Followers

Wednesday, December 9, 2009

2012

kali terakhir aku menonton filem genre kemusnahan dunia ialah beberapa bulan yg lepas. tajuknya tak silap aku the day the earth still stood. cam gitula tajuknya. aku kuar panggung ngn lelehan air mata. terharu ke? tiiidddaaaakkk. aku rasa tertipu sgt2. hu hu hu

selepas deep impact n amargedoon aku ternanti-nanti filem genre yang sama, yang mampu membuat aku terkesima n memberi impak yang mendalam. bagi aku filem 2012 ni berkisar tentang ikatan kekeluargaan, persaudaraan, perjuangan dan pengorbanan. abaikan seketika segala mitos yg menghubung kaitkan citer ini ngan keagamaan. tp kita kutip citer ini dari segi unsur perikemanusiaan.

kalau dari segi logiknya, bila seluruh sistem solar berada dalam keadaan selari adakah kemungkinan akan berlakunya pemanasan teras bumi? yang disebabkan oleh letupan luarbiasa dari matahari? ada sesiapa yg pandai fizik boleh perjelaskan? kalau ikut hukum akal aku yang cetek ni, memang tak masuk akal. tapi mat salleh pandai memanipulasikan benda ni tuk menjadi sebuah cerita

berbalik pada filem ni. mula-mula aku ternanti-nanti apakah sebenarnya bencana yang dihadapi umat manusia ni... rupanya banjir. pergerakankan bawah bumi yang tak stabil dan pemanasan teras bumi menyebabkan kerak bumi cair. maka berlakunya mendapan sehingga berlakunya perubahan pada paksi bumi dan mengakibatkan letusan gunung berapi dan terjadinya tsunami. benda-benda ni suma menyebabkan berlaku perubahan pada permukaan bumi.

citer ni diterajui oleh beberapa watak yang berbeza. berbeza dari segi kaum, warna kulit, bahasa dan kedudukan. tetapi mengahadapi pergolakan diri, keluarga dan kekurangan kasih sayang. yang setiap satunya dapat diselesaikan melalui pengorbanan dan perikemanusian. setiap watak ni saling berhubung kait dan bertemu dalam keadaan yang hampir sama. seperti kebanyakan filem amerika yang lain, happy ending adalah penutup tirai bagi citer ni. kebanyakan aksi yang mengancam nyawa, semua dapat diatasi oleh hero

seperti filem angel n demon, aku dapat mengagak kesudahan bagi setiap satu watak.... (hu hu hu, x best nya), cuma jalan citernya yang aku x dapat andaikan apakah kesudahannya.

tak menyesal lepas kerja, aku terus g tengok citer ni. x der plan dlm otak aku nak tgk 2012. dari segi kesan khasnya, ok la nampak real n ada gak yang tiruan.... saper yang belum tengok, g la tengok. x rugi menontonnya.

p/s: mula2 aku ingat, dorang nak wat space ship. sekali rupanya kapal laut.

2 comments:

Unknown said...

best tak citer 2012 dil? org kata best.. akk nk p tgk tp takde geng huhuhu

SyuQ said...

best kak, touching... mcm sy coretkan, kisah pasal kemusnahan dunia yang disulami pengorbanan manusia dan kasih sayang

x rugi tengok. he he he