Followers

Monday, February 7, 2011

Mood Blogging Yang Punah


Assalamualaikum... Semoga dalam limpahan rahmat daripada Allah S.W.T. Baru-baru ni, mood blogging aku kembali. Bersemangat untuk menulis, berkongsi cerita dan rasa. Ini pun gara-gara dapat buffered earnings.

Tapi kalau setakat mood jer baik dan line internet lembab pun tak jalan. Huhuhu. Hari pertama sehingga hari kelima aku kembali, keadaan masih berjalan lancar. Line internet masih ditahap memuaskan. Bila masuk hari keenam, line internet mula buat hal. Bukan itu sahaja, laptop aku pun meragam dan line internet kat tempat kerja pun mula buat hal.

Walaubagaimanapun, aku tetap gigih menulis. Sampai ketikanya aku terpaksa save as a draft jer sebab internet tersangat lah lambatnya. Nak terbitkan satu entry pun berjam-jam. Lebih baik aku tidur. Bangun tidur pun keadaan masih tidak berubah...

Hari Ahad semalam baru line broadband pulih seperti biasa. Aku tidaklah mengharap laju sampai 1 gigabytes persaat. Tapi sekurang-kurangnya tidaklah sampai berjanggut aku hendak menungu entry aku dipublish. Asalkan aku boleh menulis, menerbitkan dan blogwalking sudah memadai bagi aku...

Apakah yang menyebabkan masalah ini? Takkan disebabkan banjir maka pencawang dan cable optik pun tidak berfungsi...?Takkanlah disebabkan Mesir merusuh kot? Ada juga beberapa rakan aku mengalami nasib yang sama. Malahan dengar ceritanya Nuffnang pun bermasalah dihari kedua sambutan Tahun Baru Cina... Haisshhh

4 comments:

Ted said...

mujurla kat sini takde masalah Beruk-band.hehe.

bro, mmg nuffnang ada masalah ritu, nak log in pun berjanggut

SyuQ said...

ted
ooo yeke. patutlah...

Sya Isya said...

hik3. terasa mcm diri di mention gak dalam n3 ni. hehe..Sya perasan jap...kui2.. Finally, I found the best spot to surf in my new house ni..hehe..kena surf kat tingkat bwh la, br line OK. kat bilik (atas)..mmmm...sampai terlelap..hampeh le cenggini, surf kt bwh x best.

SyuQ said...

hahaha sya. sy plak kat penjuru bilik atas meja. sy lebih suka wat entry kat hall smbl tgk tv. klu duk kat hall alamatnya berjanggutlah menunggu. klu kat bilik, keluar masuklah. smbl nengok tv, smbl wat entry. hehehe