sendiri... (errrk, aku bukan nak cakap yang aku dah slim yer...). Sesungguhnya baju tu, dua kali saiz baju yang biasanya aku pakai. Baju tu memang baju aku. Baju masa aku dialam-alam chubby dulu. Mungkin dorang tu semua tertengok-tengok sebab pelik. Baju yang ku pakai serupa macam baju pinjam. Sebab lebih besar. Pada hal baju tu baju aku. Patutla dorang tu semua tertoleh-toleh. Malunya...

Tapi peduli apa aku kan. Aku bukannya bertelanjang. Masih lagi berpakaian...

Oh ye. Disini aku nak bagi tau, pada yang bertanya. Dah abis ke citer Cuti-Cuti Labuan? Dah abis yer kengkawan. Kesinambungan dari hari ketiga, aku berangkat pulang pepagi lagi selepas sarapan. Tak der benda pun yang menarik di hari terakhir. Kecuali aku hampir-hampir ketinggalan kapal terbang.

Emosi pun dah stabil. Peduli apa aku kan. Asal aku bahagia sudah dan tak kacau kehidupan orang lain... Macam-macam orang cakap. Bagi cadangan itu ini. Buat itu buat ini. Tapi kita yang rasai, kita tau apa yang perlu kita buat. Keputusan terletak ditangan kita. Kata seorang kawan aku, ikut hati mati, ikut rasa binasa... Ikut jer naluri kau... Biasanya naluri lebih memahami apa yang tersirat...

4 comments:

attyfir said...

lor ..apa le yang syuq ingat tu ..sampai leh tersarung baju..size besar.nasib pakai baju..

± said...

kira ok la org pndang2 sbb baju besar. ku ckup rsau kl org pandang² sbb penah terlibat dalam kejadian terlupa zip seluar..huhu

oya sayang said...

Biasanya pilihan naluri itu adalah yang terbaik untuk diri kita, sbb kita kenal siapa diri kita...Pilihan ditangan kita asalkan kan ianya masih dibatasi waras akal dan pikiran serta berpaksikan agama menjadi saksi.

SyuQ said...

kak atty:
x igt apa kak. masa tu main sarung jer... nasib berbaju kan. he he he


dark half:
ha ha ha. pernah terjadi gak bila terlupa zip seluar. nasib pki underwear. klu x, terbang melayang kuar...


oya:
setuju :-)