Followers

Thursday, June 17, 2010

Salah Sendiri

terpejam... tercelik... ku pejamkan lagi mata, lalu ku bawa fikiran menerawang jauh. Cuba mencapai garisan bawah sedar disebalik medula oblongataku supaya aku boleh terlelap. Gagal. Ini lah penangan tidur diambang maghrib. Bangun, wat entry baru :-)

Sesungguhnya selepas pulang dari tempat kerja, mataku bagai digam. Terlalu mengantuk. Usai solat Maghrib, aku terus terlelap. Tak tersedar. Bila terjaga, keadaan hinggar bingar dengan bunyi televisyen terpasang diruang tamu dan diselangi dengan jeritan-jeritan kegembiraan di blok tempat ku tinggal. Aku terjaga. Rupanya aku belum lagi mandi. Bingkas bangkit dan bukan tuala yang ku capai. Tapi Aceriena dan Whitey. Apa lagi kalau bukan FB dan blogging...

Sekarang mood blogging aku terlalu rancak. Ada sahaja perkara yang aku mahu coretkan. Pantang ada masa terluang... Sesudah puas menjelajah dan meningkatkan pendapatan, aku mandi, solat dan bersedia untuk makan. (makan malam yang sengaja dilewatkan. patutlah badan aku semakin comel kebelakangan ini).

Dan saat ini, aku masih lagi cuba mencari momentum untuk melabuhkan tirai mataku kealam mimpi. Kalau esok aku shift petang, alangkah bahagia boleh tidur sehingga matahari terpacak kekepala.... Memang salah sendiri. Tidur belum tiba masanya. Tapi jika tiada gangguan yang boleh membangkitkan aku, sudah pasti aku akan tertidur sampai ke pagi...

2 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Mari mari kira kambing supaya boleh tidur.. Heehee.. =)

SyuQ said...

kira kambing? he he. terdengar plak riuh kambing mengembek...