Followers

Wednesday, February 2, 2011

Ketika Cinta Tidak Lagi Bertasbih

Assalamualaikum... Semoga semuanya dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. Dikala negara kita dirundung malang dengan kebanjiran yang melanda selatan tanah air, kita dikejutkan dengan berita pergolakan dan rusuhan di bumi Mesir. Yang menjadi fokus adalah para pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di sana. Segala jenis bentuk perhubungan termasuk keretapi, jalan-jalan utama, internet dan telefon telah terputus. Apakah tindakan oleh kerajaan Malaysia?


Dikhabarkan, hampir 5000 banduan berjaya melarikan diri dan kadar jenayah disana meningkat melebihi 100%. Sungguh dahsyat dan tak dapat dibayangkan. Berita yang baru disiarkan menerusi Buletin Utama, para pelajar kita diminta berkumpul dan duduk beramai-ramai dan bersama-sama. Itu sahaja ke tindakan yang mampu di lakukan? sedangkan Indonesia telah menghantar pesawat ke Mesir bagi membawa keluar pelajar dan rakyat mereka dari sana.

Ketika letusan gunung Merapi dan gempa bumi di Padang, Indonesia kerajaan Malaysia bertindak pantas membantu pelajar dan rakyatnya yang bermaustautin disana. Apakah sebenarnya yang menjadi halangan bagi kerajaan Malaysia untuk bertindak seperti Indonesia?


Sejauh mana keadaan pergolakan di Mesir sehingga kita patut menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang wajar? Cuba bayangkan, apakah situasinya jika jet pejuang mula mengambil alih ruang udara bagi mengawal keadaan, kereta-kereta kebal bertebaran dijalan raya, orang ramai merusuh, banduan terlepas bebas berkeliaran. Kalau anda mempunyai ahli keluarga disana yang paling anda sayangi, apakah perasaan anda ketika ini?


Walaupun cinta masih lagi ada, ketika ini memang cinta tidak lagi bertasbih dibumi anbiya' sana. Cinta gugur layu. Manusia-manusia mementingkan diri kerana ketika ini keselamatan dan nyawa lebih berharga. Semoga keselamatan dan ketenteraman pelajar-pelajar dan rakyat kita disana dibawah lindungan Allah S.W.T. Mudah-mudahan akan ada khabar gembira daripada kerajaan Malaysia yang dapat menjamin nyawa dan keselamatan rakyat kita disana.

nota kaki: gambar diatas ihsan daripada pakcik google

3 comments:

mekchu said...

memang mengerikan... sama2 lah kita berdoa agar umat islam di Mesir sana dilindungi... amin...

dyea irdina said...

kerajaan dah anto kapal laut katanya...ye la mcm student kita kat sana berharga kat sana kan...balik abis belajar jd ustad..masuk PAS tu yg jd kerajaan pandang sebelah mata tu...agaknya la

SyuQ said...

mekchu
amin, mudah2an mereka selamat.

kak dyea
antara kapal laut ngn kapal terbang mana lg laju, mana lg selamat? budak kecik pun boleh agak... x semuanya yg kesana blk masuk pas jadi ustaz. ada gak yg g sana amik medic, ilmu mantiq dan psychology. pucuk pangkalnya, diri kita sendiri mau jadi apa ;-)