Followers

Friday, July 9, 2010

Cerita Kedai Kopi

Salam semua... Semoga Jumaat hari ini memberi seribu keberkatan buat kamu semua. Teringat nasihat seorang kawan yang arif dalam hal-hal berkaitan agama. Kalau kita melakukan perkara-perkara sunat yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W pada hari Jumaat, hendaklah dilakukan sebelum Solat Jumaat dan sekiranya dilakukan selepas Solat Jumaat maka tidak dikira sebagai amalan sunat... Wallhuallam. Kesahihan pernyataan beliau, aku tak mampu menyokongnya dengan hadis mahupun ayat Al-Quran. Mungkin beliau lebih memahami selok belok agama berbanding aku yang naif ini.

Di sini aku ingin menceritakan beberapa kisah yang mungkin boleh diambil iktibar untuk kita semua. Mudah-mudahan menjadi pengajaran...

Kisah Makcik Si Penjual Sup
pada suatu hari, selepas habis kerja dalam pukul 8.00pm aku pulang kerumah. Mungkin rezeki aku hari itu, makcik yang selalu menjual pelbagai jenis sup, masih meneruskan jualannya. Hari itu, mungkin nasibku kurang baik. Bihun sup yang menjadi kegemaran aku sudah habis terjual. Yang tinggal hanya laksa dan mee. Aku memilih mee dan seperti kebiasaan aku meminta daging lebih. dan dikenakan harga tambahan sebanyak 50sen menjadi RM3.50. Aku menghulurkan not kertas RM5. Kesian aku melihat makcik tu mencari baki duit, maka aku halalkanlah baki yang 10sen tu. Lalu dihulurkan kat aku RM1.40. Aku bukanlah jenis manusia yang berkira. Tapi aku berasa pelik, besar sangatkah nilai 50 sen bagi makcik tu sedangkan keuntungan yang diraih mungkin berlipat ganda? Boleh dikatakan setiap kali makcik tu membuka gerainya, mesti jualan dia akan habis... Kebiasaan yang aku alami, peniaga yang menghalalkan jualan bukannya pembeli. sekarang terbalik...

Kisah Kakak Pekedai Runcit
Suatu hari, selepas pulang dari kerja, aku singgah ke kedai runcit. Membeli aiskrim dan juga dua potong buah. Masa nak membayar, tetiba terlintas difikiran aku nak buat lawak. Selepas dikira, jumlah yang perlu dibayar sebanyak RM4.80. Aku pura-pura menyeluk poket seluar kemudian memandang kosong kat kakak tu dan berkata; "Alamak kak, saya tak bawak duit lah... Boleh hutang dulu tak?". Kakak tu terkebil-kebil memandang aku, kemudian berkata; "Tak per dik, nanti dah ada duit, adik bayarlah...". Selepas itu aiskrim dan dua potong buah yang aku beli dimasukkan dalam plastik dan dihulurkan kepadaku. Selepas menyambutnya, aku menghulurkan not kertas RM5. Terkejut kakak tu... "Tadi kamu cakap, tak bawak duit?". Lantas aku menjawab... "Sajer jer kak. Gurau2 manja..." Kakak tu tergelak dan menghulurkan baki 20 sen. aku tidak mahu mengambilnya. Apa nilainya 20sen berbanding dengan kesudian dia nak memberi hutang kat aku walhal kedai tu bukan dia yang punya.

Kisah Abang Pemandu Teksi
Suatu hari, aku terlewat pulang kerumah dari Mid Valley selepas menonton wayang. Masa tu jarum jam menunjukkan hampir ke pukul 11.00pm. Aku menunggu teksi ditempat kebiasaan orang menunggu teksi. Waktu tu aku masih lagi menetap di Jalan Tenggiri, Bangsar. Aku bertanya sebuah teksi, mahukah pemandunya ke Jalan Tenggiri Bangsar? Pemandu teksi tu meminta aku RM20 sebagai tambang. Bagi aku RM20 tu terlalu besar nilainya berdasarkan perjalanan yang hanya memakan masa 10minit sahaja. Dari Mid Valley ke rumah aku ketika itu, bukanlah jauh sangat. Malah boleh pulang dengan berjalan kaki. Tapi disebabkan hari yang telah lewat, aku memilih untuk menaiki teksi. Kadar tambang RM20 tu juga tak logik kalau diambil kira masa yang belum mencapai tengah malam. Aku memutuskan untuk mencari perkhidmatan teksi yang lain. Aku menuju kejalan besar dan menahan teksi. Alhamdulillah, rezeki. Abang teksi tu mahu menghantar aku ke Bangsar dan menggunakan meter. Sampai ke destinasi, meter teksi tu menunjukkan angka 5.30. Aku menghulurkan not RM5 dan RM1. Selepas mengucapkan terima kasih aku terus keluar. Baki duit aku tak ambil. Rezeki abang teksi tu malam tu atas kejujuran beliau.

