Followers

Friday, January 29, 2010

Luahan Rasa Hati Daripada Seorang Teman Bernama Mohd Syukri

aku rasa ni la tajuk entry aku yang paling panjang setakat ni tuk bulan ni n tuk tahun ini. entry ni lebih menjurus pada luahan rasa hati aku. lebih bersifat emosional. jika kalian berasa kurang senang membacanya, aku tidak memaksa kalian untuk teruskan pembacaan.

entry ni aku tak tujukan kepada mana2 pihak. saper yang makan cili, dia yg terasa pedasnya...

aku tau, aku sedar diri. I'm not the perfect person yang boleh puaskan hati semua orang. yang kena menjaga hati semua orang. tapi aku cuba berikan yang terbaik. kalau rasanya itu bukan yang terbaik dari aku, takat tu jerla yang mampu aku berikan. dan aku mohon maaf.

kita hanya mampu merancang dan kadangkala apa yang kita rancangkan tak berjalan seperti yang kita rancangkan... adakah kita perlu menyalahkan orang lain bila sesuatu perancangan kita gagal? atau pon menyalahkan takdir? atau menyalahkan Allah s.w.t?...

ya... memang salah aku sbb last minute batalkan apa yang dirancang.

pernah tak aku d tanya kenapa tetiba jer x jadi? apa masalah aku? apa yang aku hadapi? tidak... tapi tetiba jer aku dituduh macam2. selama ni apa kebaikan yang aku telah wat telah dikaburi oleh kekhilafan yang aku tak sengajakan...

dalam sesuatu hubungan, aku jarang sekali cuba memutuskan silaturrahim. aku cuba cari jalan penyelesaian, thinking positif, cuba memohon maaf kalau2 aku yang silap walaupun kadang2 bukan aku yg silap, aku banyak cuba menyelamatkan keadaan walaupun hati aku terluka. tapi tidak sesekali ungkapan perpisahan aku lafazkan... itu la aku

tapi jangan sesekali wat aku terluka sehingga hati aku ralat dan terasa hati sehingga membuat aku dalam satu condition kesedihan yang teramat sangat... kalau ini yang berlaku, biarlah berpatah arang berkerat rotan aku memang dah x nak apa2 connection langsung ngn orang yang terlibat... lantaklah, apa nak jadi, jadilah... aku dah tak kisah n I dont care. memang aku buang terus orang tu dari kamus hidup aku dan memang aku tak kan ingat balik...

aku takkan cuba memujuk n aku takkan cuba memperbaiki keadaan. kalau dia manusia yang boleh berfikir, yang diberikan akal untuk berfikir dan sebagai seorang kawan yang memahami, dia akan bertanya WHY?... bukan terus menghentam aku...

mungkin tu yang terbaik. n may be aku bkn kawan yang terbaik...

Wednesday, January 27, 2010

Durian ohh Durian

apa kena ntah aku hari ni... sedikit meroyan nak makan durian... bknnya sikit. tp byk sket. blk keje, aku masih boley bertahan lg. lps solat maghrib, tekak aku bagai digaru ndakkan durian. muah ha ha ha. kalah org mengidam

sarung jeans, sarung t-shirt kuar g jusco midvalley. harapan berbunga-bunga tuk berjumpa durian. walllaaa... memang rezeki aku.

pelbagai pilihan sehingga kelabu biji mata aku. ada durian D14 old tree. durian MAS selangor. durian kampung n macam2 jenis la. durian kopek yg di packing semula. asalkan lps hajat diperut. jadila tuk aku lepas gian.


jenuh gak apek tu melayan aku. aku nak rasa yg sweet tp x sweet sgt n ada rasa pahit2 sket. isi tebal n lemak (banyak aaa songeh)... apek tu ckp hari ni promotion. mau kasi abih. tiga pek dalam satu harga. makk aaiiikkks!!! memang menggoda iman aku. syaitan bertiup lembut di telinga aku... amik syuq, amikkkkkk. muah ha ha

tapi kalau beli sampai tiga, saper nak makan? beli satu pon da separuh harga.... untung gak, so aku rembat satu pek. harga boleh tahan "murah" tp sbbkan ada 50% diskaun, so jadi lagik murah.

sampai kat kaunter bayaran, rupanya harga sama, x der diskaun. bengkek sket rasa hati aku. aku cakap akak kaunter tu make sure p check. sbb apek tu ckp ada half price. aku ckp lagi, klu lebih seposen pon aku x moh bayar.... sempat kerek lagi tu...

memang da tersurat rezeki aku, durian tu mmg separuh harga. kalau x, mmg aku x kan beli... sampai umah x dan wat apa, aku makan durian dulu... pergghh!!! memang berbaloi. rugi plak tak beli 3 wat stock. tp masuk ulas yang ketiga, aku da kenyang... tp tadi ada hati tu nak beli 3 pack... haiiiyaaarkk!!!

