Followers

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa

Berblogging sambil menonton. Itulah hobi aku sekarang ini. Menulis sambil menonton cerita yang aku tak tahu tajuknya. Tapi jalan ceritanya mengisahkan dua orang remaja perempuan yang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka bersama dengan bapanya selepas kematian ibu mereka.

Tersentuh hati melihat mereka masing-masing cuba menyesuaikan diri. Walaupun hakikatnya sukar dilaksanakan. Bapa mereka cuba menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan sebaik mungkin, dan anak mereka cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan bapa mereka diladang sebagai seorang cowboy yang selama ini mereka tidak pernah mengimpikan kehidupan sebegitu.

Selain Ibu, Bapa juga memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak. Mereka juga berkorban untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun ada yang tidak pernah berpeluang berbuat begitu, tetapi mereka mencuba.

Sekilas aku teringat Ayahku. Pengorbanan beliau memberikan yang terbaik untuk keluarga, tanpa ada rasa jemu. Disaat Ayahku ditimpa musibah, kami seperti kehilangan semangat. Tapi beliau bertindak meniupkan api semangat untuk berjuang walaupun beliau sendiri dalam kesakitan. Kami bangkit bersama-sama. Membantu dan cuba memberikan yang terbaik seperti mana beliau memberikan yang terbaik untuk keluarganya. Dalam masa tidak sampai sebulan, ayahku boleh bergerak dan memandu. Syukur.

Masih teringat detik itu... Ketika Ayahku hilang keupayaan, kadang-kadang aku mengambil alih tugas Ibuku yang sibuk didapur. Memandikan beliau, menemani beliau membuang air, memakaikan baju, membantu beliau solat... Aku pernah berjanji, walau apa cara sekalipun, dengan keadaan mana sekalipun tidak sesekali air mata aku titiskan melihat kepayahan beliau menguruskan diri sendiri. Tapi kadangkala air mataku tertumpah jua...

Alhamdulillah masa berlalu, seiring dengan peredaran masa dan sokongan keluarga, Ayahku bangkit semula... Walaupun tidak sekuat dulu, tapi beliau mampu menguruskan diri malah mampu menguruskan kami sekeluarga kembali.

Terima kasih Ayah. Tidak ada ungkapan yang mampu dilafaz... hanya ucapan Selamat Hari Bapa yang bakal menjelang...

8 comments:

fauziah hanum said...

cerita mana nie? jalan cerita cam pernah tengok jer iklan kat tv..channel anx mungkin..erk dah lupa channel mn..yg semestinya citer omputih..

Fazleyatul Aini said...

happy father's day to all father in the world

sheila said...

setiap kali hari bapa rasa sedih sebb dah 11tahun xdapat nikmat kasih sayang seorang bapa..hurmm.hanya ingatan bersama yang mengubati.

sarah said...

cerita kat tv2 semlm ke syukri? tajuk dia kalau tak silap, "A Father's Choice"...mmg best cerita tu, akhirnya ayah dia menang hak penjagaan kan... selamat hari bapa. :)

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Selamat hari bapa syuq.. Walaupun belum jadi bapa.. Heehee.. ;)

Aujinz said...

Selamat hari Bapa
kepada semua bapa bapa di dunia..

Kasih Suci - Mama Damia said...

selamat hari bapa...

azzah said...

sy rapat sgt ngan ayah sy...ngat dulu tyme result jatuh gedebuk truk kat matriks...and he was there calling me every hour to make sure i'm ok

ayah2 nampak cool n nampak x kisah...but then...they're the most loving guy in life