Kisah Adik Penjual Satay
Isnin lepas, aku ke pasar malam selepas pulang dari kerja. Kat kepala, macam-macam menu yang hendak dibeli. Sampai ke gerai satay, tempat biasa aku membeli satay, aku berhenti dengan niat mahu membeli. Aku cuma mahu lima cucuk sahaja sebab aku seorang yang makan. Adik penjual satay tu berkeras mahu menjual sataynya yang tinggal 20 cucuk tu dengan harga RM6 sahaja. Jimat RM1. Aku juga berkeras. Aku mahukan 5 cucuk sahaja. Siapalah yang nak menghabiskan kalau aku beli sampai 20 cucuk. Budak-budak serumah aku, bukanlah jenis yang kuat makan sangat macam aku. Jenuh aku memberi penjelasan mengapa aku mahukan 5 cucuk sahaja dan langsung tidak dipedulikan oleh adik penjual satay. Akhirnya aku kecewa dan mengeluarkan pernyataan... "Tak mengapalah dik kalau adik tak mahu jual, masih banyak lagi gerai yang menjual satay." Aku pun berlalu pergi dan si adik yang mungkin menggantikan abang dia yang biasanya berjualan, kehilangan aku sebagai pelanggan tetap. Minta maaf, aku takkan ke gerainya lagi dan sehingga aku mahu pulang kerumah, satay yang 20 cucuk digerainya itu masih belum laku-laku lagi...

Apa yang kamu semua dapat dari kisah diatas? Kisah-kisah diatas hanyalah sebahagian dari rentetan perjalanan hidup aku sebagai seorang pencari rezeki di kota metropolitan ini. Kita sama-sama mencari rezeki. Ada masanya kita perlu tegas untuk kepentingan diri kita dan ada ketikanya kita boleh bersikap lebih kurang dengan orang yang sewajarnya. Tak semua manusia yang kita jumpa tu mempunyai hati yang baik. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain warna. Adakalanya kita memandang wajah seseorang itu bersih, suci dan bersinar-sinar... Tapi kita kena ingat tak semuanya suci dan bersih semulajadi mungkin juga dari produk pemutih muka yang dipakainya... :-)

6 comments:

Artzlizan said...

bagus...akal pemikiran waras berjaya digunakan secara baik...tahniah...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

syuq selalu akak terkena bila beli buah, kita nak sekilo dia orang nak jual 2kilo atau lebih dengan harga sekian2, angin juga. Selalu akak akan cakap..saya nak sekilo, ada ke minta 2 kilo atau 3 kilo? orang berniaga ni entah apa2lah kan

SyuQ said...

princeduyong:
tq :-) dan itu sebahagian drpd sifat semulajadi manusia



Norhayati Berahim:
tu la psl kak. mereka ni kerap memaksa. dan style saya, klu sy da suka satugerai or kedai, sy akan singgah membeli. tapi klu da jd mcm peristiwa satay tu, minta maaf ler. mmg sy x kan datang lagi sampai bila2...

sarah said...

syukri, yang pasal teksi tu kan... aku pun mcm tu gak... kadang2 aku halalkan jer balance duit tu... bila aku kata "pakcik/abang simpan jer duit balance tu, saya bagi"... automatic muka diaorg nmpk gembira... ada tu siap doakan lagi... karma kan, buat baik dibalas baik :)

Rani Rashid said...

haha :D lawak ayat ko produk pemutih :P

SyuQ said...

sarah:
aku tgk keadaan jugak sarah. kalau drg ok x byk kisah, aku halalkanlah... tp byk songeh, aku pun berkiralah...


rani:
ye la... kebnyakannya skg kan da banyak org nak putihkan kulit. nampak putih berseri-seri. rupanya pki fair n lovely...