Ubahsuai

tertiba teringin plak aku nak ubahsuai umah aku ni. tukar template baru, layout baru, setting baru.

tapi tiap kali tukar mesti semuanya hilang. widget ilang, a part of component pon ilang n so on. nak pulih mcm biasa, adoiyai...


korang ada idea. mcm ner nak susun atur blog supaya nampak lebih kemas. kalau tukar template or backgound, component or widget still maintain.

boleh share???

12:21AM

pukul 12:21 pagi da rupanya... mata aku still x mau mengantuk. kataorang kalau senang nak tido, mandi air panas then minum susu. hurmmm... x berkesan pon. mata aku celik terkebil-kebil lagi ni.

nak wat per erk bagi mata ngantuk??? main farmville??? ho ho ho. aku x berminat nak bertani secara maya ni. sudahnya, blogwalking jerla. kuar masuk blog orang lain thru geng blogger.


aku ni pemalu orangnya. (muah ha ha ha. poyos) tu pasal jarang tinggalkan jejak. sekadar baca jer.


macam-macam citer aku jumpa. ada yang sedih, ada yang gembira. ada gossip artis n ada isu semasa. salah satunya kisah adik ammar (sila klik riben blogger we care kat sblh sidebar aku tu). sungguh menyentuh perasaan. semoga kuarga adik ammar tabah menghadapi ujian dari yg Maha Esa.


sebagai seorang blogger, takat ni jerla yang mampu aku tolong

Monday, January 25, 2010

jengkel n mual

menjengkelkan...
tu la 1st perception yang mula2 aku rasa bila masuk dalam blog ni
http://beritamuslim.wordpress.com/
http://islamexpose.blogspot.com/

memualkan...
bila aku mula baca satu persatu


apa hak mereka nak menghina agama orang lain, anutan dan ajaran orang lain?
apa yang mereka tau pasal islam?
pernah mereka ini menyelami islam?
pernah mereka ini mendalami islam?

apa yang mereka tau pasal muslim?
apa yang mereka tau pasal nabi muhammad?

pernah mereka dengar pasal rukun islam, rukun iman?
pernah mereka mendalaminya?

pernah mereka bersolat?
pernah mereka berpuasa?
pernah mereka berzakat?
pernah mereka membaca Al-Quran? dan mendalami maksudnya?


kalau mereka tak tahu atau tidak mengetahui perkara2 diatas, sekadar bercakap sahaja, mereka tidak layak mengutuk orang2 islam hatta agama lain sekali pon. sebab mereka tidak mengamalkannya, tidak mengkajinya, tidak mendalaminya. mereka tu hanya nothing... mereka tu cuma manusia yang bodoh, bahlul yang bercakap sesuatu yang mereka sendiri tak pasti kesahihannya...

p/s: mohon maaf kalau coretan aku kali menyentuh sensitiviti keagamaan.

Friday, January 22, 2010

Ponggal Festival

hari ni kat tempat aku kerja, kaum india melalui indian student society meraikan Ponggal Festival. ramai gak yang involve cina n melayu pon join sama termasuk aku. meriah la gak. tp aku g sekejap jer. sajer tunjuk muka.

kolam


serba serbi berbaju baru


memasak "sweet rice"

katanya satu malaysia. jadinya semua kaum terlibat sama. tp yang aku lihat yg melayu banyak sgt menyibuknya. he he he

Thursday, January 21, 2010

Thank You

mood apa ntah hari ni aku
memang bad mood
preperiod mood kot. (hua ha ha ha)

dua students, aku da hanjengkan dia
sorang staff pon da kena

walaweiii, kena bayar ke nak say thankyou?
atau mulut ko ada emas sampai takut aku nak rebut dari mulut ko
aku x harap apa2 beb atas services yang aku bagi kat ko
tapi jangan nak menghanjengkan aku ngan muka ko yang ala2 (TUT) tu

tak nak say thank you pon aku tarak hal
TP JGN WAT MUKA CAM SEY YAL!!!

