Followers

Saturday, July 11, 2009

H1N1

berita yang baru aku terima semalam agak mengejutkan. 3 orang staff radio 24hour BERNAMA disahkan POSITIF H1N1. level 1 wisma BERNAMA diarahkan memakai penutup hidung dan mulut... dan kami di AV department dok berangan, agak-agaknya kena kuarantin ke bangunan ini. ha ha ha. ataupun wisma ini diarahkan tutup buat seketika... besar angan-angan kami ni.

tapi yang pasti, keadaan masih terkawal. department aku masih belum lagi menerima arahan untuk memakai penutup hidung dan mulut. malah, rata-rata BJ n cameraman still lagi bekerja dan menjalani rutin harian mereka seperti biasa. dan kebanyakan mereka pon tidak memakai penutup hidung dan mulut.

aku yang sebenarnya khuatir kalau-kalau aku dijangkiti. suma tanda-tanda ada. Tapi alhamdulillah doktor mengesahkan aku hanya menghidapi demam biasa. setakat ini cuma batuk aku sahaja yang masih belum sembuh sepenuhnya.

p/s: mudah-mudahan kesihatan aku pulih seperti biasa. aku still lagi menghadapi masalah kesukaran untuk tido malam

0 comments: