Followers

Thursday, June 24, 2010

Tag Dan Award... Award Dan Tag

Salam semua. Alhamdulillah aku selamat kembali dari Labuan. Nanti aku update cerita aku disana, satu persatu. Pada mulanya aku merancang nak update on the spot. Tapi apakan daya. Line internet tak der. Hari pertama aku menginap di Hotel Ambassador ditengah bandar Labuan. Hotel ini tak der bintang langsung. Tapi perkhidmatan yang disediakan, WiFi, Internet Line, suasana bilik dan sebagainya mengalahkan hotel 5 bintang dan aku rasa berbaloi sangat dengan harga RM89 semalam. Di Hotel Ambassador tu lah kali terakhir aku update dan akses blog. Hari kedua aku berpindah ke hotel penginapan Abang aku di Tiara Labuan Hotel yang terletak agak jauh dari bandar Labuan. Rate hotel 4 bintang tapi... WiFi tak der. DiGi line pun tak der (aku pakai DiGi broadband). Pertama kali dalam sejarah aku gunakan broadband, tak der line DiGi dihotel 4 bintang... Sungguh mengarut! Kalau aku nak juga gunakan WiFi gak, aku terpaksa melangut di lobby hotel. Sungguh kelakar. Hotel yang berkonsepkan chalet dalam taman dengan rate 4 bintang dan satu malam penginapan berharga RM355.74 tak boleh akses WiFI... Apa kejadahnya.

Berbalik pada tajuk entry diatas, hari ni baru aku berpeluang buka blog. Masuk jer, dah kena tag. Aku jawab tag dan terima award dulu. Next entry baru aku sambung cerita Cuti-Cuti Labuan. Saat ini otak aku pun tak berapa nak stabil. Kebanyakan hari aku disana, asyik sakit kepala, mabuk dan loya. Mungkin aku tak berapa tahan dengan udara laut kat sana...

Award Kuat Makan aku dapat daripada Mia Liana sebab aku komen entry beliau pasal kuih jagung. Aku panggil puding jagung. Memang favourite aku tu. Aku tak lah kuat makan sangat. Tapi ada ketikanya aku boleh terasa macam tak cukup makan. Bergantung pada keadaan tertentu. Contohnya bila aku menghadapi tekanan, emosi tak stabil. Kegembiraan juga boleh buat aku terlebih makan.

Seterusnya tag. Aku sebenarnya banyak kali kena tag. Biasanya aku jawab dan kadang-kadang kebiasaannya aku terlupa untuk menjawab langsung. Sebab tu bila aku tengah ingat, aku buat sekarang. Bagi aku, tag atau award adalah pemberian seorang blogger pada blogger yang lain dalam menjalinkan ukhwah persahabatan.

Tag ini pula datang daripada fidiela. Ada 10 soalan yang kena dijawab. Orait..., aku mula menjawab sekarang:-

1. Apa nama blog dan kenapa letak nama itu?
Nama blog aku Corat Coret. Nama tu terlintas spontan ketika aku mula-mula berblogging. Aku rasa sesuai dengan tagline aku; aku menulis apa yang terlintas difikiran. Apa yang aku fikirkan menarik, aku akan tulis kat sini.

2. Apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea tu?
syuqsaf.blogspot.com. Gabungan dua pangkal nama. Nama aku dan nama ayah aku. Bunyinya unik sedikit. Idea ni terlintas spontan jer masa aku nak buat blog.

3. Apa method dalam penulisan anda?
Segala jenis method aku pakai. Pemerhatian, kaji selidik, pendapat dan pandangan, questionnaire dan sebagainya. he he he. Dah macam nak buat thesis pula.

4. Pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
Pernah. Bila terasa diri dikhianati. Makan hari juga aku tak buka blog dan aku hampir menghapuskannya.

5. Pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
Salah seorang followers aku adalah adik aku sendiri. He he he. Abang aku dan Uchu aku juga pernah baca dan komen dalam blog aku ni.

6. Apa perasaan anda bila orang kata blog anda buruk sedangkan orang lain kata blog anda cantik?
Sedihlah... Tapi kita bukannya dapat puaskan hati semua orang. Setiap orang ada pandangan dan pendapat masing-masing. Aku terima kritikan dengan hati yang terbuka.

7. Bila blog anda diberanakkan?
Blog aku selamat dilahirkan tanggal 13 Februari 2009 tepat jam 10:47am dengan entry pertama berjudul Finally. Usianya sekarang menjangkau 1 tahun 4 bulan 11 hari dan masih terlalu muda untuk dibanggakan. Kalau ikut usia manusia, dalam umur blog aku ni, masih budak kecil lagi yang baru tahu bertatih...

8. Siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?
Aku tak berapa pasti. Tapi rasanya kaum kerabat aku dan juga teman-teman rapat aku.

9. Apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda disekolah?
Femes ke blog aku sehingga nak jadi isu disekolah? he he he. BTW, aku tidak berblog masa bersekolah dulu...

10. Sepuluh orang seterusnya bakal di tag
aku rasa sampai disini sahaja kot. Tak semua orang suka ditag... Tapi aku suka. he he he.

Oraiit. Rasanya sudah terjawab semua hutang award dan tag. Tima kasih kepada pemberi award dan juga pengetag...