Wednesday, January 20, 2010

Rasa Dihargai

lebih kurang sebulan setengah aku didaerah ini, aku da mula terasa kesukaran yang diwar-warkan. sebenarnya memang tidak ada apa masalah melainkan tekanan yang diberikan pihak pengurusan membuat aku termangu dan terkulat.

bagi aku ngn fizah, we just try to fullfil user needs especially our students dengan pelbagai cara sekali pon. walaupon terpaksa menghadapi amarah daripada pihak tertentu yang kononnya kami menjual services phototstat sehingga menyebabkan berlakunya kerugian pada company (kononnya)


hakikatnya, kami cuma beri yang terbaik pada students kami supaya mereka rasa comfortable, convenience. tu je. salah ke? satu sen wang ringgit pon kami tak terima keuntungan melainkan bayaran balik seperti yang termaktub untuk pusingan modal pembelian kad sahaja.


kami cuba pejamkan mata dan pekakkan telinga. tapi hari kehari... hanya ALLAH sahaja yang mampu mendengar rintihan kami.


alhamdulillah, user survey 2010 yang dilakukan seorang student menunjukkan hampir 90 pertaus ketepatan students berpuas hati dengan tugas kami as a library staff. dan paling mengharukan bila kami yg dua orang ini dihadiahkan sekotak limau sempena sambutan tahun baru cina yang akan datang...


seriously, aku terharu. terasa sket apa yg cuba kami perjuangkan disini, dihargai. walaupun kami tidak mintak dihargai. bagi kami, cukup sekdar ucapan terima kasih kerana kami menjaga tempat ini macam rumah kami sendiri...

Food Poisoning

food poisoning, alergic. tu suma memang da jd lumrah dalam kamus hidup aku. aku da lali. kalau tersilap makan, sama ada alergik (gatal-gatal badan; muka n badan kena cam jerawat) or food poisoning. dua benda tu jer la yang selalu aku hadapi saban hari, saban bulan.

sekali kena, trus je demam (tu alergik). kalau food poisioning, sakit perut, cirit birit, kentut n sendawa berbau. (bab sendawa berbau tu aku tak tahan. silap haribulan boleh termuntah)

ahad lepas, ntah mana silapnya aku da ada tanda2 or ciri2 food posioning. terkentut, sendawa berbau. tp x la sampai tahap sakit perut n cirit birit. aku masih gagah lagi berkerja keesokan harinya.

lagi best, tengah hari tu aku makan karipap sardin n kedondong. malam plak taram makan apam balik (menu wajib bila g pasar malam), satay n mee goreng.

akibatnya, masuk je subuh pg tadi, perut aku memulas-mulas sakit macam org nak bersalin. sakit giler. sampai aku nak menangis. dan tu la plak nak terberak. adoiiii. memang terseksa jiwa

aku melawan kesakitan sampai aku tertidor. sedar2 da pukul 11.00am. inform akunya officemates, aku MC. dengan keadaan separuh larat, aku gagahi gak g klinik. sib baik company aku x der klinik panel. aku cuma mampu g klinik depan area umah aku jer.

balik umah, makan ubat, trus tido. sedar2 da petang. badan pon rasa agak lemah tp rasa sakit da ok sket. alhamdulillah... aku rasi ngan ubat dr tu bagi. selama ni, klu kena mmg amik masa 24jam baru boley pulih.

Monday, January 18, 2010

Susah Hati

aku mula da rasa susah hati
serba tak kena
wat ini tak kena wat itu tak kena

da semiggu aku try register subject, tp x boley
macam cadangan diberikan aku da wat, tp x berhasil
call sana, call sini
pergi sana, pergi sini
aku da mula cuak...

semalam jmp kenalan yg tidak sengajakan
satu batch ngn aku, tp da nak grad
smlm last submit hardcopy thesis dia
aku???

dulu full time, gatal wat part time
x der kerje, cari kerje
lepas tu keje ntah mana, blaja pon ntah

apa nak jadi ngn aku hah!

i must choose one...
tp wat masa skng otak aku cam blur
dua2 aku sayang...
karang, dua2 pon hilang


aku gak yg ternganga...

Wednesday, January 6, 2010

whitey

situasi aku sekarang.... rasa macam nak membunuh je. sepatutnya time macam ni aku da baring tido. badan letih lesu mengedit thesis proposal yg x sudah2 smlm. td siang aku terlupa nak register subject disertation tuk sem ni. akibatnya terpaksa menggunakan whitey. whitey plak semenjak dua menjak suka cari pasal ngn aku... aku pandang whitey, whitey pandang aku:

"ko apa hal? tarik la data tu laju sket, kau tau x da pkl bapa?"
"tau bang... hampir pkl 12am..."

"da tu? x reti2 nak cepat sket? ko tau aku ngantuk?"

"tau bang... Tapi......"

"apa tapinya? ko nak aku ceraikan ko n cr "bini" lain?"

