Followers

Thursday, June 17, 2010

Air ke Ais?

Cerita kali ni berkaitan dengan tidak kepuasan hati aku. Kalau korang semua tak suka membacanya, abaikan sahaja ataupun korang pergi keatas, kesudut sebelah kanan sekali, kemudian klik butang pangkah. Tapi sebelum tu, korang klik la dulu iklan-iklan disudut sebelah kanan tu. Dibahagian Advertisement. Bagi naik nuffnang dan YouthSays aku :-)

Begini, sudah dua hari aku membeli makanan di kafe kolej tempat aku bekerja. Semenjak dua tiga hari ni aku malas sedikit nak makan kat luar. Jadi tengah hari tadi, aku tapau makanan; nasi campur dan aku order nescafe ais bungkus. Sekali dihantarnya nescafe ais dalam gelas. Mahu tak berangin aku. Mamat Bangla kat kaunter tu pulak buat-buat lambat. Aku tak pasti sama ada dia mengira atau mengeja.

Selesai bayar, aku masuk balik ke library. Makan kat pantry dan bila aku sedut air nescafe tu, rasanya seperti teh o ais limau pula. Pelik rasanya. Kalau korang nak rasa, korang campurkan teh o ais limau dengan nescafe ais. Itulah rasa yang aku rasa.

Lagi satu pula yang paling best, air nescafe yang dibancuh tu, sedikit sahaja. lebih kurang suku gelas dan selebihnya ais. Bila dibungkus dalam plastik, macam air yang dimasukkan batu rupanya .Bila aku sedut lebih sket, air tu kurang dan ais tu timbul. Ais tu pula tak mahu cair-cair sebab air tu dah tak panas lagi. Haru sungguh. Kenapalah diorang ni berniaga sebegitu rupa? Jual air ke jual ais?

Ciss... Lainkali lepas ni aku order ais nescafe bukan lagi nescafe ais... sebab dorang jual ais bukannya air

5 comments:

Oh Malaysia said...

buat sambil lewa je ni kan pelanggan tetap lari..

Anonymous said...

taktik org tamak nk ceoat kaya..
kantin hosp kat tmpt syuq prakrike pon mahal gile..patotnye staf dpt harga subsidi. ces!

huhu..jap! syuq nk ckp "aku" boley. ;P
mcm keliru pulak kalo bahasakan diri syuq dan dia pon syuq ngee~

SyuQ said...

Oh Malaysia:
mmg x kan makan c tu lg da. he he he



syuQ:
he he he. x kisah nak bahasakan diri apa sekalipun, yg penting kita saling faham :-)
kafe kat tmpt sy ni, da kene komplen byk kali gamaknya. tu harga kurang sket. dulu mahal giler. tp lain plak jadi. da murah, wat keje cincai je

ayisy said...

Salam. Aku dulu pernah order Nescafe Tarik. Tapi masa aku ckp Nescafe Tarik, waiter tu balas balik Nescafe O. pastu aku cakap balik Nescafe Tarik. Tapi waiter tu balas balik "Nescafe O la tu". Hairan betul aku. Tengok2 dpt Nescafe O. Huh!

qamarguyz said...

salam ziarah..
huhu, orang berniaga ni kadang2 cam ni la..tahu untung jew..
belum kira kes masuk lipas ke apa dalam t0myam..da pengalamn gak.. ;0