Followers

Wednesday, July 14, 2010

Kisah Semalam

Salam semua... Anda semua sihat? Semoga diberi kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T. Minggu ni boleh dikatakan paling jarang sekali aku buka blog. Bos baru sentiasa ada dimana jua. Tahu-tahu dah muncul kat belakang. Ini pun buat entry ala merempit. Sebab bos aku baru nak lunch.

Semalam, penuh bersemangat aku datang kerja, alih-alih balik semula dengan MC. Aku kena keracunan makanan lagi. Tak pasti apa yang aku makan. Rasanya taklah berat mana. Apam balik, kuih peneram dan putu bambu. Bangun pagi masih ok lagi. Bila sampai office, kepala mula pening, loya nak muntah, nak terbuang air besar. Bila buang air besar, bukan najis yang keluar, tapi air. Aku rasa terlalu letih dan lesu sangat.

Tengah hari tu aku dah tak tahan, minta balik awal. Pergi klinik dan doktor sahkan memang keracunan makanan. Aku jarang kena demam. Alhamdulillah, sistem imuniti badan aku kuat menangkis segala jenis kuman. he he he. Cuma yang ini sahaja. Bila tersalah makan, jadi racun pula.

Mata aku melilau-lilau menaip entry ni. Mana tau, tetiba bos aku muncul dari belakang. Terasa diri ini macam pencuri pula. Ha ha ha. Dulu tak berbos, boleh la aku berjimba-jimba dengan Fizah. Library ni macam rumah aku. Ye lah, kan Executive Director aku dah cakap, buat library ni macam rumah kamu sendiri. Jadi aku buat macam rumah aku lah... Pakai selipar, selebet je, sememeh... La, kata dah rumah. Kat rumah aku macam tu lah. Alih-alih, kena tegur dengan Vice Chancellor aku... Tu pun dapat tahu, daripada orang, atas orang. Kononnya beliau tak nak Librarian beliau kesana kemari pakai selipar tandas... Ha ha ha. Kat rumah aku sebegitu. jadi aku implementlah kat rumah ketiga aku disini :-)

Shhh... Bos aku da sampai... daaaa

4 comments:

Softtouch [Hanim] said...

nnti muza report kat bos ko...sian nyer keracunan makanan.len kali masaks endiri syuq..he he he

Sky b4 Pinky said...

hope lepas nie..makan pilih yang ok eak..cian asik keracunan ja~~

ehem..berjimba2..?? katanya..

Rani Rashid said...

Haha...ko mmg apply betul2 apa yng ko practice kat umah kat library ko ye..wah..hebat ni :) aku nak ikut serta la gak. Aku pun pakai selipar tandas gak. Siap pakai ke sana ke mari gi makan kat kantin, gi masuk meeting, gi kursus, gi klinik..ala macam2 la..yang penting senang aku nk gerak ....

SyuQ said...

hanim aka muza:
masak sendiri? alamak x mkn la aku. he he he


pinky aka fizah:
berhati-hati sgt pilih mkn la jd mcm ni. sy mkn biasa2 je


rani:
yg pasti aku x masuk meeting sbb aku x der kaitan ngn meeting