"Abang... sejak abg beli saya, sampai la saat ini, sy x pernah pon berehat bang, 24jam per day, abg asyik lanyak sy. sy pon tau penat bang...."


gulp!... agaknya kalau whitey tu boley berkata, mesti dia akan ckp mcm tu... x per whitey. for this week, ko rehat la puas2. aku guna ko bila penting2 jer. tp FB ngn Blogging aktiviti wajib tuk ko melayan aku ok...

Denda

wal lah... last a few month aku da pinjam buku dr library aku. satu novel bertajuk five people u meet in heaven nukilan Mitch albom (I love mitch albom writing style). satu lagi buku berbentuk ilmiah, thinking for urself n aku lupa nama authornya. dua2 aku tinggal kat kg halaman. satu buku tu adik aku yg baca. (so adik, u sudah abih baca ka?)

selama ni aku asyik mendenda orang lewat pulang buku. ada yg sampai sebulan. just imagine satu buku lewat sehari kena fines 50 sen and then pinjam 3 buah buku n ketiga-tiganya lewat sebulan.... bapa byk kena? lu kila sendiri... he he he

for this time aku plak yg kena. ha ha ha. padan muka kau syuq. aku nak mintak kurang, tp kat saper erk? tanya officemates. "no, no, no". kena la bayar. nasib singgit. apa kes ni? librarian pon lewat pulang buku?

Tuesday, January 5, 2010

Modem

aku nak tya la. mana yg lbh better, pki handphone as a modem atau pki modem yang biasa?

skg ni, aku pki modem hp n pki plan data unlimited rate DiGi. mula2 dulu aku x der masalah. tp la ni bila connect kat laptop aku, x sampai 15minit mesti da DC.

aku bukan apa, sbb nak jimat. tu psl letak sim card tu dlm hp. dlm waktu yg sama aku ley gak wat panggilan n access internet thru my hp jer.

kiranya pki modem hp ni 3 in 1 la, kelebihannya. tp kekurangannya asyik DC jer x sampai 15 minit, klu connect kat laptop or pc. I dont think that DiGi line has a problem... selama ni aku pki memang x der masalah. da dua tahun aku pki DiGi.

Monday, January 4, 2010

Diva

PLEASE DONT ACT LIKE A DIVA depan aku. bukan aku tambah suka. menyampah ada la. plzzz la aku tau la muka ko mcm rihana. tp ko perasan tak badan ko saling tak tumpah macam queen latifah???

kau nak mengarah aku??? hello!!! who u are???

for the first time dalam sejarah aku bekerja, pertama kali aku tetiba naik hangin. i'm not ur fuck up balaci. if u want to edit ur assignment plz do it by ur self. my job is just only klik the print button. if u dont understand what I mean, i can screw up ur bloody mouth!!!.

aku peduli apa ko byk duit. duit gaji aku pon x abih tuk aku makan. ko nak report kat managment, go hell. ada aku kesah!!!

kalau ko rasa ko balaja sini bawak keuntungan pada company n ko berenti sebab aku naik hangin, n datangkan kerugian pada company, aku rasa management bley cari student lagi kaya daripada ko! kalau kau berenti aku lagi suka!!!
kalau aku kena berenti, AWASSSSS KAU!!!

Sunday, January 3, 2010

Sale! Sale! Sale!


situ sana sini sale. perghh! ada yang murah giler, ada yg biasa2 jer. aku memang x suka sale. sebab apa, aku mesti belinya. <--- (sah! shopaholic) haru. hu hu hu.

ye la! korang imagine. kalau korang g butik zara, bapa harga paling rendah? dulu aku da aim satu suar. pergh! aku cuma mampu menelan liur jer. last few days, before aku tengok storm warriors (x best movie ni) singgah sat kata zara. guess what? sale giler barbies. aku tertengok-tengok, OMG so lucky! suar yang aku taste tu turun harga gila bagak pya. dan tinggal sehelai tu jer. dan memang size aku. ha ha ha. korang rasa aku rembat x?

aku ada limited bajet tuk sesuatu pakaian yang aku beli. kalau lebih singgit pon, aku pikir dua tiga kali gak nak beli. dan kadang2 memang aku trus tak beli.

last few days n weeks, memang aku shoping sakan. cr baju n suar keje. time ni la aku nak pulun abih. sbb memang murah. pakaian keje aku agak limited. tu jer la yang aku pakai recycle seminggu. nak cari suar keje, aku memang cukup memilih. aku x nak yang terlalu nampak casual mcm suar slack. klu boley 2 in 1 (jimat beb). means tuk office sesuai, tuk kuar santai pon sesuai. jadi x lah membazir.

so. ngn bajet yg cikai, akhirnya dapat gak aku rembat 3 pasang baju keje baru. aku ni jenis x kesah. bukan BRANDed ADDICT. <--- (betul ke spelling aku?) baju cap giant pon aku pakai kalau benda tu ok. x caya? sila2 la jenguk giant seksyen 13 (shah alam). mesti korang akan ada terserempak aku tgh pilih baju kat bakul2 kat giant tu. x pon kat carrefour midvalley. mesti adanya...

Saturday, January 2, 2010

Forging

pepagi buta jer aku da terbangun sebab ada announcement nak wat forging kat area umah sewa aku. alahai... korang x der ke hari lain nak wat. aku benci betul bau asap forging yang busuk tu. aku tgk jam, baru pkl 7.30am. plan nak bangun dalam pkl 8.00am, mandi, trus siap g keje. td lepas solat, aku sambung tido blk. ngantuk n letey smlm blom lagi ilang. semalam smpi jer umah, mandi2, solat trus lepaking ngn budak umah plak. alhamdulillah, budak umah aku suma ok2 belaka. mat2 rempit segala. ha ha ha. no drama...

kadang2 aku pelik. forging ni x tentu masa plak. kejap pagi. kejap petang. setahu aku nyamuk kuar pada waktu petang. naper wat forging pada waktu pagi . maybe sebab nyamuk baru balik kot. he he he.

before asap forging tu masuk bilik, cepat2 aku mandi n bersiap kuar umah. masa kuar umah tu, pya la ramai umat manusia yg berduyun-duyun kuar gak. sama mcm aku kot dorang ni. x suka bau asap forging. sampai bawah, aku ternampak la satu mamat ni dok terconggok pki singlet n suar katok n klakanya dia pki rayban. aku nak capture pic dia, tp nampak cam ketara plak. memang klaka giler mamat tu. maybe time orang wat forging kat level dia, dia tgh tido n hanya sempat capai rayban dia jer. tp lupa nak tukar suar...

Friday, January 1, 2010

countdown

seumur hidup aku... ni la kali kedua aku countdown new year. 1st time dulu masa zaman jahiliyah. yg second time ni memang tidak disangkakan. plan asal; layan live band, tgk wayang, perabih pitih. tu jer. tp before tgh malam tu tetiba tergatai nak countdown. da dekat sangatkan... before 12am, aku da x comfortable. crowded giler bagak. aku ckp kat member aku, aku nak kuar, tp malang nasib aku, aku stuck kat tgh2 org ramai. panik da aku. ye lah! aku x pernah wat keje giler camni sejak last a few years ago. tersekat la aku kat situ ngn jerit pekik manusia yg lupa adat ngn mak bapak. adoiiii. aku rasa macam nak pitam da nengok gelagat manusia dan kena himpit lagi... TAUBAT. ni yg terakhir

after 15 minit, keadaan da mula reda n aku pon da boley gerak. from bukit bintang kami terus g pavilion. layan movie. x banyak choice tuk midnight. so kami tengok sherlock holmes. memang best n klaka citer ni.

soknya around 12pm kami g CM. dari CM kami gerak ke KLCC. wahh! lama dowh x dtg c ni since aku berhenti dari BERNAMA. dulu sinila tempat aku lepak, tempat lepaskan perasaan n transit before balik umah. pusing sana, pusing sini.... ternampak la MAC... ada apa ngn MAC? kenangan 2009... he he he (cik wanie, sila jwb...)

lps perabih pitih, last shoping tuk YES, kami decide tgk wayang lagi. kali ni dua citer direct. alvin n chipmunks 2 n zombieland. seriesly dua2 movie ni mmg menghiburkan. especially zombieland. mula2 aku igt zombieland tu citer zombie2 biasa. tp citer klaka yang menghiburkan. mmg berbaloi.

2010

welcome 2010... mudah-mudahan tahun baru ni lebih barakah dari tahun-tahun yang sebelumnya. belum terlambat gak tuk mengucapkan salam tahun baru hijrah 1431 yang baru saja berlalu beberapa minggu lepas.

banyak pengajaran dan kenangan yang aku perolehi sepanjang tahun 2009 masihi n 1430 hijriah yang x mungkin aku lupakan n menjadi lipatan sejarah. Insyallah, sejarah tak akan berulang kembali...

bagi aku x perlu tiba tahun baru, baru kita nak wat azam baru. kalau macam tu sampai bila-bila manusia x kan berubah. azam baru boleh diperbaiki dan dibina bila-bila masa dan yang penting adakah azam kita tercapai n bagaimana untuk mencapainya.

selamat tahun baru semua n selamat bercuti.